Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 17-Aug-2007 11:25 Email | Share | Bookmark
SOLOK LADA

 
 
 
Ini juga salah satu menu kenduri kahwin di Kelantan jugak. Solok lada memang tersohor di seluruh Kelantan. Di mana saje ada solok lada. Tak kira masa atau tempat. Yang paling banyak dijual apabila bulan puasa. Solok lada sama larisnya dengan kerabu saghe. Istimewanya solok lada ini ialah kerana lada yang digunakan adalah lada dari Kelantan, berwarna hijau muda. Memang sedap dan pedas. Jauh bezanya dengan cili hijau di belah pantai barat. Solok lada dari lada kelantan ni memang kick. Boleh juga digunakan cili hijau tapi ummmphnya kureng sikit.

Ini dia solok lada tuuu....



Bahan-bahannya

20 biji lada hijau kelantan/cili hijau/cili merah
4 ekor ikan kembung~dibakar dan diambil isinya
2 biji kelapa ~ 1 biji kelapa untuk inti solok, 1 biji untuk santan pekat( 2 cawan )
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sejemput lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula

Cara membuatnya

1. Cili hijau dibelah tengah dan dibuang bijinya ( hati2 supaya tidak terkopek di pangkal dan di hujung cili)
2. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
3. Kemudian dalam lesung yang sama, tumbuk isi ikan, kelapa, garam dan gula sehingga sebati semua bahan~ sudah jadi inti solok
4. Sumbatkan inti solok ke dalam cili yang dibelah sehingga penuh. Buat sampai habis.
5. susun cili solok itu di dalam periuk. Pastikan inti solok di bahagian atas (jangan kasi tumbang. Kalau tumbang isinya akan hancur).
5. Tuang santan pekat ke dalam periuk secara perlahan-perlahan. Pastikan tidak mengenai isi solok tersebut.
6. Tutupkan periuk dan dimasak di atas api yang sederhana.
7. Bila dah kering santannya bolehlah diangkat dan dihidangkan
.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net