Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Sep-2007 13:50 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 47

 
 
 
47 MANGGO,MANGGA, MEMPELAM,MANGIFERA INDICA, ANACARDIACEASE

Bila sebut mangga semua orang boleh meleleh air liuq kerana keunikannya yang mempunyai rasa masam yang mengecurkan air liur sesiapa saja yang mendengarnya dan melihatnya. Bagi orang Kelantan sebutan mangga jarang kedengaran. Kalau di sebut buah pauh baru dia orang faham. Teringat satu perumpamaan ' pipi bak pauh dilayang' kenapa tidak digunakan mangga so jadi macam ni ' pipi bak mangga dilayang' Kenapa ya tak digunakan perkataan "mangga" ?
Boleh beri jawapan sikit?

Mangga juga adalah tergolong dalam golongan herba juga.Bahagian yang digunakan ialah buah, biji benih dan kulit batang.



Kegunaannya

1. Qi ( is a kind of gas flowing in inner portion of human body)

2. Berkhasiat untuk limpa



3. Merawat batuk

4. Merawat selsema kerana demam dan sejuk



5. Merawat cirit birit berdarah


Mangga ku 2kg sebiji.

6. Merawat payu dara bengkak selepas bersalin
- Kulit batang mangga hutan digesek-gesekkan di atas pasu. Kulit yang sudah hancur itu ditampalkan ke atas payu dara yang bengkak itu.

Mangga kalau dipotong-potong dan dicicah dengan kuah rojak, perghhh memang sedap. Tapi satu saje bila makan mangga dipotong ni, ia boleh menyebabkan gigi terasa ngilu. Aye memang tak suka kalau mangga dipotong-potong ni. Teringat gigi akan jadi ngilu.

So satu cara untuk kita makan sampai puas mangga muda ni ialahhhhhhh......dengan memarutnya dengan menggunakan sagat. ISSSHHHHHH RAAAAHSSSIIIIAAAAA. Saje gurau..



Quote:
COLEK CAMPUR ( RESEPI HUBBY)

Bahan-bahannya
1 biji mangga muda/separuh masak~diparut
1 biji lobak merah~diparut
1 biji timun~diparut

Untuk Colek
Kicap
garam
gula
cili padi.
Kesemuanya dicampurkan sekali.

Caranya

1. Letakkan mangga, lobak merah dan timun yang disagat ke dalam bekas.
2. Tuangkan kuah colek ke atasnya
3. Gaul rata.
4. Sudah boleh dimakannn. Aduhhhh kecur air liur dibuatnyaaaa.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net