Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-Jun-2007 07:31 Email | Share | Bookmark
NASI LEMAK MANJALARA

Sorry sebab dah makan
 
 
 
Haa dah makan???
Kata Jeff tak taruk nama pun tak ape kat masakan janji sedap. Tapi Jeff kurang2 orang boleh kenal apa masakan tu. Kalau kata "ala makanan tu lah" orang tak tau yang mana sbb terlalu banyak makanan. Betul tak Jeff. So aye nak bezakan dengan masakan yang lain, aye saje2 lah letak nama lain sikit. Nanti orang akan ingat makanan ni macam ni resepinya dan pembuatannya.

Jadi ari ni aye ade resepi yang mengarut lagilah. Nak cari kelainan. He he he he Tapi dia tak lari dari resepi asal cuma makanan tambahannya ada sikit lari lah. Biasalah bila kehabisan stok tu mulalah korner kot lain ~~biar ada kelainan sikit kan! asalkan sodap

Resepi ni aye taruk nama Manjalara pulak. Drama tengah top waktu ni. Jadi senang untuk ingat. Bila menonton Manjalara ingat Nasi Lemak aye he he he he Biasalah tu
Entry lepas Mutiara Hati sempena drama Indonesia ~ Ibu Arini sama Nabila sama Mas Aji

Quote:
NASI LEMAK MANJALARA


SOORY DAH DIMAKAN. YUMM YUMMM

3 cawan beras Basmathi
1 paket santan M&S ( stok santan dah habis - so guna yang segeralah)
4 kuntum bunga cengkih
2 inci halia - diketuk
3 helai daun pandan - dicarik2kan

Cara Membuatnya
Campurkan beras Basmathi + santan+air +bunga cengkih+halia dan masak dalam rice cooker.
Bila dah kering masukkan daun pandan, tutup semula periuknya dan biarkan sehingga masak. Aye pekenakan nasi lemak ini dengan Sambal Ikan Bilis, Telur dadar dan Asam Pedas Ikan Parang
.




Quote:
TELUR DADAR

BAHAN-BAHANNYA
4 biji telur
sedikit garam
2 sudu sos tiram
Sedikit minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA
Sama dengan cara membuat telur dadar :~ Pukul telur bersama garam dan sos tiram hingga kembang dan goreng dengan api yang sederhana.


Quote:
SAMBAL IKAN BILIS SPECIAL



Ikan bilis ~ digoreng garing
6 ulas bawang merah ~ diblend
6 ulas bawang putih ~ diblend
10 tangkai cili kering ~ diblend
1 labu bawang besar ~ diblend
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
Santan
Sedikit sos tiram
air
garam
gula
1 keping asam gelugur

Cara Membuatnya

1. Tumiskan bahan2 yang diblend sehingga garing
2. Masukkan air, garam, gula , santan, asam keping, sos tiram dan bawang besar yang dihiris bulat.Kacau hingga mendidih.
3. Masukkan ikan bilis yang digoreng garing.
4. Bila pekat angkat
.


Quote:
ASAM PEDAS IKAN PARANG



( RESEPI INI AYE AMBIL DARI SEORANG PROFESSOR YANG TELAH BERSARA SEWAKTU BELIAU MELAWAT DI TEMPAT KERJA AYE. KATANYA MELAKA FM PERNAH MENYIARKAN RESEPI NI BEBERAPA KALI. MENURUTNYA LAGI INI RESEPI PURE ASAM PEDAS MELAKA.)

BAHAN-BAHANNYA

3 potong ikan parang
7 ulas bawang merah ~ diblend
7 ulas bawang putih ~ diblend
11 tangkai cili kering ~ diblend
1 1/2 inci kunyit ~ diblend
sedikit belacan ~ diblend
sejemput halba
6 helai daun limau purut
bendi
1 mangkuk Air asam jawa
minyak untuk menumis
garam

CARA MEMBUATNYA

1. Tumis bahan yang diblend + halba + daun limau purut sehingga garing
2. Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih
3. Masukkan ikan parang dan garam
3. Masukkan bendi dan biarkan kuah sedikit pekat
4. Rasai garamnya dan angkat
.




DARIKU UNTUKMU

Quote:
jeff >> betul tu jeff. Sbb tu aye lebih gemar masak sendiri di rumah.
ciku_nunu >> Power? boleh bikin nasi lemak power ranger pulak lahhhhh Terima kasih atas sokongan.
yatie >>akak pun kangen bangat sama Yatie. Berapa kali dok jenguk kat Fp Tie tapi belum di update lagi sehinggalah akak jenguk Fp jeff 31 May tengok ada komen Tie kat situ. Akak tau Tie dah balik. Nak pindah sebelah rumah? Boleh tapi larat ke Tie nak berulang pi kerja?
za>>Thanks untuk segalanya.
Aissa b_aissa@hotmail.com >>Thanks for comment. انشآء الله باذن الله شكرا
mrs.apple >>Thanks keluarga akak pun suka
has hassan_basri94@yahoo.com >>Thanks bolehlah cuba. Senang aje tuuuuuu.
azryshah@FM1957 azryshah1957@gmail.com>>Bila2 aje
lie syahmie12@yahoo.com >>sedaplah bagi akak and famili tapi tak taulah pulak untuk org lain. Tapi boleh cuba sebab dah ada resepinya. Thanks atas sokongan adik lie.













View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net