Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 29-Apr-2007 09:34 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 14

 
 
 
 
 
 
ACAR RAMPAI HERBA
14. TEMU LAWAK, GIANT CURCUMA,FALSE TURMERIC



Sama famili dengan Temu Hitam. Ia hampir menyerupai kunyit dan mempunyai bau wangi terutama rizomnya( isinya ). Rasa rizomnya sedikit pahit dan manis.Rizom Temu Lawak berwarna kuning gelap.



Kegunaan

1. Digunakan sebagai agen pencegah penuaan dan penawar sakit puan - banyak digunakan dalam pembuatan kosmetik



2. Dapat mengubati penyakit2 seperti reumatoid dan kesakitan otot, demam , batuk, masalah hati, demam kuning, penyakit batu karang dan penyakit kulit.

3. Dapat menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang

4. Dapat mengatasi buasir, masalah kerengsaan pada rektum, berak berdarah dan disentri.

5. Dapat merawat masalah sembelit.



6. Dapat merawat masalah keputihan dan jangkitan kult seperti Candida albican pada vagina wanita.

7. Dapat merawat kencing manis, gastrik dan gas berlebihan dan melancarkan penghadaman makanan

Cara rawatannya ialah 3 - 9 gram rizom segar direbus sekejap dan dimakan setiap kali sebelum makan.

8. Ia juga dapat mengubati kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan.

9. Rizomnya sedap dibuat ulam dan acar.


Quote:
ACAR RAMPAI HERBA:



rizom muda temu lawak } diracik halus
rizom muda kunyit } diracik halus
rizom muda halia } diracik halus
Bawang besar } dihiris halus
Bawang putih } dihiris halus
Bawang merah } dihiris halus
cili merah/cili api } dihiris halus
sedikit cuka
sedikit air
gula
garam

CARANYA:
Sama seperti membuat acar mentah biasa. Dicampurkan semua sekali. Ia boleh membangkitkan selera makan.


PANTANG
1. Dilarang wanita yang mengandung mengamalkan penggunaan Temu lawak secara berlebihan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kontraksi pada janin.

2. Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan ulser usus.


DARIKU UNTUKMU
Quote:
Jeff >> Ha ah Jeff. Cuma daunnya sikit tebal dan ada warna merah kehitaman di tengahnya bila muda dan sedikit pudar warna merah kehitaman tu bila daunnya dah tua. Beza dengan Temu Hitam. Warna merah kehitaman di tengah daun kekal sampai daun tu tua dan kering.
Ida Natrah>> Memang sbb dia sepupu sepapat ngan kunyit.
yatie>> alamak Tie....Jgn salah faham pulak. Itu resepi herba turun temurun dari org tua. Sbb ada org tak boleh makan mentah, kunyit, halia dan temu lawak tu sebagai ulam so dijadikan acar. BAB PANTANG TU BUKAN ACAR TU TAPI ISI TEMU LAWAK KALAU DIMAKAN TERLALU BANYAK AKAN BERLAKU KEGUGURAN ITU AJE. Buat ape nak takut. Ia elok untuk elakkan kanser pangkal rahim. Herba ni tak boleh diamalkan selalu, sekali sekala aje. Pasal 'anak yg tak dara ' makan untuk gugurkan janinnya itu sudah berdosa. Dahlah buat 'itu' tu dosa, nak tambah lagi dosa yang lain? Tapi kalau Allah nak tunjuk dosa yang dilakukan makan apa pun tak kan jadi nyer. Kerana itu sentiasalah berwaspada bila berkawan.
umi-kal Nasution >> Boleh dibuat acar tu. Masukkan halia dan kunyit muda pun dah cukup kalau tak ade temu lawak tu.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net