Want your
own Fotopage?






 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-May-2007 09:44 Email | Share | Bookmark
RESEPI KERANG BERAPI

dah bersih
 
 
 
tengok lidahnya
 
sampai terjulur keluar
 
yg ni susah nak ambik kejap tutup kejap buka
 
 
 
Bahan ditumis
masukkan daun kunyit
masukkan kerang
dah masak
 
huuummmm
sedapnya
 
 
 
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

BUAT TEMAN-TEMAN( BACA IKUT LOGHAT INDON.)

Sebenarnya aye tak sampai hati membiarkan teman-teman menunggu resepi Kerang Berapi ni. Ingatkan nak teruskan sampai 30 May, tak jadilah. Kesian kat teman-teman yang terliuq habih tu. Kita tak boleh lokek/kedekut dengan ilmu ni apatah lagi dengan resepi masakan kan?. Aye kesian betul dengan Syerah, Yatie, sampai beberapa kali dok jenguk Fp aye. Sama jugaklah dengan ciku_nunu, Jeff dan Ida isk yang nanya mana kedai tu sbb tak sabar nak rasa Kerang Berapi ni. Bonda RaqynRafiqin, Auntie Umi Kal cuba teka resepinya(bukannya apa tu, sebenarnya nak suruh aye bgtau cepat2 resepinya, betulkan?)Abedie, MsSyafie, MrsApple,Fadzlie,Alba Solare, Kak Liza, Dak jam, Mamafami(banyak bg tips kat aye, thanks),Maklang dan teman-teman yang lain, bolehlah copy resepi ni. Mana lah tahu kot nak buka kedai Kerang Berapi pulak kat tempat masing-masing. He he he he he he. Aye kata macam tu sebab aye dah try resepi yang hanya diangguk2kan aje tu (resepi angguk-angguk) sudah menjadik. Fuyyooooo. Kebetulan ari ini hujung minggu, jadi dapatlah aye membeli kerang tu dan memasaknya mengikut resepi angguk-angguk tu. Nasib baik boleh ingat lagi. Kalau tidakkk...............


Udah dibersihkan

Satu yang melucukan aye bila lihat kerang ni. Setelah dibersihkan dan disiram, aye biarkan dalam bekas tapisan. Sementara menyiapkan bahan-bahannya, kerang mula menunjukkan aksinya. Berbagai-bagai aksi yang ditunjukkan sehinggakan ada yang jatuh bertaburan di atas meja. Apalagi aye ambil kesempatan ni untuk snap depa. . Jom kita lihat aksi mereka. Jeng jeng jengggggggg.














Yang ini sampai keluar air liur

Quote:
KERANG BERAPI

BAHAN-BAHANNYA (cukup simple)

1 kilo kerang
5 ulas bawang merah>diblend
4 ulas bawang putih>diblend
1 labu bawang besar>diblend
7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut-biasalah org kelantan) >diblend
3 tangkai cili merah>diblend
8 biji cili api ( kalau nak lebih berapi masukkan lebih sikit- anak aye tak tahan pedas )>>diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh)>dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit>diracik halus
1 biji telur >dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung>untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.

Cara membuatnya:

1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing
3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi
4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak
5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau
6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi
7. Masukkan tepung jagung dan kacau
8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.



Haa dah masak.


Tengok yang ini



Aye nak kasi cerita cara makan. Memula cicah roti dalam kuah. Kunyah2 roti habiskan 2/3 keping sambil berdesit desat( kepedasan ).Pas tu kopek kerang, kunyah2 isi kerang sampai 7/8 ketul, ulang lagi cecah roti dengan kuah. Buat ulang-ulang gitu sampai kenyang. Pasai apo? Pasainyo kuah tu pekat sikit. Nanti kalu tak makan kerangnyo susah nak cicah rotinyo. Itu pasai keno wat mcm tu.....Petua..Actually memang sedap makan cara tu. Anak2 aye pulak lain caranya. Dia kopek dulu ambik isi dan disusun atas roti. Kemudian dia jirus kuah atas isi kerang. Dia lipat roti dan makan. Macam-macam caralah.


Tayang isinya sikit. Yummy yummy


Dicecah dengan roti atau dimakan bersama nasi
gambar yang guna flash


Gambar tanpa flash. Original kaler

p/s

Kiranya dah terlepaslah hutang aye yerk! Inilah entry yang mengambil masa paling lama berbanding dengan entry yang lain disebabkan internet yang meragam.


>>>SELAMAT BERCUTI BUAT GURU-GURU DI MALAYSIA. SERONOK HANG PA SEMUA CUTI NO.....

DARIKU UNTUKMU

Quote:
~~Jeff >>cepat sangat datang jenguk. Belum selesai tulis resepinya. Cepat2 beli kerang dan bahan-bahannya. Malam ni dah boleh masak
~~Jeff >>
~~gee>>memei. Bendo2 pelik tulah hok oghe suko. Cubolah buak sekali.
~~ciku_nunu>> Beli kerang boleh tengok sampai puas he he he he he
~~ida isk merpati66@yahoo.com >>dia suruh beli dan masak dialah tuuuuu.
~~Lie syahmie12@yahoo.com >> Yok. Buat jangan tak buat
~~aidura sofiee >> ye. Boleh dipelbagaikan masakannya. Ikut citarasa pembuatnye lah
~~Syerah&Zainul utada_hikaru85@yahoo.com>>Silap tu dik syerah. Bukan kak aye tapi kak jie jie. Akak tunggu Kerang Berapi Sherah lak. Meletup ke tak
~~Alba Solare >>
~~Bonda/RaqynRafiqin>>Bonda aye tu singkatan 'saya' call me jie jie. Bonda cubalah buat nanti tempek pulak kat fp bonda ya!
~~maklang maklang@yahoo.com >>cuba jangan tak cuba. Thanks
~~dR ali drali@miosh.net >> Iya deh. Kasi salin itu resepnya. Punya masa nanti bikiirin.
~~fazizaid>>sian kat akak ya! nanti balik Malaysia pulun habis noooo Thanks.
~~napie >>
~~nn>>Thanks Noni. Cubalah
~~RosLeenda mutiarahati66@yahoo.com>>Ape2 ajelah jangan sampai berapi kat abang sudahlahhh.He he he he he. Kelas gitu
~~precious@poknie fondly83@yahoo.com >>Thanks
~~Me♥rjay >>Memang best giler, cubalah
~~maklang maklang@yahoo.com>>Seronok betul aye kerana maklang org yang pertama cuba resepi ni. Bolehlah sekali sekala tukar selera bila ajak teman2 dtg rumah.
~~Uzumaki Naruto uzumaki_naruto@yahoo.com>> Ya ya ya thanks.
~~Edoras>> Bukannya ape nak bagi peluang pada yang lain copy resepi ni, kalau dah entry lama dia orang mungkin terlepas pandang
~~korokure>>Thanks. Susah nak dapatkan resepi ni krn Kerang Berapi ni hanya terkenal di Kesang Melaka aje. Lihat entry akak di link sebelah ' Kerang Berapi' Selalu2 datang jenguk sini.
~~aidura sofiee http://sofira.fotopages.com[/b]>>W' salam. Akak dah jenguk Fp aidura dan dah kasi komen. Thanks
~~[b]hADIE of KM
>> Thanks dalang
~~dalang KEJADIAN >>Thanks hADIE. Boleh cuba buat.
~~umi-kal nasution >> Alah auntie tau2lah kerang kat Malaysia ni, Sengih selalu macam juga orangnya sentiasa senyummmmmmm. Betulkan auntie
~~Yumi >>Thanks. If you've a time, please come to Malaysia




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net