Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Apr-2007 05:52 Email | Share | Bookmark
SUP BAYAM CAMPUR ENOKI

 
 
 
Bagi yang bekerja macam saya, masak main cebor aje. Simple, ringkas tapi sedap.



sup bayam campur enoki

bahan2nya
1 ikat bayam merah
1 ikat enoki mushroom( boleh didapati di pasaraya )
5 ulas bawang putih dimayang halus
3 biji lada merah dihiris
isi ayam dihiris nipis. Boleh juga dimasukkan udang
sedikit minyak untuk menumis.
5 cawan air untuk kuah
garam sesedap rasa

Cara2nya
Bayam dibersih dan dipotong dan ditoskan. Cendawan enoki dibersihkan dan toskan. panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan hirisan cili. Tumis sehingga naik baunya. Masukkan isi ayam yang dipotong nipis. Biarkan sehingga isi ayam separuh masak. Masukkan air dan biarkan ia mendidih selama 5 minit atau sehingga kuah mesra dengan isi ayam dan bahan tumis. Setelah itu masukkan enoki mushroom. Biarkan seketika. Masukkan bayam, garam dan biarkan mendidih sebentar baru diangkat.



[i]Untuk lebih sedap, boleh juga dimasukkan suhun, beberapa kuntum bunga sekinchan dan fucuk. Tapi saya lebih suka rasa cendawan yang asli bersama bayam.






Quote:
jeff thanks kerana jenguk Fp aye. Memang benar inilah sup sayur yang digemari oleh anak2 aye.dimakan pula dengan ayam masak sambal. dua tiga pinggan boleh habis.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net