Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Jun-2007 10:14 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 32

 
 
 
 
32. POKOK TANJUNG, BUNGA TANJUNG,BAKULA,INDIAN MEDDALER,BAULA,(MIMUSOPS ELENGI)



Bila sebut Bunga Tanjung teringat lagu Sharifah Aini. Mendayu-dayu lagunya.

Bunga Tanjung cantik berseri
Hiasan dara gadis rupawan
Sungguh sombongnya bungamu menari
Melenggang lengguk di hujung dahan....


Teringat aye masa mengandung, teringin sangat nak makan bunga tanjung. Pelik kan? Mengidamlah tu kononnnnnn. Baunya yang harum itu membuatkan rasa ingin mengunyahnya dan ingin tahu apa rasanya. Mula2 tu kutip satu demi satu bunganya dan dicucuk dengan benang. ~Orang-orang tua memang suka kalau dapat bunga tanjung yang sudah dicucuk benang. Mereka akan letak dan simpan di dalam sejadah bersama telekung sembahyang. Bila tiba masa untuk solat, dibukanya sejadah, amboi mak wanginya walaupun bunga tu dah kering. Kadang2 diaorang buat hiasan sanggul~ Bunga tanjung yang dicucuk benang diberi kepada mak. Lepas tu kutip lagi dan terus masuk mulut. Kunyah pelan2 sebab nak tau rasanya. Kalau pahit mungkin terus dibuang jadi tak adalah lama rasa pahit tu. Tapi ya ampunnnn harum terasa bila kita bernafas dan rasanya sedikit manis, mungkin madu bunga.



Masa kecik2 dulu, memang susah untuk dapatkan buah seperti sekarang. Jadi buah tanjunglah yang dimakan. Tapi makan cuma sebiji dua aje.Rasanya manis dan sedikit kelat. Sekarang budak2 dah tak kenal lagi makanan di zaman Jepun tu.



Banyak berceloteh pulak. Jom kita tengok khasiatnya.


Bahagian yang digunakan ialah Kulit batang, daun dan bunga.

Kegunaan

1. Merawat ruam bernanah
Beberapa kuntum bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar Jintan Hitam. air rebusan diembun semalaman. Air ditapis dan dimandikan pesakit dengan air tersebut.

2. Merawat sakit gigi dan Boleh menghilangkan nafas berbau. Kulit batang pokok direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari

3. Merawat luka.
Air rebusan kulit batang pokok digunakan untuk mencuci luka.

4. Merawat ozena atau rinitis
Jus daun bunga tanjung dijadikan ubat titis hidung dua kali sehari dan dilakukan sehingga sembuh

5. Mewangikan rambut.
Biasanya bunga tanjung direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumur ke rambut.

SUMBER: NORAIDA. Thanks Nor.

6. Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi mengecutkan rahim dan mengetatkan ********** wanita(mengikut kata mak)


DARIKU UNTUKMU

Quote:
jeff>> Ha ha ha ha ha ha hi hihihihihihihiiiiiiiiiiiiiiiiii
ida isk merpati66@yahoo.com>>itulah masyarakat kita kan bila sebut harum aje dikatakan hantu Noraida tu cuba lihat di link sebelah
yatie>>ari tu cadang memang nak telan pokok tapi pokok tu nangis tak kasi makan dia. Nama anak heh ANAK MAMI TANJUNG.
aidura sofiee>>Ini semua atas sokongan dari aidura dan kawan2 yang lain. Tambahan pulak disebabkan minat yang mendalam untuk mengkaji khasiat tumbuhan ciptaan tuhan. Pas tu nak share dengan kawan-kawan. Bila dapat share timbul satu kepuasan yang tak dapat diungkapkan.
lie syahmie12@yahoo.com >> Terima kasih atas sokongan anda






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net