Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 6-Apr-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
SUP CENDAWAN TIRAM

 
 
Keluarga aye memang gemar sup. Masak lemak kurang laju dia orang makan tapi kalau sup-sup ni dua tiga kali tambah.

SUP CENDAWAN TIRAM.

BAHANNYA.

1 paket cendawan tiram ( RM 3.50)disiat kecil2
1 batang carrot dipotong 1 inci dan diracik halus
1/2 inci halia diracik halus
4 ulas bawang putih dimayang halus
1 labu bawang besar dihiris halus
1 pokok daun bawang
1 pokok daun sup(sadri)
1 helai daun kunyit dihiris halus
1 biji tomato dipotong enam
5 cawan air
garam secukup rasa



Cara Penyediaannya:

Halia, bawang putih, bawang besar,daun kunyit dan air dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan. Biarkan mendidih baru masukkan carrot dan cendawan tiram. Bila sudah mendidih dan hampir masak masukkan belahan tomato dan garam secukup rasa. Bila nak diangkat, masukkan daun bawang dan daun sup. Kacau sedikit dan angkat.


Dariku Untukmu
Quote:
MamaFami : Memang mama, kata org tua-tua mak mertua pun tak nampak. sebab mak mertua kat kg ( Kelantan ) wa ka ka ka kah kah. . Ma, knp tak boleh hantar komen di Fp mama? Sedap cucur ketam mama tu. aye rasa kalau ditambah cili giling sikit lagi bangkit baunya dan sedap rasanya. Mama lalu pun tak nampak. Satu lagi bila nak update semula Fp tu? Mama nak pi mana?
Jeff : Haik. Pas tu minum air panas lak. Sure bukak bajunye.......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net