Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 15-Jun-2007 05:40 Email | Share | Bookmark
GULAI DAGING BUMBANG NYIOR

 
 
 
 
 
BUMBANG NYIOR???????? Pasti ramai yang tak tau apa bendanya itu?. Kalau orang Kelantan tentu dia orang senyum-senyum aje sebab dia orang tau maknanya. Bumbang nyior adalah kelapa yang muda yang belum ada isi, kalau ada isi pun hanya nipis aje isinya. Orang Kelantan panggil 'berhingus' aje isinya. Bumbang tu adalah tempurung dan sabut kelapa yang muda yang rasanya kelat atau ada juga yang rasanya manis. Lihat pada kelapalahhh. Biasanya bumbang ini juga dibuat rojak/colek ~ Dicicah dengan cuka+gula+garam+cili api+belacan. Alamak kecur pulak air liur.



Ada sebahagian masyarakat Kelantan yang memasukkan bumbang nyior ni ke dalam gulai daging terutama gulai kenduri kahwin. Gulai ini memang famous di tempat aye. Kalau tidak dimasukkan bumbang ini memang tak sah gulai kawahnya....

Di Kelantan, gulai kawah sentiasa ditambah kalau dah habis. Pendek kata tetamu dapat makan gulai ini sehingga puas hati. Begitu juga dengan hidangan yang lain. Misalnya acar dan sambal tapi hidangan yang lain misalnya ayam percik, gulai buku besar tidak ditambah sebab dia dah dipotong besar, memang cukup untuk satu hidangan 5 atau 6 orang. Panjang pulak cerita pasal bumbang nyior ni ye!

GULAI DAGING BUMBANG NYIOR



Bumbang nyior dari 1 biji kelapa muda~dibelah, dipotong dan dihiris nipis bumbangnya yang lembut.
( direbus sehingga masak dan toskan)
1 kilo daging ~dipotong nipis atau ikut suka
5 ulas bawang merah ~diblend
5 ulas bawang putih ~diblend
1 inci kunyit ~ diblend
1 1/2 inci halia ~ diblend
1 inci lengkuas ~ diblend
10 biji cili kering ~ diblend
1 paket rempah kari
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis
3 kuntum pelaga hindi
1 kuntum bunga lawang.
minyak untuk menumis
santan dari 1 biji kelapa
garam secukup rasa
sedikit gula
1 keping asam gelugor

Cara Penyediaannya

1. Tumis bunga lawang,bunga cengkih, kulit kayu manis dan pelaga hindi sehingga naik bau. Masukkan bahan yang diblend dan rempah kari. Tumis sehingga garing.
2. Masukkan daging dan digaul sebati. Biarkan seketika sehingga daging layu. Masukkan kemancar santan dan asam keping dan biarkan daging empuk
3. Masukkan santan, garam, sedikit gula dan bumbang nyior. Biarkan kuah sedikit pekat dan naik minyak. Angkat dan hidangkan bersama nasi atau roti jala




P/S
Bumbang nyior boleh digantikan dengan ubi kentang, buah ara, ubi keling,nangka atau keladi


ROTI JALA

1 KILO TEPUNG GANDUM+ 1 CAWAN SUSU TEPUNG+2 BIJI TELUR+SEDIKIT GARAM+AIR SECUKUPNYA ~KIRAI TEPUNG DI DALAM KUALI UMPAMA JALA




DARIKU UNTUKMU

Quote:
ida isk merpati66@yahoo.com>> Lama tak makan umbut kelapa. Masa kecik2 aje jumpa tu.
Umbut kelapa masak bening sedap.
RosLeenda mutiarahati66@yahoo.com >>kelapa muda memang senang dapat, tapi nak dapatkan bumbang ni susah juga kalau kita tidak ada pokok kelapa. Sebab tak ada orang jual
lie syahmie12@yahoo.com >>Thanks. Ye laa akak faham. Musim cuti sekolah ramai yang jadi pengantin.
yatie >>memang itulah loghatnya. 'Nyor'. Bumbang manis adatapi susah nak dapat sekarang. Dulu rumah akak yang di Kelantan ada tanam pokok kelapa manis ni. Tapi sekarang dah ditebang. Dah tak ada baka lagi.
jeff >>Pernah gi Kelantan tak? Cuba pegi time cuti sekolah. Pasti ramai yang buat kenduri kawin. Cuba hadir kenduri tu pasti dapat rasa gulai ni tapi di sebelah Bachok aje ada. Tempat lain gulainya lain pulak.
arulz >> Boleh tapi jauh pulak nak ngantar kat mana tu?
MaDiHa>>Sedak sungguh collek tu tambahan kalau makan ramai2 kan.Madiha kat mana? Gulai ni hanya di kawasan Bachok aje sebab banyak pokok kelapa kat situ
mrs.apple >>akak ni hantu semua roti
Ida Natrah >>laaa sorrylah akak tayang gulai ni. Kalau dekat dah lama akak hulur. Tapi boleh cuba buat kan?
umi-kal nasution >>Bila nak balik Malaysia? Cuba auntie tukar bumbang dengan apple hijau mesti sedap kari tu. Dapat resepi baru lak. Ada2 aje auntie ni
cak>>akak rasa cak silap kot. Ini bukan isi kelapa muda tapi tempurung dan sabutnya yang lembut tuuuu
Penyulawa >>tengok yang akak highlightkan tu....









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net