Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Jul-2007 09:06 Email | Share | Bookmark
MASAK LEMAK TEMPOYAK DAUN GELUGOR

 
 
 
 
 
 
 
 
Aye sebenarnya dah lama teringin nak makan masak lemak tempoyak daun gelugor ni. Kebetulan risik-risik dengan kawan sekerja, adalah seorang tu yang milik pokok gelugor ni. Aye bagi taulah keinginan aye tu(mengalahkan orang mengandung pulak). Besoknya dia bawa aye beberapa biji buah gelugor dan satu plastik daun gelugor. Alamak banyaknyaaaaa. Yang bestnya orang Melaka ni ada yang tak kenal pokok gelugor ni. Dia cakap nampak cam sedap aje buah ni. Boleh buat jeruk tak? Kelakar betul.



Aye bagikan sikit pada kawan aye yang lain dengan memberi resepi masak lemak ni. Yang selebihnya aye bawa balik. Buahnya aye hiris nipis-nipis dan dijemur untuk jadikan asam keping. Tapi sayang sekarang ni musim hujan, entah-entah menjadi ke tak menjadi asam keping aye tu. Terserah pada cuacalah.



Quote:
Ok kita lihat resepinya

Bahan-bahannya

6 ekor ikan selar ( ikan apa pun boleh )
10 biji cili padi ( diblend )
5 ulas bawang merah (diblend)
3 ulas bawang putih (diblend)
2 sudu serbuk kunyit ( guna kunyit hidup lagi sedap ~ aye dah kehabisan stok)
4 batang serai (dititik)
1 senduk tempoyak
Santan pekat (RM 1.00 sekilo~ Melaka murah santan)+ sedikit air
4 tangkai daun gelugor ( dihiris rampai, direndam dengan air garam 15 minit, perah dan toskan)



Cara Membuatnya

1. Dalam periuk, campurkan santan bersama bahan yang diblend, serbuk kunyit dan serai. Panaskan hingga mendidih.
2. Masukkan ikan, biarkan seketika.
3. Masukkan daun rampai gelugor, garam dan akhir sekali masukkan tempoyak. Biarkan seketika dengan mengecilkan api. Masak hingga sedikit pekat dan naik minyak. Angkat dan hidangkan.

P/S
Sorry sebab gambar tak memuaskan kerana aye gunakan HP aye je. Huhuhuhuhu...Sedih betul


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net