Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-May-2007 07:56 Email | Share | Bookmark
CARA PEMBUATAN BUDU

 
Tumis BUdu
 
Jering jeruk
Tumis Budu
Sengaja aye masukkan di sini cara pembuatan budu. Kerana ada di kalangan orang yang tidak pandai makan budu dikatanya berudu. Hish...dahsyat betul.Dan mereka kata BUDU macam air longkang. Tergamak mereka cakap begitu.

Dulu mak aye suka buat budu sendiri. Aye selalu perhatikan beliau buat. Cuba perhatikan ape sebenarnya yang terkandung dalam budu tu.

Quote:
BUDU

Bahan-bahannya;

Ikan bilis segar ( sebesar ikan bilis yang dibuat kering tu)
garam
asam keping
gula melaka/manisan

Caranya

1. Ikan bilis dibersihkan dan toskan.
2. Gaulkan bersama garam sehingga rasa kesat di tangan ( menunjukkan garam cukup masinnya)
3. Masukkan beberapa asam keping dan gula melaka. Digaul rata.
4. Masukkan ke dalam botol. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu( bagi mengelakkan lalat bertelur).Tutup botol dengan kemas.
5. Letakkan botol tersebut di tengah panas.
6. Selalu2lah kacau setiap hari sehingga ikan bilis hancur. Paling lama 40 hari boleh dihidangkan.

TUMIS BUDU

Bahan-bahannya.

1/2 biji kelapa diblender
1 labu bawang besar diblender
3 ulas bawang putih diblender
4 ulas bawang merah diblender
3 batang serai diblender
Budu
2 biji telur
minyak untuk menumis
cili api dipotong2
1 keping asam gelugur



Cara-caranya

1. Tumis bahan yang diblender kecuali kelapa sehingga wangi dan sedikit garing.
2. Masukkan telur, biarkan keras sedikit baru dikacau rata.
3. Masukkan kelapa yang telah diblender, asam keping, cili api, sedikit garam dan budu. Kacau rata sehingga pekat. Angkat.

SEDAP DIMAKAN DENGAN NASI PANAS DAN ULAM TIMUN, KACANG PANJANG, PETAI, KERDAS DAN SEGALA JENIS ULAM YANG LAIN.


Bila dah cerita pasal BUDU ni ingat petai jeruk dan jering jeruk. Kalau makan tu mak mertua lalu pun tak nampak.

PETAI JERUK

Beberapa papan petai yang masak.
garam
air panas
beberapa cili api


gambar tak clear sbb dulu guna Hp.

Caranya:

Rebus petai sehingga masak. Kopekkan kulitnya. masukkan isi petai ke dalam bekas.masukkan garam secukupnya dan air panas. Kacau rata dan masukkan cili api. Simpan untuk beberapa jam.

JERING JERUK

Beberapa keping jering ] dihiris nipis-nipis
garam
air panas
cili api



Caranya
Jering yang dihiris nipis2 dimasukkan ke dalam bekas. Masukkan garam dan air panas. Masukkan cili api. Biarkan beberapa jam. Boleh dihidangkan.

DARIKU UNTUKMU

Quote:
umi-kal Nasution>> he he he he thanks auntie
jeff >> he he he he boleh jadi org Kelantanlah tu. Yang menyatukan org kelantan tak kira melayu cina dan india ialah budunya.
yatie>> ha itulah Tie sekarang dah tau kan? Yang cakap tu org pengotor tu.
gee>> Ha ah gee. Satu lagi kalau dapat bawang putih jeruk.Peerrrgh terangkat.
mrs.apple>>ada org bagi petua nak hilangkan rasa haring dan bau jering, kerdas dan petai makan beras dan terung. Tapi akak belum cuba lagi.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net