Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 31-Jul-2007 07:57 Email | Share | Bookmark
KERABU SAGHE

 
KERABU SAGHE
 
AIR CILI
KUAH TUMIS
Aye tempekkan di sini kerabu saghe atas permintaan MaDiHa. Kerabu saghe memang tak ade di tempat lain kecuali di Kelantan sahaja. Sekali makan pasti nak makan sokmo. Memang sedap.



BAHAN-BAHAN

100 grm saghe ( rumput laut ) ~ direndam 1 malam dan dibersihkan sehingga putih dan bersih. toskan.



SAMBAL KERABU

1/2 biji kelapa parut - dibuat kerisek
5 ulas bawang merah ] dihiris
3 ulas bawang putih ] dihiris
lada hitam ditumbuk
2 ekor ikan kembong. direbus dan diambil isinya
2 batang serai ] dihiris
garam
gula

Caranya:
>>Kelapa parut + bawang merah + bawang putih + serai digoreng tanpa minyak - dibuat kerisik.(ditumbuk/diblend)
>> Campurkan dengan garam, gula, isi ikan + lada hitam yang ditumbuk. Siap.

AIR CILI

>>Cili api + Cili merah + bawang putih ( kesemuanya diblend )
>>Campurkan dengan cuka dan sedikit air + garam.+ gula



KUAH TUMIS
>> Halia + cili kering + bawang putih + bawang merah + serai ( kesemuanya diblend )+ santan pekat + garam + asam keping dimasak sehingga naik minyak dan pekat.

BUDU.
Budu + air limau nipis + cili api

Caranya:
1. Letakkan saghe dalam pinggan, kemudian letakan sambal kerabu. Masukkan sambal tumis +budu. Perah air limau nipis. Gaul biar sebati. Dah boleh makannnnnn.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net