Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Apr-2007 06:59 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 3

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
3. LENGKUAS


Terdapat dua jenis lengkuas yang biasa dijumpai. Lengkuas yang biasa digunakan dalam masakan selalunya verwarna putih kekuningan manakala lengkuas untuk ubat mempunyai rizom berwarna merah dan lebih besar.



Kegunaan

Selain kegunaan utama sebagai rempah dalam masakan, lengkuas juga mempunyai khasiat yang membangkitkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dan jamu serta ubat menguatkan tenaga. Lengkuas juga dapat digunakan bagi merawat penyakit bengkak limpa dengan cara merebus 2 buku lengkuas sebesar ibu jari, 3 ketul temu lawak sebesar ibu jari dan segenggam daun dukung anak serta 3 cawan air sehingga mendidih. Air ini kemudiannya diminum 2 kali sehari, pagi dan malam.


Lengkuas juga mampu mencairkan kahak,Ia digunakan bagi merawat bronkitis. Caranya 2 ketul lengkuas, 2 ketul temu lawak dan 2 ketul halia sebesar ibu jari direbus bersama daun kayu manis dan 3 cawan air diminum pagi dan malam.

Lengkuas juga dapat meningkatkan tenaga batin dan merawat reumatoid. Ia juga berkesan bagi rawatan penyakit kulit seperti panau dan kurap. Kaedah rawatannya adalah dengan mengetuk rizom lengkuas hingga hancur dan digunakan untuk menggosok bahagian kulit yang dijangkiti. Lengkuas banyak digunakan dalam industri membuat kosmetik dan jamu. Minyak pati lengkuas mempunyai ciri antiseptik.

Penggunaan lengkuas dalam masakan:

Quote:
GULAI LEMAK TALAM BERSAMA NENAS

Bahan2nya

1 keping ikan talam kering





1 biji nenas ( dipotong dadu dan dimasak dengan air + kunyit)







5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
11/2 inci LENGKUAS
1 inci kunyit hidup
4 biji cili merah
1 keping asam gelugor
1 biji kelapa diambil santannya

Cara Penyediaannya
1. Bawang merah, bawang putih,kunyit, lengkuas dan cili kering ditumbuk atau diblend.
2. Campurkan semua bahan tumbuk bersama santan dan dijerang di atas api yang sederhana. Kacau selalu sehingga mendidih.



3. Masukkan asam keping dan ikan talam kering yang telah direndam bersama air beras + garam( untuk hilangkan rasa masin ikan di samping itu boleh hilangkan hanyir ikan).
4. Masukkan rebusan nenas yang telah diperah airnya terlebih dahulu. Kacau dan masukkan cili merah.
5. Kecilkan api dan biarkan santan sedikit pekat. Angkat.



Dariku Untukmu

Quote:
Klicker>>Amalkan penggunaan herba dalam hidup seharian. amalkan gaya hidup sihat
jeff >> betul tu Jeff. Itu di sebelah Pantai Barat tapi kalau sebelah Pantai Timur nak kena ada hari-hari dalam stok di dapur.Lihat khasiatnya memang ramai yang tak tahu.
mrs.apple>> ye betuuuuul. Lagilah kalau makan dengan nasi panas-panas + sambal belacan. Fulamak mak mertua lalu pun tak nampak.
syakir zainol syakir.zainol@gmail.com>>Terima kasih jenguk fp akak. Selalu2 jenguk sini insya Allah akak bagi yang terbaik untuk semua.
RaqynRafiqin>> terima kasih atas sokongan bonda. Insya Allah akan aye usahakan yang terbaik. Sebenarnya amat sukar untuk mendapatkan fakta2 ni. Beberapa buku yang aye baca cuma ade kegunaannya saje tak ade cara penyediaan. Lagi gambarnya tidak berapa jelas - hitam putih. Jadi aye ambil inisiatif aye snap gambar sendiri secara close up supaya ia lebih menarik dan jelas. Kebanyakan gambar dari tanaman herba aye sendiri.
yatie norezy23@yahoo.com.my >> boleh le buat untuk hidangan tengahari besok. Bukannye susah sangat kan?. Bunga lengkuas tu kecil aje tapi akak close up supaya ia nampak jelas.
umi-kal Nasution>> bila sebut ulam ni ape2 pun sedap. Biase aye ambil bunga ni dicicah dengan ikan bakar/rebus+budu. Biasalah org Kelantan kan?
helli>> Oooo itu ikan ha kalau di kelantan dipanggil ikan talam sebab biasanya penjual ikan meletakkan ikan tersebut di dalam talam. Besarnya sebesar talam. Talam or Talang?Mana2 ajelah




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net