Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Friday, 15-May-2009 12:58 Email | Share | | Bookmark
MAK, KAU LAH RATU HATIKU

 
Salam buat semua

Sudah sekian lama akak tidak update fp mau pun blog akak. Sebenarnya akak tidak ade kesempatan untuk berbuat demikian. Ini kerana akak masih dalam kesedihan dan keriasuan. Sekarang fikiran akak bercelaru memikirkan antara kerja akak dengan apa yang dihadapi oleh mak. Sekarang ni akak mengalami masalah yang cukup sukar. Kerja perlu diteruskan sementara mak perlu diberi jagaan rapi. Mak sebenarnya mengalami Rt CVA,ASP PNEUMONIA, RENAL IMPAIRMENT. Mak sudah lumpuh separuh badan bahagian kiri, tidak boleh bercakap dan tidak sedarkan diri. Cuma sesekali dia membuka mata bila kita kejutkan dia untuk beberapa saat kemudian dia akan memejamkan mata dan tidur semula.


walaupun mak dalam keadaan tidak sedar tapi tangannya tetap memegang dan mengira tasbih sementara mulutnya kumat kamit seolah-olah membaca zikir harian yang sentiasa diamalkan.

First kejadian, mak jatuh sewaktu bangun nak basuh tangan selepas makan laksam yang kakak no 2 buat. Tangan kirinya menjadi kejang. kejadian tu berlaku pada hari khamis. Jumaat waktu cuti buruh mak dimasukkan ke hospital jeli dan tak sedarkan diri pada jam 4.00 pagi sabtu. Akak bergegas balik dan mak dibawa ke hospital Kota Bharu untuk di x ray. Kebetulan akak sampai jam 3.00 ptg, akak dapati mak ditolak masuk ke wad puteri. Setelah lebih kurang 4 hari mak di wad, mak boleh membuka mata. Nampak macam dia sedar kerana bila akak kenalkan dengan cucunya dan adik beradik yang lain, dia anggukkan kepala. Bila akak suruh dia angkatkan kaki, dia angkat kaki kanan. Tapi kaki kiri memang tak boleh angkat, waktu tu cuma boleh bengkokkan aje. Pada rabu 6.5.2009, mak sudah boleh bergurau dengan akak. Tangan kanannya menolak dagu akak, akak buat lawak sikit, melayan kerenahnya, dia gelak2 sehingga keluar suaranya. Akak cukup gembira sebab mak sudah sedar. Akak ambik gambar mak dan tunjukkan pada mak. Dia tunjuk kat skrin kamera bahagian hiudungnya yang ada tiub makanan mak. Kemudian dia sentuh hidungnya. akak cukup gembira kerana mak sudah ade perkembangan. Tapi akak rasa pelik bila ketawa mak melampau2 tidak semacam dia sihat dulu. Nak dengar dia ketawa berdekah2 memang sukar kerana dia berpegang prinsip tidak boleh ketawa kuat, ketawa kuat itu adalah ketawa syaitan. akak pun sering kena marah bila akak ketawa. Mak juga bergurau dengan nurse yang merawatnya.

Bila doktor lihat perkembangan mak semakin baik, doktor benarkan mak pulang. Hari khamis jam 9.30mlm, mak dibawa pulang. Mak seperti biasa dan akak cuba dudukkan mak, kali pertama mak duduk, dia agak goyang tapi bila kali kedua mak duduk, sudah tegak macam biasa. Mak dah boleh urut kaki kanannya yang lenguh. Kami sekeluarga cukup gembira. Tapi pada jumaat malam jam 9.30mlm, waktu tu akak nak pulang ke melaka, belum pun puas mencium mak, mak dah tak sedar kali kedua. Niat akak untuk balik melaka terpaksa dibatalkan. Besoknya mak dimasukkan ke hospital USM Kubang Kerian untuk rawatan lanjut. Akak pilih hospital tersebut sebab berdekatan dengan rumah akak.

Petang tadi, mak dah dibawa pulang ke rumah abang atas arahan doktor. Mak masih seperti biasa, tiada perubahan pada diri mak, mak masih lumpuh dan terbaring tidur tidak sedarkan diri. Mak, kaulah segala-galanya bagi diriku, kau ratu segala ratu, yang tak ade orang lain yang boleh menggantikan tempat mak. Saya sentiasa berdoa pada Ilahi, agar mak antara orang yang dikehendaki oleh Allah, ditempatkan bersama orang-orang soleh dan solehah dan semoga mak sentiasa dirahmati oleh Allah. Saya juga doakan mak agar mak dapat sembuh macam biasa. Dapat tinggal bersama saya di Melaka macam dulu. Kuatkan semangat mak agar mak cepat sembuh. Insya Allah.

