Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 12-Apr-2007 14:58 Email | Share | Bookmark
JOM KITA KAJI KHASIAT TUMBUHAN CIPTAAN ALLAH S.W.T

 
 
BAY LEAF
1. DAUN SALAM ( serai kayu, samak kelat, bay leaf, daeng klua(Thai)


Pokok salam adalah sejenis pokok tropika yang biasa ditemui tumbuh liar. Tetapi ia termasuk dalam kategori tumbuhan rempah kerana kegunaannya yang meluas dalam pelbagai masakan melayu terutamanya masakan Indonesia. Ia mencapai ketinggian hingga 90 kaki. Namun, ketinggian yang biasa dijumpai adalah 60 kaki. Ia mempunyai dahan yang merimbun dan berbentuk.ringkas. Bunganya berwarna putih (ada yang berwarna merah muda) dan mempunyai bau wangi. Buahnya kecil seperti buah beri, berwarna merah dan bertukar menjadi coklat apabila matang sepenuhnya.Rasanya manis dan sedikit kelat. Daunnya yang kering berbau wangi seakan serai. Ia biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan Indonesia terutamanya masakan daging.



Perubatan herba menggunakan daun salam mengubati penyakit kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi. Bahagian yang digunakan termasuk daun, akar, kulit batang dan buah. Bagi merawat diabetis melitus dan tekanan darah tinggi, caranya 20 helai daun salam direbus bersama tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali sehari sebelum makan pagi dan malam. Daunnya digunakan merawat kudis dengan cara ditumbuk halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut. Setengah pendapat juga mengatakan daun salam juga digunakan bagi menurunkan kolesterol dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya tiga kali sehari.

GAMBAR DIAMBIL DARI TAMAN HERBA AYE


Dariku Untukmu
Quote:
umi-kal Nasution >> khasiatnya sama bg mana2 spesis yang sama dengannya
yatie norezy23@yahoo.com.my >>Waalaikumussalam. Ye le tu. Tapi ada yang daun lebih besar dari ni.
RaqynRafiqin >>cuba jangan tak cuba
Jeff>>ala2 bunga jambu gitu

umi umi_4539@yahoo.com >> Memang betul umi. Buat ulam, kerabu malah kalau masak gulai kita taruk daunnya 2 3 helai lagi sedap gulai tu. Khasiat herba itulah yang akak dapat dari pembacaan akak
>>umi umi_4539@yahoo.com>>Betul tu umi. Serai kayu, daun samak serupa aje. Memang sedap kalau buat nasi kerabu.
>>hannan6d>>Kalau tinggal di Kelantan memang senang dapat tapi kalau dekat dengan rumah akak kat melaka lagi senang dapat. Pokok ni sentiasa berpucuk.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net