Want your
own Fotopage?






 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 29-Apr-2007 17:09 Email | Share | Bookmark
APAM BAKAR

 
 
 
 
 
 
 
 
Ini aye copy dari Fp Mama Fami waktu mama buat Australian Pikelet.Sorry ya Mama.

Quote:
'PIKELET VERSI GANU by Jie Jie

Tepung beras, pisang masak beberapa biji(dilenyek), tapai ubi atau beras(dilenyek), sedikit air, gula dan garam. Digaul rata dan dibiarkan satu malam.Pekat sama dengan pikelet. Kalau cair dia tak menjadi. Paginya baru dibakar ( sama dengan pikelet cuma dia guna minyak masak) Dicicah dengan kelapa parut + garam.

20. jie jie>> Mama tepek 'Pikelet versi Ganu' kat atas eh...kotlah ada yang nak cuba nanti. Mama ni tak de tepung beras.


Mama Fami aye rindu kat mama. Kenapa ngak bisa masuk Fp Mama? Ngak bisa kasi komen...


Ada kawan berikan tapai beras kat aye. Teringat pasal pikelet tu jadi aye buatlah. Memang dah lama tak pekena apam bakar/tepung apam ni. Kat Melaka tak ada apam ni.




Quote:
Cara Membuat Tapai Beras

>> Beras pulut dikukus sehingga masak. Bila sejuk gaulkan dengan ragi dan sedikit gula. Peram selama 2 malam baru boleh dimakan.



APAM BAKAR/TEPUNG APAM




Bahan-bahannya:

3 cawan tepung beras
3 biji pisang montel masak } mana2 pisang boleh. Lagi bagus pisang emas atau kapas.}dilenyek hancur
4 bungkus tapai beras } tapai ubi pun boleh
gula } ikut suka manisnya
sedikit garam
Air secukupnya.
Sedikit minyak

Cara Penyediaannya
1. Campurkan pisang yang telah dilenyek, tapai beras, sedikit garam dan gula ke dalam bekas dan digaul rata.
2. Masukkan tepung beras dan sedikit air. Gaul sehingga adunan pekat seperti adunan pikelet.
3. Biarkan sehingga semalaman.
4. Cara masak sama dengan pikelet. Masak dengan api sederhana. Bila keperangan angkat.



P/S : Dihidangkan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam


Dulu masa aye kecil-kecil kalau ada Majlis Tahlil di Kelantan pasti ada Apam Bakar ni. Tapi ada sikit bahan yang ditambah iaitu serai dan bawang.

DARIKU UNTUKMU

Quote:
yangmazni>> Ha ah pure kelate. Salam perkenalan Kak. Nak buat tapai senang aje. Kalau tak nak kukus pulut tu ditanak pun boleh. Pah tu letak ragi. Kena pandai pilih ragi kot terkena yang masam. Sbb tu ada org dia letak gula sikit.
yatie>> ha ah Tie. Makanan Traditional org Kelantan dan Terengganu. Akak memang dok Melaka. Jiran Jeff - hampir sangat. Datanglah Melaka.
Syerah & Zainul>> Alahai dik Syerah. Kenapa? Dah ade kot. Kalau benar tahniah.
Jeff >> Tapai banyak kat Melaka. Org jawa suka buat dn jual. Sama laris dengan tempe
umi-kal Nasution >> ade orang letak ibu roti. Auntie cubalah.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net