Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 16-Mar-2007 09:03 Email | Share | Bookmark
KARI KETAM CHE MEK MOLEK

masukkan ketam
dah naik minyak
siap
kari ketam yang simple dan senang untuk disediakan.

bahan-bahannya
4 ekor ketam
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
8 biji cili kering ( bg cili yang kurang pedas)
1 inci kunyit hidup ( pakai serbuk pun boleh)
1 batang kayu manis
3 kuntum pelaga hindi
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 biji kelapa ambil santannya
1 keping asam gelugur
1 paket serbuk kari ( saya lebih suka guna serbuk kari faiza)
ubi kentang
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa.

cara-caranya.

ketam dibersihkan dan direbus untuk seketika( kalau tak nak rebus pun tak ape - dibuang kulitnya). tumiskan bunga lawang, cengkih,kayu manis dan pelaga hindi sehingga bangkit baunya. Masukkan bahan kisar( lengkuas, halia, kunyit, cili kering, bawang merah dan bawang putih) dan serbuk kari, ditumis sehingga garing. Masukkan santan cair dan sedikit air rebusan ketam dan dikacau rata. Setelah itu masukkan ketam tadi garam, gula dan digaul rata. Biarkan seketika. Setelah naik minyak masukkan santan pekat, ubi kentang, dan asam keping. Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan sehingga pecah minyak. Angkat selamat mencuba



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net