Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-May-2007 15:14 Email | Share | Bookmark
LAWA

ikan cincang
setelah diperah limau nipis
Tenggek burung
kantan
Beluntas
Ulam raja
Pucuk Samak
Pegaga Madu
Cili Api PUrple
Setelah diracik
Daun Kesom
LAWA
Close up
LAWA adalah satu hidangan yang unik bagi negeri Cik Siti Wan Kembang. Cuma kawasan2 tertentu saja yang mengetahui hidangan ini. Yang uniknya ialah ikan dimakan mentah mcm di Jepun juga. Kenapa dipanggil dengan LAWA aye pun tak pasti. Setahu aye itulah yang selalu disebut mak.Mungkin orang yang mengamalkannya sentiasa nampak LAWA dan cantik. Ceeee Waaah. Tak caye tengok bahan-bahannya Paling famous LAWA ni adalah di bulan puasa sebab ia membangkitkan selera makan bila berbuka. Ini resepi LAWA.

Quote:
LAWA

Bahan-bahannya


( ikan yang telah dicincang)

3 ekor ikan tamban
8 biji cili api ( bg yang suka pedas boleh ditambah lagi cilinya)



garam
4 biji buah cermai muda ( aye tak masukkan sebab tak ada pokok cermai-tak masuk pun tak ape)



Pucuk ulam2an atau ape saje yang boleh dibuat kerabu.(diracik halus)

2 biji limau nipis

Cara-caranya

>> Setelah disiang dan dibersihkan ikan diambil isinya sahaja dan cincang dan diperah limau nipis ke atasnya. Gaulkan.


( setelah diperah air limau nipis)

>>Cili api, cermai dan garam ditumbuk halus dan digaulkan bersama isi ikan
>> Masukkan ulam2an yang diracik halus ke dalam isi ikan dan digaul biar rata.
>>Siap dihidangkan. Sedap dimakan begitu saja atau dengan nasi.

Jom makan LAWA.


p/s
Ikan mentah bila diperah limau isinya menjadi putih seolah-olah dimasak. Langsung tidak rasa ikan mentah lagi. Cubalah. Boleh juga dipanggil Kerabu Ikan Mentah.


DARIKU UNTUKMU

Quote:
Jeff>>Ye cari kelainan kan?. Jeff pandai masak. Senang aje tu. cubalah.
umi-kal nasution>> Auntie jangan bimbang. Ikan kembung pun boleh. Mana2 ikan pun bolehlah asalkan jangan ikan sungai sudahlah Cubalah
p/s
aye ade cuba resepi auntie "kerabu daging" memang sodap. Thanks.
yatie >>ade2 ajelah ekau ni Tie.
marlin>>Memng kalor purple mcm dalam gambar tu lah. Pedasnya mak oii teramatlah sangat.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net