Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-Aug-2010 03:07 Email | Share | | Bookmark
MARHABAN YAA RAMADHAN

 
 
 
Salam buat semua





Di kesempatan ini akak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak. Di sini akak selitkan puisi yang akak copy dari Malaysia Ria. Terima kasih Ida Shuhada


Quote:
Andai ini Ramadhan Terakhir

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya ku sibuk berzikir
tentu aku tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatku, aku kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan aku sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal aku dendang...bakal aku syairkan

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malamku sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu diriku tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan...malam lailatulqadar

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu aku bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ..lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA




Saturday, 17-Jul-2010 05:46 Email | Share | | Bookmark
MAKAN TENGAHARI DI SHAH ALAM

 
 
 
View all 7 photos...
Salam.

Ari tu hantar anak ke UiTM Shah Alam. Sudah daftar dan masuk bilik, semua settle, kitaorang mula terasa lapar. Hubby pusing-pusing mencari kedai untuk kita makan tengahari. Akak dah lupa kedainya tapi bersebelahan KFC. Rasa2nya kat situlah pelajar2 lepak cari makan bila poket dah penuh. Kita orang makan yang order saja. suka yang panas2. Semuanya order nasi goreng. tapi nasi goreng yang berlainan.



Ada nasi goreng kampung, nasi goreng ayam, entah ape lagi nasi goreng, macam2 jenis nasi goreng ni. Akak order nasi goreng tom yam. Ok jugak lah. Cuma yang akak tertarik ialah tauhu bakar kat situ. Sedap jugak, cuma kicapnya aje diletakkan 'kicap mentah' Tauhunya cukup kering dan diletakkan sehirisan sotong kering bakar. Amat berlainan sekali dengan Tauhu bakar di pasar malam dekat Melaka ni.




kecur liur bila lihat tauhu ni... maklum perut kosong..

Ada satu lg yang cukup menarik perhatian akak iaitu ABC nya. Akak dah lupa namanya. Rasanya kawan2 yang tinggal di Shah Alam tahu nama ABC ni. Cukup menarik hiasannya. ABC biasa cuma dihias cantik dan ditambah dengan coklat dan buah anggur di atasnya. Tak habis makan untuk sorang.




tengok lelehan coklatnya..memang menggoda habis




buah anggor di atasnya.


Friday, 16-Jul-2010 07:54 Email | Share | | Bookmark
CUP CAKE KURMA KAFE

 
 
 
Salam.

Dekat2 puasa Ramadhan ni kerap pulak akak buat kuih. Ntah lah...
tghari ni lepas aje ambik anak di asrama, terus akak keluarkan bahan.
Tengok2 tak de ape nk dimasukkan ke dalam kapkek akak ni,
mula tu pukul dulu butter dengan gula.
Sambil2 tu otak berlegar fikir kalau buat kapkek plain jer tentu tk abis kapkek tu.
Teringat hazel nut yang akak beli tapi mentah lagi. nk panggang rasa pulak malasnya.
Sebab kapkek ni kukus.
pikir punya pikir teringat nescafe yang anak bungsu akak 'terbeli'.
Akak suruh dia beli kopi, dia terbeli nescafe.
Akak sebenarnya dah lama tak minum nescafe.
Akak ambik 1 sudu nescafe, akak masukkan sikit susu pekat manis,
kacau2 dia..kemudian akak campurkan dengan adunan kapkek akak.
akak fikir kalau dihias dengan kurma di atasnya rasanya ok jugak kot.
Nescafe dengan kurma??? apa rasanyer yerk??
Kalau bab2 eksperimen ni bagi lah kat akak ni....
Setakat ni apa yg akak buat eksperimen semuanya menjadi jgk
ala.. setakat nak masuk tekak sendiri..............hi hi hi



Bila dah masak, not bad...anak akak dah makan 3 biji bg kukusan pertama. Hmmmm memang sedaap. Ni khusus untuk yg suka nescafe.......chayoookkkkk!

Nama tu akak main bedal jer..................tak sangka pulak akak boleh habiskan 3 bijik.
Nk makan banyak tapi dok tahan kot penyakit dtg hinggap...butter dan telur.....
maklumlah dah tua2 gini kena jaga sikit makan.

Quote:


CUP CAKE KURMA KAFE

BAHAN

3 SUDU BESAR PENUH BUTTER
1 CAWAN GULA KASTOR
4 BIJI TELUR AYAM
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU TEH BAKING POWDER
1 SUDU TEH SODA BIKABORNAT
2 PENUTUP ESEN VANILA
1 CAWAN NESCAFE( AIR + 1 SUDU BESAR NESCAFE + 1 SUDU BESAR SUSU MANIS)
BEBERAPA BIJI KURMA, DIBELAH DAN DHIRIS MEMANJANG.