AKAK MENGAMBIL KESEMPATAN DI SINI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU BAGI SEMUA YANG BERGELAR IBU DAN GURU. MOGA SETIAP PEKERJAAN YANG KITA LAKUKAN IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH. MOGA KITA SENTIASA BERADA DEKAT DENGAN ALLAH. AMIN

UNTUK RENUNGAN BERSAMA~ AKAK COPY DARI BULETIN YANG DIKRIMKAN OLEH SEORANG KAWAN. tq

Quote:
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku...... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku... .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut..... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma..... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang... aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak Yang selalu berleter kat aku... mak Yang selalu puji aku.... mak Yang selalu nasihat aku..... mak Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan ³Selamat Hari Ibu²

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....


Friday, 1-May-2009 04:37 Email | Share | | Bookmark
BUNGA DRAGON FRUIT KU

 
 
 
View all 42 photos...
Salam Buat semua

Cukup seronok bila pertama pokok dragon fruit akak mengeluarkan bunganya. Cantik betul bunganya dan besar. Punyalah teruja nak tengok macamana dia kembang, akak duduk kat situ memerhatikan perkembangannya dari Maghrib sehinggalah dia betul2 kembang jam 12 tengahmalam.Ade jugak selang seli dengan menonton perlawanan bola sepak antara Kelantan dengan Selangor secara live malam tu... Bunganya memang kembang malam. Bila dah pagi dia dah kuncupppp dan terkulai untuk beberapa hari. Tapi akak tengok nampaknya tak menjadi lagi lah buahnya Sebab ari ni akak tengok putihnya dah beransur kuning...tanda nak gugur lah tuuu. Nampaknya tak dapat lagi lah merasa buah dragon fruit yang ditanam sendiri. Walau bagaimanpun layan gambar2 bunganya iniiiii........


















Sudah layu


Tuesday, 28-Apr-2009 14:44 Email | Share | | Bookmark
MEE BASAH

 
Salam buat semua
Agak lama akak tidak update fp akak ni. Alasannya macam biasalahhhh..BZ dan badan kurang sihat. Balik dari kerja masak sikit untuk anak,rehat kejap sambil menonton Tv,bukak sekejap komputer.. terus tidurr........Rasanya tahun ni cukup pantas berlalu,pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Mei. Hujung bulan Ogos nanti( minggu ke 3 ) dah nak jumpa puasa pulak. Cuma akak nak tanya adik2 dah habis ke ganti puasa tahun lepas? kalau belum tu cepat2 lah ganti. Akak? akak beres....jangan risau..

Kali ni akak nak share pengalaman buat mee sendiri. Dulu ikut resepi dalam kotak mesin mee ( magic pasta machine ) yang diperbuat dari 'plastik' ke ape namanya tu...tepung + telur. Apa jadi bila diproses?? mesin tu tak nak dok diam..tak kuat cengkamannya, apa lagi lengan akak ni sakit2 mengerjakannya. Akak fed up bercampur gerammm..mee tu dimasak jugak tapi sikit keras dan tak cantik.

Akak tak puas hati, lalu beli mesin mee yang baru yang dibuat dari besi ( Macato-ampia 150 ). Dulu akak ade mesin ni, tapi bila dah pindah, tak tau ke mana.Cuma akak jumpa pemutarnya ajee..bodynya entah ke mana. Dulu akak cuba buat jugak mee bersama kakak kedua akak. Tapi bila cari air abu, tak ade..maka hajat nak buat mee tu terbantut..Akak fikir kalau air abu tu diganti dengan kapor makan, ok jugak kottt..kebetulan akak ziarah Fp Hajar dulu2 tu, akak tengok mee buatan Hajar ditaruk kapor makan. Tu yang datang balik rajinnya tu nak buat mee sendiri


Quote:
MEE BUATAN SENDIRI
~ tepung gandum, air, sikit garam, sikit kapor makan~ diuli sehingga tepung tidak melekat di tangan. Ambil sikit adunan bulat2kan dan dimesin tanpa bunga ( flat ). Alihkan pemutar ke ruangan 'bunga' pilih samada untuk tebal atau bulat.
~Panaskan kukusan dan ditiskan minyak ke dalamnya. Rebus mee tadi hingga timbul dan angkat. Lumurkan dengan sedikit minyak.Siap


Bila dah jadi mee ni, anak akak minta akak buatkan mee hailam. Tapi akak buat style lain. Mee tu dimasak bersama kicap soto ( bwg putih, Bawang Besar dan cili dihiris + kicap pekat, gula,garam dan air limau nipis ~ dibiarkan 1 malam atau lebih )Mee bertukar kalor hitam. Tengok bahan-bahan yang lain:~

Quote:
MEE BASAH

Mee kuning buatan sendiri/yang dibeli pun boleh gak ( dimasak bersama kicap soto)Angkat dan ketepikan
2 batang sawi- dipotong
kobis
fish ball
fish cake
pelbagai tau fu ( masuk aje la tau fu ape pun )
cendawan enoki
Udang
Daging
garam
gula
minyak untuk menumis
kicap pekat
sos tomato
sos cili
1 sudu serbuk lada hitam
sedikit air
sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah

BAHAN KISAR
7 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
6 biji cili kering. Kalau nak pedas lagi boleh ditambah.

