Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Jul-2007 12:21 Email | Share | Bookmark
REMIS MASAKAN IBU

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Sudah lama aye tidak pekena remis. Masa kecil2 dulu adalah sekali dua mencari remis ni di Pantai Irama Bachok. Tapi remis di sana lebih kecil dari yang ini dan berwarna putih. Kita orang panggil gheseik.

Seronok bila saudara cakap nak datang dan bawa remis ni. Rupanya kat Melaka ni remisnya besar sikit dan berwarna warni. Dia orang bawak yang mentah dan suruh aye masakkan. Sebenarnya dia orang dah masak sebahagian remis ni di rumah. Balance yang mentah barulah dia orang kasi kat aye.

Pelbagai masakan boleh dibuat. Misalnya REMIS GORENG dan REMIS KETUK SERAI. Itu masakan yang biasalah kami masak.

Tapi kali ini aye cipta resepi yang berlainan sikit. Aye masukkan telur sebab isinya yang ciput tu boleh digantikan dengan telur ( untuk perbanyakkan isilah tuuuu) Ini kerana bila dimasak remis akan terbuka dan isinya entah ke mana. Hilang di sebalik kuahhhh.

Aye letakkan sedikit aje cili takut pedas sebab bila pedas nanti remis yang ciput tu tak akan habis kerana kepedasan. Biasanya kami makan begitu aje. Satu penemuan baru aye ~ kebetulan aye tanak pulut. So aye cuba makan dengan pulut tersebut. Memang sedap sekaliiiii. Pulut dicecah kuah remissssssss.Di selang seli dengan makan isinyaaaa. Ini dia resepi baru tuuu.


REMIS BERSOS TIRAM



Bahan-bahannya

Remis ( sukatan tak boleh agak sbb tak timbang~ anggaran 2 1/2 cupak )~ dibersih dan tos.
4 ulas bawang merah ~ diblend
4 Ulas bawang putih ~ diblend
1 labu bawang besar ~ diblend
2 biji tomato masak ~ diblend
2 inci halia ~ diblend
4 batang serai ~ diblend
4 biji cili merah ~ diblend
4 biji cili api ~ diblend
Sos tiram
Bancuhan tepung jagung
2 biji telur ~ dipukul
Sedikit minyak untuk menumis.
Sedikit air
Garam secukupnya
Sedikit gula

Cara Penyediaannya

1. Tumis bahan yang diblend hingga wangi dan sedikit garing.
2. Masukkan telur yang dipukul tadi, kacau rata
3 Masukkan sedikit air kerana remis nanti akan mengeluarkan air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan sos tiram, garam, sedikit gula dan masukkan remis. Kacau sebati. Biarkan seketika.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau biar rata. Rasai garamnya dan angkat.





Kulit-kulit Remis yang berbagai warna.









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net