Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Aug-2007 11:37 Email | Share | Bookmark
GULAI PUTIH

 
Dulu ada aye tempekkan satu menu untuk majlis perkahwinan di Kelantan."Gulai Daging Bumbang Nyior", "Kerabu Saghe". Ini satu lagi menu iaitu Gulai Putih atau Gulai Buku Besar. Kenapa dipanggil gulai buku besar sebab daging dipotong besar untuk satu hidangan 5 atau 6 orang. Gulai putih pulak sebab warna gulainya putih kelabu.

Senang aje masak gulai putih ni. Yang penting mesti ada rempah kurma. Masak kurma lah tuuu tapi bezanya kuahnya mesti pekat.


GULAI PUTIH @ GULAI BUKU BESAR



BAHAN-BAHAN~sukatan anggaran aje

1 1/2 kilo Daging~ potong besar ( supaya mudah empuk dan masak aye potong nipis)
Santan dari 1 1/2 biji kelapa ~ asingkan kemancar dan santan pekat.
garam secukup rsa
gula ikut suka
air limau nipis
3 biji kentang~dikupas kulit dan dipotong empat - nak masukkan banyak pun boleh

Bahan Tumis
3 labu bawang besar- dimayang
5 ulas bawang putih- dimayang
3 kuntum pelaga hindi
2 kuntum bunga lawang
1 potong kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 paket rempah kurma-dicampur sedikit air.
minyak untuk menumis

Cara membuatnya
1. Tumis bahan tumisan hingga layu dan bangkit baunya.
2. Masukkan rempah kurma, ditumis hingga garing.
3. Masukkan daging, kacau rata, tutup periuk dan biarkan seketika.
4. Masukkan santan kemancar. Biarkan sehingga daging empuk.
5. Masukkan santan pekat, garam, gula ( gulai ini sedikit manis, tapi terpulang pada cita rasa kengkawanlahhhh) dan kentang.
6. Masak sehingga kuah pekat dan daging benar-benar empuk ( tapi jangan sampai daging hancur)
7. Sebelum angkat, perahkan air limau nipis. Kacau rata dan angkat


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net