Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Apr-2007 14:34 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 12

 
 
 
12. CHINESE HONEYSUCKLE, DANI,UDANI,ARADANI, AKAR PONTIANAK,SETANDUK,RANGGON CREEPER,DRUNKEN SAILOR.



Ia adalah tanaman hiasan dan selalu menghiasi pagola. Bunganya cantik dan berbau harum terutama waktu malam.

Kegunaan

1. Merawat Kecacingan
Caranya ialah memakan bijinya yang rasanya seakan-akan kacang almond kira-kira 2 jam selepas makan malam. Dewasa - 7 hingga 8 biji, Kanak-kanak 8 hingga 12 tahun - 6 hingga 7 biji, Kanak-kanak 5 hingga 8 tahun - 4 hingga 5 biji dan kanak-kanak 3 hingga 5 tahun - 3 hingga 5 biji. Dos ini hendaklah diambil 1 kali seminggu. Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan sedu.


Bunga yang putih bertangkai oren tu bukan bunganya.

2. Merawat Sakit Kepala
Basahkan daun dan letakkan pada pelipis ataupun dahi.

3. Mengatasi cirit birit dan demam.
Bijinya dipanggang dan diberikan kepada pesakit tersebut

4. Mengubati kurap dan panau.
Bijinya dilumatkan dan dicampur dengan minyak dan dilumurkan kepada bahagian yang terlibat

5. Merawati senak perut Daunnya ditumbuk dicampur dengan air dan dilumurkan pada perut.



Gambar diambil dari pokok hiasan taman Jiran

DARIKU UNTUKMU

Quote:
jeff>> Ha ah Jeff. Aye pun teringin juga nak tanam pokok tu. Tapi aye segan nak minta dengan jiran India tu.. dia ni susah sikit klau pasal hak dia. Pokok ni boleh hidup dengan keratan batang. Cuba tinjau2 kat nursery mungkin ada. Kalau ada bagi tau aye kat mana nursery tu
yatie>> Ini bunga hutan Tie. Orang Cina dan India suka tanam pokok ni. Pokok Harum Sundal Malam tu lain pulak Tie. Tapi ade khasiat juga.
Syerah&Zainul>> Ha ah nanti bila Syerah dok sorg2 dia datang dengan memakai bunga ni he he he he he he
dR ali drali@miosh.net >> Wat pe citer dlm hutan semo ade. Ade bawak balik tongkat ali tu? Jeles aye bila cerita pasal pokok herba banyak kat hutan tu. Mesti shot banyak gambar pasal pokok dan bunga kan? Kalau ada yang berkaitan bolehlah aye cilok. Tapi setakat ni belum cilok org lain punya lagi Ikan bakar memang sedap tambah yang fresh gitu.
nor nor@melur.com>>Alhamdulillah baru tahu orangnya. Terima kasih kerana datang jenguk kat Fp akak. Seronok dapat perkenalan dengan pakar Herba ni. Baru akak tahu ada link tu. Terima kasih kerana bagi info yang berguna mengenai Herba ni. Link ni akak letakkan di bawah sumber rujukan di sebelah ya! Izinkan akak mengambil sedikit info dari Nor Ya! Kita sama-sama share pengetahuan dan pengalaman sbb akak ada juga buat rujukan dari sumber yang lain. Sorry kerana mengambil info sebelum ni tanpa memberitahu tuannya. Tapi sumbernya akak dah lama letak di sebelah kiri link akak ni.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net