Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Aug-2007 10:01 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 43

 
 
 
 
 
 
 
 
43. KELADI AGAS,RUMPUT KELAYAR,OVAL-LEAVED PONDWEED, MONOCHORIA VAGINALIS



Keladi Agas banyak dijumpai di sawah padi, di tepi parit dan kawasan-kawasan yang berair.Ia mempunyai ketinggian lebih kurang 20-30cm. Daunnya bujur kecil berbentuk 'love' dengan warna hijau gelap



Bahagian yang digunakan adalah seluruh herba.

Kegunaan

1. Sebagai ulam ~ daun, batang dan bunga dimakan mentah

2. Ia juga boleh dimasak dan amat sedap jika dicecah dengan sambal belacan dan dibuat kerabu.

3. Akar keladi agas direbus dan dijadikan jus dikatakan boleh merawat ketidakselesaan perut, penyakit hati, menghilangkan penyakit asma dan sakit gigi.




4. Jus dari daunnya juga dikatakan amat berkesan merawat batuk.



Quote:
Sebenarnya aye ambil gambar ni dek kerana bunganya yang cantik. Aye pernah merasai keladi agas ni dengan merebus batang dan daunnya, kemudian dicecah dengan budu. Rasanya memang sedap dan wangi sangat, ia amat berlainan dengan keladi biasa. Aye tak tau rupanya ia juga banyak kegunaannya sehinggalah aye berjumpa dengan buku ni ~ Herbs of Malaysia edited by K.M Wong. Thanks for sharing ~ Joseph Samy, M.Sugumaran and Kate L.W.Lee


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net