Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-May-2007 06:47 Email | Share | Bookmark
NASI MUTIARA HATI

 
 
Ayam Bersos Tiram
Enoki Mushroom
TAU MIU
Bunga Kobis
SAYUR CAMPUR TAU MIU
NASI MUTIARA HATI
Bila anak dah berkumpul semuanya di rumah, ada saja idea masakan untuk dibuat. Maklumlah jarang-jarang sekali mereka berada bersama keluarganya. Kebanyakkan mereka berada di asrama. Tau2 ajelah.

Jadi ari ni aye terlintas untuk buat nasi special sikit untuk dia orang. Walaupun terpaksa bergegas untuk pegi kerja tapi alhamdulillah sempat juga menyiapkan hidangan ini. Kata orang kalau dah nak buat tu semua jadilah melainkan kalau dah kena duri daun palas(penyakit M lah tu) hidangan kedailah yang jadi mangsanya.He he he he he

Nasi ni kalau dilihat macam nasi hujan panas. Saje aye letak pewarna nak cari kelainan sikit.



Quote:
NASI MUTIARA HATI

3 Cawan beras Basmati
1/2 tin tomato pure
1/2 tin susu cair
air secukupnya( aye tak sukat airnya-sorrylah)
Pewarna hijau dan merah

Bahan Tumis
1 kiub sup tulang Knorr
1 labu bawang besar ~dihiris
4 ulas bawang putih ~ dimayang
1 1/2 inci halia ~ dimayang
3 kuntum Bunga Cengkih
1 Batang Kulit Kayu manis ~ dipatahkan jadi 2
2 kuntum Pelaga Hindi
1 kuntum Bunga Lawang
Majerin untuk menumis.( Taruk minyak sapi mungkin lagi sedap ~ aye kehabisan stok minyak sapi)

Cara Membuatnya
1. Tumis bahan2 tumis dalam Rice Cooker sehingga layu. Masukkan kiub sup tulang dan kacau rata.
2. Masukkan beras yang telah dibersihkan dan disejat terlebih dahulu. Kacau rata.
3. Masukkan susu cair dan tomato pure. Kacau rata. Kemudian masukkan air secukupnya.
4. Tutup periuk dan biarkan sehingga hampir masak.
5. Titikkan pewarna di dalam nasi dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
6. Bila dah masak, gaul2kan biar rata. Boleh dihidangkan bersama Ayam Bersos Tiram dan Sayur Campur Tau Miu.



Quote:
AYAM BERSOS TIRAM

sorry belemuih sikit

BAHAN-BAHAN
7 Ketul ayam
Sedikit sos tiram
garam secukup rasa
sedikit gula secukup rasa
1 keping asam gelugur
5 cawan air

Bahan Tumis
1 labu bawang besar ~diblend
5 ulas bawang putih~diblend
5 ulas bawang merah~diblend
10 batang cili kering~direndam terlebih dahulu dalam air panas sehingga lembut dan diblend
2 biji cili merah ~ dibelah dua

Cara Membuatnya
1. Tumis bahan yang diblend sehingga naik minyak dan garing.
2. Masukkan garam dan asam keping. Kacau rata.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Kemudian masukkan air, kacau rata dan biarkan sehingga ayam masak dan kuah pekat.
4. Masukkan sos tiram. Gaul rata.
5. Masukkan cili merah. Kacau dan angkat.



CENDAWAN ENOKI


SAYUR TAU MIU


Quote:
SAYUR CAMPUR TAU MIU

Bahan-bahannya
5 ulas Bawang Putih~dimayang
3 biji cili merah ~ dihiris
Udang hidup ~ dibuang kulitnya.
Cendawan Enoki
Sayur Tau Miu
Bunga Kobis
1 batang karet- dipotong ikut suka
Sos Tiram
1 sudu tepung jagung
Minyak untuk menumis
2 cawan air
garam secukup rasa

Cara Membuatnya
1. Tumis bawang putih dan cili merah sehingga bangkit bau.
2. Masukkan udang digaul rata.
3. Masukkan air . Kemudian masukkan karet, bunga kobis, cendawan dan akhirnya Tau Miu. Biarkan mendidih.
4. Masukkan garam dan sos tiram dikacau rata
5. Akhirnya masukkan tepung jagung yang dicampur dengan sedikit air. Kacau, rasa garamnya dan angkat.



DARIKU UNTUKMU

Quote:
~~umi-kal nasution>> Tak salah makan auntie. Sekali bagi 1 hari makan yang berat. Lepas tu kalau rasa lapar makan buah dan sayur dah cukup.Kita orang yang berumur ni mcm tulahhh walau makan 1 kali pun badan tetap naik jugak.
jeff >> He he he eh heeeee. Tu lah pasal aye lebih gemar masak sendiri di rumah. Puas hati krn mengikut kita punya selera.
lie syahmie12@yahoo.com >> Thanks. Bolehlah cuba sbb resepi akak ni ikut kreativiti akak. Tap tidak lari dari bahan asasnya.
~~Edoras >> cukup best. Bolehlah Cuba buat.
~~MaDiHa >>Thanks. Selalulah jenguk sini. Madiha nak copy ape aje akak izinkan. Memang tujuan akak masukkan ini untuk sama-sama share. Nanti Madiha tempek kat Fp madiha pulak. Akak berkenan dengan 'calong' madiha tu.
~~ida noorhidayah_idris74@yahoo.com>> Thanks cubalahhh. Sayur Tau Miu tu akak beli di tesco.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net