Want your
own Fotopage?




























 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-May-2007 08:05 Email | Share | Bookmark
TALAM KELADI BERLAUK (HANIE LIZA)

 
 
Aye memang suka kuih talam. Terima kasih pada Pn Hanie Liza (http://hanieliza.fotopages.com) kerana bagi resepi kuih talam keladi ni. Tapi aye ubahsuai sikit dari resepi asal.

Quote:
TALAM KELADI BERLAUK


Bahan A
2 cawan tepung beras
2 s/b tepung ubi
2 s/b tepung gandum
6 cawan santan [1 biji kelapa] ( AYE JADIKAN 4 CAWAN SANTAN)
1 s/k garam

Bahan B
2 cawan ubi keladi [potong dadu, rebus dan toskan]
2 s/b udang kering } ditumbuk kasar dan digoreng
4 tangkai cili merah [cincang] digoreng
1 pokok daun bawang ] digoreng
1 pokok daun sup ] racik digoreng
1 labu bawang besar dihiris dan digoreng
2 s/b bawang goreng
Sedikit minyak



Bahan C [hiasan]
cili merah [cincang]
bawang goreng
daun sup dan daun bawang [racik]

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
3. Udang kering, bawang besar,cili merah,daun bawang, daun sup digoreng bersama sedikit
minyak hingga sedikit garing.
4. Masukkan keladi dan bahan yang digoreng ke dalam mangkuk dan gaulkan rata.
5 Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan.
6. Kukuskan adunan selama 30 minit.
7 Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
8 Potong kueh dan taburkan bahan hiasan.
9. Hidangkan bersama sos.


DARIKU UNTUKMU
Quote:
umi-kal nasution >>Bukan menarik aje auntie malahan sodap
yatie>>kalau tak sanggup kena miang keladi, beli ajelah. Tapi ubi keladi tak miang mcm batang keladi. Senang aje nak hilangkan miang tu. Basuh bersih2 dengan sabun dan hilangkan getah yang melekat kat tangan tu dengan menggosoknya dengan berus cuci pinggan. Bereeeeess.
jeff>> Ha ah susah nak dapatkan talam keladi ni kat kedai kecuali kena order baru dapat makan.



ish ish menarik nye talam berlauk ni Fri 11-May-2007 10:05
Posted by:umi-kal nasution  - [Link]
err....nampak cam sedap je kak... tapi tak rela nak menyiang keladi... takut gatal..he..he... Fri 11-May-2007 14:07
Posted by:yatie  - [Link]
>> favourite ni...
<< pekena dengan cili sos sedap ni...
Fri 11-May-2007 16:28
Posted by:jeff  - [Link]
salam .... menarik resepi di sini. Minta di halalkan yer ... akan copy resepi tertentu untuk di cuba. Fri 6-Feb-2009 08:43
Posted by:shaty shaty14@yahoo.com
Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai -----------> STOK BARU 4 MEI 2009

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....kita guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Mon 11-May-2009 04:26
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.