Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Sep-2007 10:38 Email | Share | Bookmark
KETUPAT SOTONG

 
 
 
Quote:
CUKUP LETIH NAK UPDATE FP NI. DAH CUBA BEBERAPA KALI TAPI MASIH ERROR, ERROR. HISH NAIK HOT JUGAK DIBUATNYE. BERJAM2 TAK DAPAT.OK AYE TRY TANPA GAMBAR PULAK. NAK TENGOK LAGU MANO.


Quote:
TAK SANGKA DAPAT PULAK.


OOOOO RUPENYE NAK KENA UPLOAD SATU DEMI SATU GAMBAR BARU DAPAT. ITU PUN DEKAT 20 MINIT. HARU BETUL

Dulu lihat Fp kak Liza pasal ketupat sotong tganu. Waktu tu dah beli sotong untuk buat ketupat sotong ni. Bila kak liza dah keluarkan ketupat sotongnya maka Kak Jie KIV dululah. Sotong tu akak masak rebus saje. Beli sotong yang lain, sekarang baru boleh masak. Tapi versi Kak Jie ni lain sikit. kalau di Pasar Khadijah Kota Bharu, sotongnya lagi pekat kemerahan warnanya kerana dibiarkan sotong itu kering bersama kuahnya. Tapi kulit sotongnya liat tak boleh nak kunyah. Kak Jie tak suka kulit yang liat tu,anggaran sotong tu dah masak kak Jie terus angkat. Lihatlah ketupat sotong Kak Jie ni.


KETUPAT SOTONG

Sotong ~ dibersihkan(pisahkan kepala sotong, buang warna hitamnya, tulang belakang dan gigi sotong)
1 ½ biji kelapa. Ambil santan pekat.
2 ketul gula melaka
sejemput halba
beras pulut
sedikit garam
sesenduk gula
2 helai daun pandan~dicarik2 dan diikat.
Lidi kelapa/lidi satay(dibelah kecil)
Sedikit bancuhan tepung jagung

Cara membuatnya

1. Beras pulut direndam lebih kurang 1 jam dengan sedikit santan.
2. Masukkan beras pulut anggaran 1 ½ sudu kecil bersama santan ke dalam sotong
3. Tutup sotong dengan kepalanya dan dicucuk dengan lidi supaya beras pulut tidak dapat keluar dari badan sotong. Buat sampai sotong habis.
4. Jerang santan pekat dan masukkan sotong sumbat tadi
5. Bila mendidih dan didapati sotong hampir masak, masukkan halba, sedikit garam, daun pandan , gula melaka dan gula.
6. Bila sotong kelihatan penuh isinya ( buncit dan tegang) dan kuah sudah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
7. Kalau sekiranya didapati kuah lambat pekat sedangkan sotong sudah masak, bolehlah dimasukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkannya. Keenakan lebih terasa bila dimasukkan tepung jagung tu
8. Bila nak makan bolehlah dipotong dan makan sotong dengan kuahnya atau boleh juga kalau tak dipotong. Cuma kenalah pegang lidi di bahagian kepalanya dan gigit bahagian ekornya dulu. Last sekali baru sampai kepala sotong, makan macam makan satay.


Yang ni makan dengan sudu, boleh makan dengan kuah sekali.


Siap dipotong. Tengok isi pulutnya.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net