CARA:
1. PANASKAN KUKUSAN
2. PUKUL MENTEGA + GULA, MASUKKAN ESEN VANILA PUKUL HINGGA KEMBANG DAN PUTIH,
3. . MASUKKAN SEBIJI DEMI SEBIJI TELUR. DIADUN SEBATI
4. MASUKKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT AIR NESCAFE
5. MASUKKAN TEPUNG YANG TELAH DIAYAK BERSAMA SERBUK PENAIK, SEDIKIT DEMI SEDIKIT...ADUN BIAR SEBATI
6. MASUKKAN ADUNAN DALAM KERTAS CUP CAKE.
7. HIASKAN DENGAN HIRISAN KURMA DI ATASNYA.
8. KUKUS DALAM MASA 10-15 MINIT.


Wednesday, 14-Jul-2010 15:29 Email | Share | | Bookmark
Teringat kuih Masriyah

 
Salam.

Orang berbudi kita berbahasa
orang memberi kita merasa

tapi bila merasa jgn lupa
balas bekasnya

jadi fikir punya fikir
akak teringat apam strawbery Masriyah.
maka bermula la aktiviti
membuat kuih yang
selama ini
dapur tidak berasap.

Apam ni memang sedap
kalau dijual berapa sebiji ye!
bg cadangan sikit.......hi hihihi

resepi ade di link sebelah.
yang ni akak taruk jem blackcurrant
sodaaaaaaaaaaaaappppppp. Tkasih Masriyah



Tuesday, 29-Jun-2010 14:12 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT TINGGAL TEMPAT KERJAKU.

 
 
 
View all 22 photos...
Salam buat semua teman.

Bulan Rejab sudah hampir berlalu, sudahkah teman2 berpuasa sunat Rejab?? Akak ni rasa pelik jugak dengan diri akak ni. Cuba untuk puasa sunat rejab tapi setakat pukul 1.30petang. Badan mula menggigil2. pelik betul. Dah jadi mcm budak kecik pulak. Tak boleh puasa. Ari ni cuba lagi untuk puasa sunat rejab. Lagi teruk dan semakin menjadi2 badan akak. Dia buat hal lagi. Badan menggigil, kepala pusing dan terasa nak muntah. apa lagi bukak jugak lah......Yang herannya baru 2 bulan akak tak puasa hari Isnin. Biasa setiap Isnin akak puasa. Mungkin akak berada di tempat baru kot. Kalau nak dihitung2 akak sudah sebulan lebih di tempat baru. Perpindahan akak orang kata naik pangkat tapi elaun tanggungjawapnya sama dengan jawatan akak sebelum ni. Naik aje tapi elaunnya tetap sama. Pun begitu akak bersyukur kerana dapat merasai suasana dan budaya yang baru.



Sebenarnya tempat kerja baru akak ni bukan baru bagi akak. Mula2 akak posting di melaka, di sinilah tempat akak bekerja dan mendapat rezeki. Sempat akak merasa jawatan ketua sebelah petang selama 3 tahun. Selepas itu akak dinaikkan pangkat ke sekolah lain. Akak kira-kira dan hitung selama 9 tahun akak tinggalkan tempat kerja akak tu. Sekarang akak bekerja semula di sini. Masih ramai lagi kenalan akak yang masih bekerja di sini. Terasa macam balik kampung halaman akak pulak. ada orang ambik istilah umpama sireh pulang ke gagang. apa2 aje lah.....

Tempat kerja baru akak dekat aje dengan rumah. Lebih kurang 8 minit boleh sampai kalau tidak jem. Tapi kalau hari hujan boleh cecah 30 minit.



Berkenan dengan bunga2 orkid yang baru sampai di tempat kerja lama, maka apa lagi akak 'tembak' la sebelum dia layu dan gugur ke bumi. Orkid2 ini diletakkan di taman orkid yang baru beroperasi bulan mac 2010.Akak masukkan ni khas untuk penggemar orkid.














Taman orkid bersebelahan surau.

























Terasa rindu pada teman2 di tempat kerja lama. Apa dayo nak dikato. Mungkin kita akan ketemu jugak nanti. Mungkin di pasar2 malam atau di tempat2 yang lain.Kita cuma berada sejarak 14KM saja atau mungkin boleh berhubungan melalui telefon atau sebagainya.

Khas buat teman2 sekerja lamaku, akak ucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang cukup baik yang diberikan sewaktu akak bertugas di sana. Teruskan walau dengan siapa ketua anda, moga organisasi bertambah cemerlang dan terbilang.


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net