Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Apr-2007 16:05 Email | Share | Bookmark
GULAI IKAN NASI BERLAUK

 
 
Kalau sesiapa gi Kelantan mesti sarapan pagi dengan nasi berlauk . Paling ringkas, nasi putih, gulai ikan/ayam, sambal belacan dan ulam timun. Satu bungkus baru RM1.00.


GULAI IKAN NASI BERLAUK(KELANTAN)

Bahan-bahannya
6 ekor ikan kembong
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
6 tangkai cili kering( dipotong dan direndam dengan air panas)
1 biji kelapa diambil santannya anggaran 2 cawan( untuk yang gemar pekat)
1 keping asam gelugur
beberapa batang kacang panjang( dipotong anggaran 3 inci)boleh juga dimasukkan timun
3 biji cili merah
1 biji tomato dibelah empat



cara penyediaannya:

1. Lengkuas,kunyit, cili kering, bawang merah dan putih ditumbuk halus/blender. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk bersama santan dan asam keping.
2. Masak dengan api yang sederhana. Selalu-selalulah dikacau supaya kuahnya tidak berketul-ketul seperti telur keli. Kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan kacang panjang biarkan seketika baru masukkan ikan.
4. Setelah mendidih, masukkan cili merah, garam dan tomato.
5. Kecilkan api dan biarkan seketika sehingga naik minyak dan kuahnya sedikit pekat.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi

SAMBAL BELACAN KELANTAN
( sorry tak ada gambar )
8 tangkai cili kering ( dipotong dan direndam dengan air panas)
6 biji cili api
2 ulas bawang merah ( dibakar dengan api sehingga layu)
1 ulas bawang putih ( dibakar juga)
1 inci belacan ( dibakar sehingga kekuningan)
sepotong mangga muda (dicincang)
1 biji tomato masak
sepotong nenas masak.( dicincang)
2 biji limau nipis, garam dan gula.

cara penyediaannya:

Cili kering, cili api, bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk . Masukkan tomato, mangga muda dan nenas ditumbuk sedikit, Masukkan garam dan gula. Perahkan air limau nipis dan digaul rata.

Dariku untukmu
Quote:
Mama Fami: >>Nanti mama balik m'sia singgah2lah di Kelantan. Tapi aye tak ade Aye ni org kata Melaka celup Kelantan Murtad hua huah huah huah... Gulai nasi berlauk boleh juga dimakan dengan nasi dagang. Cuma ade sikit beza untuk masak ikan aye( tongkol). Dia kena rebus semalaman baru sedap dibuat gulai.
jeff:>> Cubalah itu memang resepi pure Kelantan turun temurun.
hanieliza >>Kak liza lagi pakar masak cubalah kite sebelah patai timur tak wat ni tak sah kang kang. Pagi2 makang dengang nasi panah + sambal belacang + ulam wooooo sedak melenggak dok kek neh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net