Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-May-2007 15:18 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 19

 
 
 
 
 
 
19. MEMPELAS



Sejenis tumbuhan yang menjalar dan memanjat. Daunnya berbentuk bujur dan permukaannya kesat. Batangnya juga kesat dan boleh melukakan kulit.
bunganya berwarna putih dan kelopak bunganya yang kecil berwarna merah jambu. Bunganya berbau harum. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan merah apabila masak. Buahnya bila dimakan mempunyai rasa masam.

Kegunaan:
1. Merawat darah tinggi
Daunnya yang masak direbus dan diminum airnya.

2. Meredakan selesema.
Tumbuhan ini dibuat salap.



3 Merawat radang.
Serbuk dari daun mempelas kering .

4. Merawat sengatan serangga berbisa.
Daunnya ditumbuk halus dan dilumurkan di tempat berkenaan



5. Merawat demam Panas



6. Mengubati kulit gatal.

Quote:
Dikatakan buah mempelas boleh dijadikan cuka sebab rasanya yang masam dan batangnya dibuat tali. Ingat masa aye kecil-kecil dulu, aye suka potong akar mempelas sebesar ibu jari kaki untuk dapatkan airnya. Aye tadah menggunakan botol kaca yang bersih. Pagi tadah petang dah boleh diambil. Air itu boleh dibuat minum dan cucikan muka. Rasanya sedikit payau. Satu lagi seingat aye ayah menggunakan daun mempelas ini untuk melicinkan permukaan kayu ganti kertas pasir.




DARIKU UNTUKMU
Quote:
jeff >> Ha ah bunganya kalau tidak diperhatikan betul2 memang tak perasan sebab kecil sangat. Samalah dengan buahnya tu.
Syerah & Zainul>>bukanlah dia ni jenis menjalar dan menumpang di pokok lain. Bunganya seakan bunga jambu. Kebanyakan herba yang lepas memang dari taman akak. Tapi yang ini akak ambil tepi jalan( dia yang jadi belukar.= belukar mempelas)
mrs.apple>>Terima kasih atas sokongan anda




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net