Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 16-May-2007 13:47 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 24

 
 
 
emas secotek
24. MAS COTEK, SERAPAT ANGIN,TELINGA BERUK, (FICUS SELTOIDEA JACK)

Mas cotek adalah tumbuhan yang menumpang hidup di pokok yang lain tapi dia juga boleh hidup di atas tanah. Uniknya ialah dia mempunyai titik-titik emas di permukaan daun, titik hitam antara urat daun dan garisan luar daun yang berwarna keemasan. Ada pokok bersifat betina dan ada pokok bersifat jantan. Pokok bersifat betina mempunyai daun yang lebih besar berbanding dengan pokok jantan. Urat daun pokok bersifat jantan lebih lurus ke hujung daun berbanding dengan pokok bersifat betina yang mempunyai urat bercabang-cabang.



KEGUNAAN

1. Ramuan ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Amat popular di pantai timur terutama kelantan.

2. Menurunkan kolesterol dalam badan,

3. Mengelak angin ahmar,



4. Menyembuhkan dan mengubati urat saraf yang rosak

5. Mengembalilkan rahim kepada kedudukan asal

6. Mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin

Cara penggunaannya ambil 2 atau 3 helai daun yang telah dikeringkan. Direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum ketika suam.



Penggunaan teh daun mas cotek juga boleh

7. Merawat darah tinggi

8. Merawat Kencing manis

9. Merawat Keputihan

10. Merawat Paru-paru berair

11. Awet muda.

Buahnya juga boleh dimakan terhad kepada 3 hingga 5 biji sehari bagi tujuan menyihatkan badan.




Quote:
PERHATIAN PENTING: AYE TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SESIAPA YANG MENCUBA HERBA-HERBA YANG DISIARKAN DAN MEMBAWA SEBARANG KOMPLIKASI AKIBAT PENGGUNAAN TUMBUHAN UBATAN INI. PENGGUNAANNYA MESTILAH DENGAN NASIHAT PAKAR PERUBATAN HERBA. TERIMA KASIH


DARIKU UNTUKMU

Quote:
jeff >>orang dulu2 tak tau nama pokok. asal ada rupa binatang dia taruk namanya. Aye tak kenal tempunek gajah tu. Nampaknya aye kena pegi jugak kat Taman Herba tu. Kat Pengkalan Rama kan? Sebelah mana tu yerk?
MamaFaMi >>Boleh 'no hal' kata orang Melaka lah. Betul tak Jeff?
fadzlie Baharun syahmie12@yahoo.com>>Thanks kerana jenguk hamba. Memang setiap kejadian yang Allah jadikan banyak khasiat yang tersembunyi. Kalau kita tak mengkajinya tak akan
dapat mengetahuinya. Rumput pun ada khasiatnya jugak
mknace>>Thanks.
najla e'shopping najlaeshoppe@gmail.com>>Thanks atas ucapan dan pujian. Terima kasih juga kerana jenguk auntie.
yatie>>Memang boleh jadi kaya raya Tie sbb sekarang ni dah dikormesial dah. Kalau ada tanah luas boleh buat ladang. Just cucuk batangnya aje, senang tumbuh. Tapi kalau beli pokoknya masyaAllah mahalnya. Yang kecil boleh cecah RM 15. Skrg dah ada produk tea mas cotek.
umi-kal nasution >>Ha ah auntie. Pokok ni memang meletup2 sekarang.
ciku_nunu >>Thanks.Emas tu refer pada daunnya, cotek tu buahnya...bulat secotek





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net