Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Sep-2007 09:00 Email | Share | Bookmark
MAKARONI SUP

 
 
 
 
 
 
Quote:
BERITA MUTAKHIR



Pagi tadi satu peristiwa malang yang terjadi. Satu kemalangan yang melibatkan sebuah bas kilang terjunam ke dalam ladang kelapa sawit. Dengar cerita 8 orang telah terbunuh dalam kejadian tersebut. Kejadian ini mungkin akan diwartakan oleh media massa malam ini dan besok. Menurut berita yang tak sahih, pemandunya baru selesai balik dari bas rombongan Kelantan, belum rehat dah bawa bas kilang tersebut. Mungkin mengantuk dan tidak dapat mengawal basnya di selekoh tajam dari Bemban ke Bukit Kajang terus merempuh penghadang jalan dan terjunam jatuh ke dalam ladang kelapa sawit tersebut. Waktu ini saya dalam perjalanan ke tempat kerja. Kesian sungguh.




Anak buah, sibujang dari Johor ada datang ke rumah untuk habiskan cuti kemerdekaan. Jadi dia minta mak saudaranya masakkan gulai daging bumbang nyior. Katanya ingat masakan kawah gulai daging ni masa kenduri kawin. Ape lagi mak saudaranya ni masaklah untuknya. Gulai daging bumbang nyior ni telah ditempekkan di Fp ini. Lihat entry yang lepas. Bila makan gulai ni ingat kat arwah ayah kerana dia pakar dalam masak gulai ni. Satu lagi kepakarannya dia tahu masin garamnya dengan hanya mencelupkan jari telunjuknya ke dalam gulai yang sedang masak mendidih. Bagaimana dia tahu masinnya? Cuba jawapppp sikittt.



MAKARONI SUP



Bahan-bahannya

1 paket makaroni ~ direbus sehingga lembut dan disiram dengan air dan toskan.

Untuk kuah
6 ulas bawang putih ~ditumbuk
sejemput lada hitam~ditumbuk
segenggam udang kering~diblend
potongan ayam
3 biji tomato masak ~ 2 biji diblend sama udang kering, 1 biji dipotong 6
2 biji cili merah
1 kiub sup punjut
Fish ball
kangkong
bunga kobis
jagung muda
kobis
2 batang daun bawang~dipotong-potong
2 batang daun sup~dipotong-potong
Air secukupnya
garam secukupnya

Untuk hiasan
Bawang goreng
Daun bawang~dihiris
Daun sup~dihiris
Serbuk cili kisar

Kicap Soto untuk penyedap sup.

Cara Membuatnya
1. Tumis bahan tumbuk hingga garing.
2. Masukkan bahan blend dan kacau hingga bangkit bau dan mendidih
3. Masukkan potongan ayam,fish ball dan biarkan separuh masak
4. Masukkan air secukupnya dan biarkan dia mendidih dan ayam cukup masak.
5. Masukkan daun bawang, daun sup, hirisan cili merah dan tomato. Biarkan sebentar
6. Masukkan kangkong, kobis, jagung muda dan bunga kobis.
7. Akhir sekali masukkan garam dan makaroni. Angkat
8. Bila nak makan, taburkan bawang goreng, daun bawang, daun sup,hirisan cili merah, kicap soto dan serbuk cili kisar.

Tambahan
Untuk lebih sedap lagi taburkan kacang tanah goreng yang ditumbuk separuh lumat dan cili jeruk(Aye tak masukkan kerana kehabisan stok) Aye tak letak limau nipis kerana limau nipis sudah diperah di dalam kicap soto.


Quote:
Aye kena tag lagi. Kali ni dek Mamasya

1 million galore!

Now, what would you do if you had one million in your possession ?
(Tagged by Mamasya )

Who am I tagging ?
-Yatie, Madiha, Lie Shahmie, ciku nunu,Aidura Sofiee
**********************************************************************
Instructions :
**Start Copy**
Proposition: If you Have $1,000,000.00…………………………………
Requirements: continue above sentences
Tag Mode: 5 blogger
1st - You leave their blog and post link and add to the list below.
2nd - Let the blogger you want to tag know they been tagged by comment in their blog or etc.

What They Do With Their $1 Million
1. SYH will spend for Family.
2. Miche will give to the needy.
3. Montessorimum will keepsake.
4. Mumsgather will secure her kids’ financial future.
5. bkworm will be debt free.
6. Dancing Queen will go on a lifelong holiday.
7. Eve will invest in properties.
8. dieselfire will create a foundation for underprivileged students.
9. Underneath The Stars will put aside for kids education.
10. AmiraZefr will invest in her kids trust fund and set aside for some TLC holiday trips.
11. Erna will perform Hajj and round the world with my beloved family
12. MamaFaMi will create a foundation for orphans and old folks in Africa.
13. Muna will set up a trust fund for her daughter.
14. Mamasya will go on holiday with family and save some for the future.
15. Jie jie will spend 50% for family, 25% for mosque and 25% give for needy.









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net