Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 19-Apr-2007 08:41 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 6

PEGAGA MADU
PEGAGA BIASA
PEGAGA KERINTING
 
JUS PEGAGA
MASAK LEMAK PEGAGA
 
PEGAGA BIASA
6.PEGAGA ( CENTELLA ASIATICA ), BRAHMAMANDUKI (INDIA) TAPAK KUDA (INDONESIA)



Pegaga sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh di tanah lembab.Daunnya berbentuk ringkas berwarna kekuningan. Terdapat beberapa variasi pegaga di Malaysia seperti Pegaga Salad, Pegaga Kerinting atau Pegaga Kerang atau Pegaga Nyonya dan Pegaga Biasa.

Biasanya pegaga dibuat ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambah selera. selain dimakan mentah pegaga juga sesuai dimasak lemak dan dibuat kerabu. Ia juga dapat dijadikan jus yang berkhasiat.



Sejarah mengatakan pegaga yang asalnya dari india ini menceritakan bahawa penduduk India telah melihat gajah yang terkenal panjang usianya sentiasa mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan bagi memanjangkan umur.



Kegunaan

Menurut WHO pegaga terbukti berkesan meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Ia dipanggil makanan otak kerana dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan gejala disebabkan tekanan, meningkatkan tindakbalas dan menambahkan kekuatan fizikal dan mental.

Ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi , mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan menyingkirkan bahan toksik.

Ia digunakan dalam perubatan herba ayurveda dan Shennong. Di barat pegaga dijadikan sebagai tonik saraf bagi merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India digunakan bagi mengatasi masalah kulit. Di timur ia digunakan bg mengatasi masalah seperti kemurungan yang disebabkan oleh masalah fizikal.



Pegaga memberi kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia menunjukkan kesan yang memberangsangkan bg merawat kaki kejang,bengkak kaki dan masalah kaki berat dan kebas.

Air rebusan pegaga digunakan merawat demam bila diminum. Jus pegaga dapat menurunkan darah tinggi. Ia juga boleh merawat berak berdarah pd peringkat kanak-kanak. 4 helai daunnya dimakan bersama jintan dan gula. Daun yang ditumbuk halus dicampur dengan sedikit air pula disapu pada pusat kanak-kanak.

Penggunaan Dalam Masakan

Quote:
SAYUR(MASAK) LEMAK PEGAGA

1 IKAT PEGAGA - DIPOTONG KECIL
1/2 IKAT PUCUK KELEDEK - DIPOTONG KECIL
2 KETUL UBI KELEDEK - DIPOTONG KECIL
SANTAN SECUKUPNYA
2 EKOR IKAN KEMBUNG DIREBUS DAN DIAMBIL ISINYA
BEBERAPA BIJI LADA HITAM
5 ULAS BAWANG MERAH
1 ULAS BAWANG PUTIH
GARAM SECUKUP RASA

CARA PENYEDIAANNYA

BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH,LADA HITAM DAN ISI IKAN DITUMBUK LUMAT. SANTAN BAHAN TUMBUK DAN UBI KELEDEK DIMASUKKAN KE DALAM PERIUK DAN DIMASAK SEHINGGA MENDIDIH. MASUKKAN DAUN PEGAGA, DAUN KELEDEK DAN GARAM. BIARKAN SEKETIKA. RASA GARAMNYA DAN ANGKAT.




KERABU PEGAGA MENTAH

1 IKAT PEGAGA
1/2 BIJI KELAPA DIBUAT KERISIK
1 CAWAN SANTAN PEKAT
BEBERAPA BIJI LADA HITAM
2 EKOR IKAN DIREBUS DAN DIAMBIL ISINYA
4 ULAS BAWANG MERAH
1 ULAS BAWANG PUTIH
1 LABU BAWANG BESAR DIHIRIS BULAT
1 BIJI LIMAU NIPIS DIAMBIL AIRNYA.

CARA PENYEDIAANNYA
BAHAN TUMBUK SEPERTI MASAK LEMAK PEGAGA. SATUKAN KESEMUA BAHAN DI DALAM BEKAS: PEGAGA, BAWANG BESAR, BAHAN TUMBUK,KERISEK, SANTAN, GARAM DAN PERAHAN AIR LIMAU NIPIS. GAUL BIAR SEBATI. SIAP DIHIDANGKAN.


JUS PEGAGA MADU

AKAR,BATANG DAN DAUN PEGAGA MADU- DIBASUH BERSIHKAN
3 SUDU MADU LEBAH
SEDIKIT GULA - IKUT SUKA
BEBERAPA KETUL AIS.
AIR MINERAL SECUKUPNYA

CARA PENYEDIAAN:

KESEMUA BAHAN DIBLEND HALUS. TAPIS DAN HIDANGKAN. ELOK UNTUK MINUM PAGI DAN MALAM



P/S AMAL2KAN SELALU PENGAMBILAN PEGAGA MUDAH2AN KITA AWET MUDA DAN PANJANG UMUR, CERDAS MINDA.


DARIKU UNTUKMU

Quote:
umi-kal Nasution >> Memang sedap auntie. Satu lagi masak lemak cili api masuk ikan bilis tumbuk, perrkh sedap betul, lagi kalau pekena pulak dengan ikan kering.
yatie norezy23@yahoo.com.my >> Silap tu dik. Pegaga ni manis batangnya dan daunnya sedikit tebal dan rangup. Sedap. Anak akak petik dari pohonnya dimakan begitu aje. Memang benda yang makruh tu semua susah nak hilang bila makannya seperti cincaluk jugak
jeff >> mungkin itu pegaga biasa/kampung. Tapi pegaga madu tak begitu. Sedap dibuat jus. Anak aye 2 gelas abis. Pegaga memang sesuai untuk anak2. Sbnrnya ramai yang tak kenal pegaga madu ni.Tapi sekarang sudah dikomersilkan
ida isk merpati66@yahoo.com >> Terima kasih jenguk Fp aye. Resepi kerabu tu ade aye kepilkan tapi gambarnya tak ade.Moh kita amalkan makan pegaga hari-hari.
Bonda/RaqynRafiqin >> Emak aye yang dah tak boleh telan benda keras suka ambil pegaga dan direbus. Airnya diminum dan ditinggalkan pegaga rebus kat aye. Sedap juga pegaga bila direbus dicicah dengan sambal belacan
Meorjay >>Terima kasih jengok Fp aye. Memang, kalau pernah merasanya mesti tau kesedapannya.
maklang maklang_06@yahoo.com>> Ha ah lah mak lang. Masak lemak cili api campur ikan bilis. perrrrgh memang sedap anak telinga pun tak nampak. Terima kasih balas kunjungan aye td. Mak lang cuba buat jus pegaga pulak. Pasti nak buat selalu.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net