Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Apr-2007 10:43 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 4

 
 
 
 
4. LENGKUAS GETING

Tumbuhan liar yang mempunyai rizom lebih kecil dari lengkuas biasa. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna putih dan mempunyai buah berwarna hijau semasa muda dan merah semasa matang. Bunga dan buahnya dijadikan ulam mentah atau dicelur sama seperti lengkuas biasa. Lengkuas Geting dapat digunakan dalam masakan menggantikan Lengkuas Besar.



Kegunaan.

Kegunaan yang lazim dalam perubatan Melayu Traditional adalah sebagai antibakteria. Ia dapat mengubati penyakit kulit dan panau. Caranya adalah dengan mengetuk rizom hingga menjadi halus dan berbulu seperti berus. Ia digunakan bagi menggosok bahagian yang dijangkiti. Gosokan hendaklah dengan kuat seperti menyental. Ia juga digunakan sebagai bahan rebusan utnuk mandian selepas bersalin. Daun, batang dan rizomnya direbus bersama air dan direndam ke dalam mandian bagi melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kecergasan badan.

Lagi penggunaan lengkuas dalam masakan

Quote:
SUP TULANG

Bahan-bahannya

1 kilo tulang lembu
1 bunjut rempah sup
3 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
11/2 inci LENGKUAS
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum pelaga hindi
4 kuntum bunga cengkih
sejemput lada hitam
minyak untuk menumis
air
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
satu pokok daun saderi
satu pokok daun bawang
cili api penambah selera
air limau nipis penyedap rasa



Cara Penyediaannya

1..Tulang lembu direbus sehingga mendidih. Masukkan lengkuas dan halia yang telah diketuk, sup bunjut dan asam keping. Biarkan sehingga separuh empuk.
2. Bawang merah, bawang putih dihiris halus dan ditumis bersama kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,pelaga hindi di dalam kuali yang berasingan sehingga garing dan masukkan daun saderi dan daun bawang yang dipotong 1 inci. Goreng seketika. Kemudian tuangkan ke dalam rebusan tulang yang separuh empuk tadi.
3. Masukkan garam secukup rasa, kacau dan biarkan daging empuk. Akhir sekali masukkan lada hitam yang ditumbuk lumat. Kacau seketika dan angkat. Untuk hiasan tabur bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan cili api yang diracik halus dan perahan air limau nipis


Dariku Untukmu
Quote:
yatie norezy23@yahoo.com.my >> mungkin ye mungkin tidak. Tak tau pulak akak. Tapi kalau letak ubi kentang pun boleh pekatkan kuah juga.
Syerah&Zainul >> Terima kasih untuk syerah atas segalanya. Resepi ikan pekasam, nanti akak cuba. Letak di luar tu maknanya dijemur dulu ke? Boleh kasi akak resepi ikan pekasam beras. Sebut dah keluar liur ni.
jeff >> haah lah Jeff. Kalau aye boleh sampai 4 keping roti habis. Tapi kata org makan tu kena beringat juga kan? Kot penyakit datang hinggap, susah...
umi-kal Nasution >> Cuba auntie. Semua resepi yang aye tempek kat sini adalah masakan Kelantan. Orang Kelantan kalau tak ade lengkuas tak sah.Lengkuas muda pun dibuat ulam




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net