Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Apr-2007 15:26 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 5

 
 
 
 
 
 
5.HALIA


Ramai yang kenal halia. Jadi aye tak payah terangkan dengan panjang lebar pasal halia ni. Cuma halia ada dua jenis iaitu halia biasa yang digunakan dalam masakan Melayu traditional yang bertujuan untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan species ikan yang berbau hanyir. Satu jenis lagi ialah halia bara (zingiber Minus) yang mempunyai rizom kecil berbanding dengan halia biasa dan warnanya agak kemerahan. Halia bara banyak digunakan dalam perubatan herba berbanding halia biasa.

Kegunaannya:

Khas untuk merawat penyakit angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut, reumatisme, melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. Ia juga dapat merawat mati pucuk, keracunan oleh udang, sakit pinggang dan sakit kepala.

Reumatisme
halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit

Mencegah mati pucuk
halia sebesar ibu jari
sebiji limau nipis
sebiji telur ayam kampung
1 sudu teh serbuk kopi
1 sudu makan kicap
1 sudu makan madu

caranya:
Halia diparut dan dicampurkan dengan semua bahan di atas dan digaul rata. Amalkan seminggu sekali.

Merawat Sakit Pinggang
Halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa kemudian sapu pada pinggang.

Merawat Sakit Kepala
halia ditumbuk hingga halus dan ditampal di dahi dan pelipis



Merawat cirit birit dan muntah-muntah
halia
bunga dan buah pala
1 gelas santan kelapa
1 sudu teh minyak kayu putih.
caranya:
semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati. Digunakan sebagai ubat sapu pada perut

Merawat loya dan muntah bg ibu mengandung

1 inci halia
1 batang serai
2-3 kuntum bunga cengkih dan kayu manis.

caranya:
kesemua bahan dimasukkan ke dalam segelas air mendidih. Kemudian dimasukkan seketul gula batu, tutup dan minum pagi dan malam

Mengatasi masalah kelemumur
Halia muda ditumbuk dan limurkan pada akar rambut.

Merawat Masalah Uban
Potong beberapa keping halia nipis-nipis dan rendam dalam madu. Kepingan halia ini dimakan sekeping sehari.

Halia juga dikatakan boleh melambatkan proses penuaan ( awet muda gituuu )

Penggunaan halia dalam masakan




Quote:
TOM YAM CAMPAK CAMPAK

Ayam - dipotong kecil2
2 1/2 inci halia - dihiris
4 batang serai- dititik
2 labu bawang besar - dipotong 4
5 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah- dihiris
6 helai daun limau purut
segenggam cili api - ditumbuk kasar
1 keping asam gelugor ( tak dimasukkan pun boleh digantikan dengan air limau nipis)
4 biji tomato dibelah 4
Bunga kobis
putik jagung ( orang Kelantan panggil ketiak jagung )
carrot
kubis
garam dan air.
limau nipis diperah airnya.

Cara Penyediaan:

Masukkan air, ayam, bawang merah, bawang putih, serai ,daun limau purut dan asam keping ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih. Masukkan garam, bawang besar, bunga kobis, jagung, kubis, tomato dan carrot. Biarkan seketika. Bila nak diangkat masukkan cili api yang ditumbuk kasar dan perahan air limau nipis. Angkat.


P/S resepi ni tak perlu masuk perencah tom yam.


DARIKU UNTUKMU
Quote:
Klicker>> thanks. Cuba lawat laman ini www.zaharuddin.net
jeff>> kite yang dah berumur ni memang kenal halia. Tapi cuba tanya budak-budak sekolah yang tak ambil hal pasal ini. Minuman halia kenal tapi halia tu sendiri tak kenal. Boleh bertukar dengan lengkuas
mrs.apple >>Thanks akak suka kongsi ilmu dengan sesiapa aje. Kalau ade info tu share2 di sini umi-kal Nasution >> Thanks auntie. Marilah sama2 kita amalkan.Info yang aye suka tu mengatasi masalah uban di kepala. Bagi yang belum beruban baik cuba.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net