Want your
own Fotopage?







 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 8-Sep-2007 08:59 Email | Share | Bookmark
SINGGANG DAGING.

 
 
 
 
Masyarakat Kelantan memang tersohor dengan masak singgang2 ni. Singgang ikan, singgang daging, singgang kacang dan macam2 singgang lagila



Singgang daging juga biasa dijadikan menu kenduri terutama kenduri Aqiqah, Qurban atau kenduri2 yang lain. Kalau Hari Raya Qurban, singgang ni paling tersohor sekali kerana sementara menanti daging disiang dan diagih2kan kepada pembuat qurban, hidangan nasi putih bersama singgang daging, sambal belacan, ikan kering dan ulam timun inilah selalu disediakan oleh tuan rumah untuk menjamu selera tetamu2 yang datang untuk urusan sembelihan tersebut.

Kalau daging qurban tidak diagih2kan kepada jiran2, mereka juga akan memasak singgang daging dan mengajak jiran2 untuk bersama2 menikmati daging qurban tersebut. Selain daripada mudah disediakan, singgang daging ini tidak menyebabkan orang jemu/muak memakannya tidak seperti masakan sup atau kari. Maklumlah di Kelantan, kalau raya qurban sampai 4 hari dan setiap hari ada hidangan daging qurban samada dibuat sup, singgang, cicah atau bakar.

Panjang pulak cerita aye.

Resepi singgang daging aye adalah resepi gabungan antara mak mertua, mak 2 saudara belah Hubby. Depa memang pakar masak dan dia oranglah yang menjadi tukang masak semasa diadakan kenduri kendara jiran tetangga.



Ini resepinya.

Quote:
SINGGANG DAGING

1/2 kilo Daging(dihiris nipis), sedikit tulang, sedikit daging berlemak.
8 ulas bawang merah~dimayang
5 ulas bawang putih~dimayang
2 inci halia~dimayang
1 1/2 inci lengkuas~dimayang
sejemput ketumbar biji~ditumbuk separuh lumat
6 biji cili kering~dipotong,dibersihkan dan direndam dengan air panas.
sedikit gula manisan/gula melaka( lebih kurang 1/2 keping)
1 keping asam keping gelugur.
garam secukup rasa
air untuk kuah.

Cara membuatnya.

1. Tenggekkan periuk berisi air anggaran cukup untuk daging 1/2 kilo di atas api.
2. Masukkan bahan2 yang dimayang, ketumbar, asam keping, daging, tulang dan daging berlemak.
3. Biarkan kuah mendidih sehingga daging dan tulang empuk.
4. Masukkan cili yang telah direndam, garam dan gula melaka. Biarkan semua bahan mesra.
5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat.


Singgang ni juga sesuai untuk orang demam macam aye niii...


Quote:
SAMBAL BELACAN SPECIAL

=+=Cili api+cili merah+cili hijau+cili kering yang telah direndam dengan air panas+bawang merah yang dibakar+bawang putih yang dibakar+ belacan yang dibakar+sejemput bawang merah goreng+sejemput bawang putih goreng+sejemput bawang besar goreng~kesemuanya ditumbuk separuh lumat.
=+=Masukkan garam + gula+ hirisan nenas masak( 1/2 ditumbuk separuh lumat)
=+=Masukkan air perahan limau kasturi/limau nipis+hirisan belimbing buluh.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net