Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 28-Apr-2007 01:40 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 13

 
 
 
 
13.TEMU HITAM



Tumbuhan ini biasa dijumpai tumbuh liar di belukar dan semak samun. Tingginya mencapai hingga dua meter. Daunnya berbentuk lonjong dengan satu garisan berwarna merah kehitaman di tengah daunnya. Bunganya berwarna putih kemerahan.



Cara mengenali temu hitam adalah apabila rizomnya dipotong, terlihat satu lingkaran berwarna biru kehitaman. Rizomnya berwarna kekuningan daripada luar dan selalunya tidak bercabang.

Kegunaan
Rizom temu hitam digunakan merawat semput, kecacingan, masalah obesiti dan kegemukan. Ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan selepas haid dan nifas. Ia juga digunakan mengubati kudis dan kurap.

2. Ia dijadikan bahan campuran jamu bg melangsingkan badan.

3. Air rebusan temu hitam juga terbukti secara saintifik dapat membunuh cacing ascaris dan ia digunakan sebagai ubat merawat kecacingan.

4. Rawatan mengempiskan perut terutama selepas bersalin

Ambil 25 gram temu hitam dan 25 gram bonglai putih direbus bersama 400 mililiter air hingga rebusan menjadi 200 mililiter air. Biarkan sejuk, masukkan sedikit jus limau nipis dan diminum setiap hari semasa pantang.



DARIKU UNTUKMU

Quote:
Yatie>> Temu Hitam ngan Temu Lawak specis yg sama. Cuma bezanya temu lawak isinya kuning gelap. Lihat nanti Herba Khazanah Warisan 14
Jeff >> Padang Temu kat area SMK Padang Temu ke?Ke dekat pantai tu


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net