Want your
own Fotopage?






 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 24-Jul-2007 08:17 Email | Share | Bookmark
MEE GORENG SPECIAL

 
Lama dah tak masak. Aye nak tayang mee goreng aye pulaklahhhhh.

Quote:
MEE GORENG SPECIAL



Bahan-bahannya

1 kilo mee kuning~dibersihkan dan ditoskan
hirisan ayam
hirisan daging
Udang hidup
beberapa biji fishball~ dibelah dua
1 keping fish cake~ dihiris nipis
sawi,kobis ~ dipotong
Sos cili
Sos tomato
Kicap manis
Sos Tiram
1 kiub ikan bilis
2 biji tomato~dipotong empat
2 biji cili merah~ dihiris
garam
gula
sedikit air

Bahan untuk tumis
10 biji cili kering ~ diblend
5 ulas bawang merah ~ diblend
5 ulas bawang putih~diblend
sejemput lada hitam~diblend
minyak untuk menumis

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend sehingga bangkit bau.
2. Masukkan daging, ayam, udang, fish ball,fish cake dan kiub ikan bilis. Kacau rata.
3. Masukkan sedikit air untuk empukkan daging dan ayam.
4. Masukkan sos cili, sos tomato,kicap manis dan sos tiram. Biarkan dia mendidih seketika.
5. Masukkan sawi dan kobis, kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan cili merah, tomato, sedikit garam, sedikit gula ( garam dan gula tak perlu masuk pun boleh kalau dah masin dek kerana kicap) dan mee kuning yang telah dibersihkan. Kacau sehingga mee masak.Angkat dan hidangkan




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net