Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-May-2007 13:58 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 27

 
 
 
 
 
27. CEKUR,KENCUR(Kaempferia galangal)



Masyarakat Jawa memang kenal dengan cekur ni. Mereka menggunakannya dalam masakan seperti urap, kuah pecal (lama tak pekena pecal ni) dan masak lemak cili api. Banyak variasi cekur sebenarnya. antaranya ialah cekur merah, cekur hitam, cekur jantan, cekur betina dan cekur batik. Cekur merah berdaun merah, cekur hitam daunnya kehitaman, cekur jantan daun tirus dan cekur betina berdaun lebar dan cekur batik mempunyai corak ungu di atas permukaan daun.



Kegunaan

Banyak kegunaan cekur ni. Dikatakan ia boleh merawat

1. Selsema
Isi cekur dicampur dengan lada sulah, kayu manis dan madu

2. Sakit mata,sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang dan batuk kering.
Tonik dari cekur



3. Mengecutkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin.
Cekur dibuat sebagai ulam atau acar

4. Sakit perut,korela,sembelit dan membasuh rambut bagi menghilangkan kelemumur.
Air rebusan akar cekur digunakan untuk tujuan ini.



5. Rasa gatal dan pedih akibat terkena ulat bulu
Air rebusan akar cekur juga digunakan.

6. Merawat sakit kepala


7. Awet muda.



DARIKU UNTUKMU
Quote:

~~jeff >> bETUL TU. tHANKS
~~lie syahmie12@yahoo.com >>yE. Banyak khazanah alam ciptaan Allah punya khasiat dan kegunaannya. Allah menyuruh kita mengkaji dan meneroka hasil ciptaannya untuk kebaikan kita yang digelar manusia.Betul kan?






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net