Cara:
1. Tumis bahan kisar hingga wangi dan sikit garing
2. Masukkan daging, udang, fish ball, fish cake dan tau fu dan dikacau sebentar
3. masukkan sikit air, kicap, kedua sos, garam, gula dan biarkan daging empuk.
4. Masukkan serbuk lada hitam, sawi, kobis dan enoki. Kacau sebentar sehingga sayur layu.
5. Masukkan mee. Kacau. Jika sekiranya kering, masukkan sedikit air lagi. Biarkan sebentar, baru masukkan sedikit bancuhan tepung jagung. Kacau hingga rata. Angkat dan hidangkan.




Sunday, 19-Apr-2009 06:36 Email | Share | | Bookmark
Simple Chocolate Cupcakes

 
Salam Buat Semua



Teruja dengan cupcakes dari blog hajar dan mamafami, akak terus buat eksperimen. memang tak rugi dicuba. Terima kasih pada Mak Lang yang sudi share resepi ni. Memang mudah dan pantas dan amat sesuai untuk yang bekerja macam akak niii....Layannnnnnnnnnnnnnnnnnn.




Simple Chocolate Cupcakes
Sumber : Maklang

Bahan-bahan A (diayak)

2 cwn tepung serbaguna/tepung gandum
1 cwn serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonate
3 tsp serbuk instant nescafe
Secubit garam halus

Bahan-bahan B :

2 cwn gula castor
1 cwn minyak jagung/minyak masak
1 cwn susu cair
3 biji telur

Bahan C :

3/4 cwn air panas

1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan semua bahan A.
2. Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan pukul sebati.
3. Putar bahan A perlahan2 sambil dimasukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua sebati.
4. Tuangkan air panas dan putar sebati.
5. Isikan ke dalam paperliners atau souffler.
6. Bakar pada suhu 175 C selama 20min-25min bergantung kpd oven masing-masing.



Deco kek
choklat putih
paste strawberry
buah strawberry

Coklat putih dicairkan dengan cara double boil. Masukkan sikit paste strawberry.
Sapukan sikit di bahagian tengah kek dan letakkan buah strawberry yang dibelah dua di tengah2nya.



Thursday, 16-Apr-2009 13:34 Email | Share | | Bookmark
MASAK LEMAK CILI API LOKAN BERSAMA BELIMBING JERUK

 
 
 
View all 4 photos...
Salam buat semua.

Akak cukup suka kerana makanan kegemaran akak ade dekat dengan kediaman akak. Nak tau ape dia? Haa kalau dok Kelantan masa kecik2 dulu selalu abang bawak balik dan dapat makan lah dua tiga biji??. Entah ape nak disebutkan ketul ke seekor...Kat kelantan pun susah jugak nak dapat wa imma kalau mengidam pun rasanya tak dapat makan kottt...Tapi kat sini hari-hari ada. Akak dapati kat sini dia orang tak berapa pandai makan. Yang laris jualan ilah kupang dan lala. Dia ni susah sikit.

Ari tu akak teragak nak makan kupang. Jadi berentikan kereta kat gerai kupang tu lah. Tapi jadi lain pulak bila tengok makanan kegemaran ada depan mata. Apa lagi akak beli lahhh...Murah rupanya harga dia. 1 kg baru RM3.00. Akak beli 2 kg. Cukuplah untuk 3 orang makan. Orang Kelantan panggil dia lokan. Bila ditanya tuan punya gerai ape nama dia, dia cakap tak tahu. Jadi sekali harung lah dia panggil kupang...

Balik rumah dok fikir nak masa ape dengan lokan ni. Biasa bila akak masak mesti ada yang berkuah. Bila fikir punya fikir, kalau masak lemak cili api campur belimbing jeruk, mesti sedap ni. Nak cari belimbing yang segar memang tak ade..Jadi akak mulalah operasinya...Bila dah masak, makanlah...ok jugaklahhh.....kawan2 boleh cuba..............



Resepi sama dengan masak lemak cili api yang biasa. Cuma tukarkan dengan lokan dan ditambah dengan belimbing jeruk ( belimbing buluh yang segar+gula+garam ). Akak masukkan daun kunyit untuk bangkitkan aroma.



Akak dapat award dari Aishah Arifin dari jepun. Jambangan bunga sakura yang cukup indah sekali. Terima kasih banyak2. Kawan2 pengunjung ambik dan tampal di blog masing-masing,



[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net