Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Apr-2007 12:52 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 11

 
 
 
 
 
 
 
 
 
11. GELENGGANG,CASSIA, WILD SENNA,KETEPENG BADAK RINGWORM CASSIA



Sejenis pokok renek yang mudah ditemui di pinggir jalan dan belukar. Tekstur daun kasar dan tertutup bila malam. Buahnya seperti kekacang, jihau waktu muda dan coklat kehitaman bila tua. Bunganya berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum berkembang.



Kegunaan

1. Mengubati kurap dan panau

Caranya:
Daun gelenggang dilumatkan dicampur dengan minyak tanah dan dilumur di tempat terbabit sehingga kurap hilang. Rasa pedih sedikit bila disapu.
Ia juga penawar kepada gigitan serangga dan ekzema.
2. Mengatasi masalah sembelit.
Caranya:
1 sudu teh air rebusan daun gelenggang diambil sebagai julap
3. Air rebusan juga dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung dan bengkak saluran nafas.



4. Akar gelenggang digunakan bagi mengatasi masalah uterus ataupun rahim



Quote:
LARANGAN

1. Tidak dibenarkan perempuan mengandung dan menyusukan anak mengambil herba ini
2. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun juga dilarang
3. Pengidap cirit birit atau masalah ulser perut dicegah menggunakannya.
4. Pengambilan daun yang berlebihan mendatangkan kematian bagi haiwan disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.


DARIKU UNTUKMU

Quote:
Jeff>> Ha ah memang susah untuk melihat pokoknya sekarang. Tapi satu ari tu aye perasan bila gi kerja. Pokok ni aye jumpa berhampiran simpang tiga antara air molek ke Jasin dan Bukit Katil. Sekarang ni ada pembinaan jalan baru di tengah-tengah kelapa sawit. Ala tempat orang jual tembikai tu lahhh. Ada pernah cuba tak penggunaannya?
Halamanku >>Thanks. Selalu2 lah sapa aye di sini.
Jeff>>Ehhh tak lah. Inilah dah dekat dengan simpang ke Arah Tambak Paya. Simpang tiga Bukit Katil-Ayer Molek-Jasin ke arah Tehel. Aye blm pernah redah hutan Jasin lagi, tapi Sungai Kesang dah pernah redah. Ade ETAK (sejenis Lala serupa kupang bersaiz kecil) kat situ. Pasal lagu puas juga cuba2 tapi akhirnya berjaya juga.Susah nak dapatkan lagu ni. Last2 aye jumpa lagu Indon. Kuang kuang kuang Terima Kasih.
yatie>> Haaa tulah pasal akak cuba tempek semua herba kat sini supaya kita kenal pokoknya. Memang sekarang susah nak cari pokok herba ni dah pupus dek pembangunan. Kirim salam kat mak ok!
Ida Natrah>> Terima Kasih kerana sudi lawat akak di sini. Bukannya ape Ida akak buat ni supaya kita tak kehilangan sesuatu yang berharga ini. Setiap kejadian yang Allah jadikan ada gunanya dan ubatnya.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net