Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Friday, 12-Dec-2008 08:21 Email | Share | | Bookmark
LINTAH~tengok jangan tak tengok....jangan geli...

 
 
 
View all 10 photos...
Salam buat semua

Balik kampung ari tu, akak singgah di teratak abang no 2 akak. Akak pernah ceritakan dulu pasal 'belut' ari tu. Sambil duduk di beranda, akak terpandang lintah memanjat zink. Apa lagi akak tembak lahhhh. Di sini akak ada sertakan info berkaitan dengan kegunaan lintah. Sumber diambil dari jual-lintah.com.



Quote:
Lintah perubatan (Hirudo Medicinalis)

Secara kasar, cuma 600 spesis lintah sahaja yang telah dikenal pasti hingga kini, tetapi hanya 15 jenis sahaja yang digunakan dalam perubatan. Lintah yang dikelaskan sebagai lintah perubatan, Hirudo Medicinalis, telah lama digunakan untuk merawat pesakit berabad lamanya.


Sejarah perubatan lintah

Rekod dokumentasi yang pertama menggunakan Hirudo Medicinalis untuk tujuan perubatan bertarikh seawal zaman hippokrat. Menurut penulisan Sanskrit, Dhavantari, bapa perubatan India, mengatakan “ pegang madu disebelah tangan dan lintah disebelah tangan lagi”. Selain itu, terapi lintah juga digunakan dalam perubatan kuno cina. Lukisan lintah perubatan telah dijumpai dalam makam dukun-dukun. Terapi lintah dalam perubatan Greek boleh dijumpai dalam puisi Alexipharmacia karya Nicandros. Pakar perubatan Roman, Galen, mengelaskan terapi lintah sebagai kaedah untuk mencapai keseimbangan kesihatan. Di masa lampau, lintah dibuktikan sebagai kaedah paling berkesan dalam banyak kes perubatan terutama melawan rawatan luka. Negara Eropah pada dekat ke 18 dan 19 telah mengimport lebih 10 juta lintah setiap tahun untuk memenuhi permintaan yang tinggi.


Penggunaan Klinikal

Penggunaan secara klinical pertama yang direkodkan terhadap lintah perubatan (Hirudo Medicinalis) berlaku kira-kira 2500 tahun yang lalu kerana gigitan lintah menyebabkan pendarahan luka kecil yang menyerupai venuos di kawasan tisu rosak, haiwan invertabrata kecil ini menjadi sangat bernilai kepada pembedahan plastic dan pembedahan pembinaan semula. Lintah tersebut menhasilkan beberapa jenis bahan penting yang membantu dalam gigitan iaitu bahan anti pembekuan darah dan vasodilator setempat. Bahan-bahan ini membolehkan pendarahan berterusan sehingga 48jam selepas lintah dipisahkan dari tempat luka.



Kelebihan Terapi Lintah

Kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu. Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan darah)

Kesan dari bahan aktif biologi keatas organisma hidup:

- menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari
- kesan anti-inflamasi yang amat cepat
- kesan anti stress dan adaptonege
- kesan immunostimulating dan immunomodulating
- anesthesia
- anti pembekuan
- kesan anti bacteria
- membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan mekanisma ini mempunyai karaktor setempat dan menyeluruh


Quote:
Kemusykilan agama berkaitan menternak lintah.

Soalan
Apakah hukum menternak dan menjual lintah..dikatakan menternak sesuatu yang tidak boleh di makan cth cacing.biawak atau katak adalah haram..kegunaan lintah adalah banyak dari segi perubatan,jadi apakah hukum menjalankan perniagaan ini..?.
Jawapan
Harus menjalankan perniagaan penjualan lintah ini dengan syarat tidak adanya unsur-unsur penipuan...

Sumber dari: baheis.islam.gov.my




Teringat masa kecik-kecik dulu...memang takut kat lintah niiii. Tapi sekarang dah tak takut lagi... boleh pegang2 tapi berlapik lahhhh...Geli tetap geli tambah bila dia julurkan kepalanya. Dulu masa tolong mak cabut benih padi, air paras lutut...akak meraung ketakutan bila terasa lintah merayap kat betis... ape lagi lompat terus naik batas bendang....ari tu serik terus balik rumahhhh. Ha ha ha ha... Tapi sekarang orang dah buat duit dengan lintah niii. Bukan saja untuk kegunaan masyarakat tempatan tapi untuk kegunaan masyarakat luar negara. Jangan pandang jijik dengan lintah niiiiii..........kalau kaki kena cengkam kuku, bengkak sampai tak boleh berjalan, ni la satu jalan pantas untuk surutkan bengkak dan terus tak sakit lagi. Dulu masa kecik bila bengkak kaki, ambik lintah letak kat kaki bengkak. Hoiiii bukan main rakus dia hisap darah kotor dan nanah sampai kenyang...berguling jatuh ke tanah. Pas tu baru la akak boleh tidurrrrr.......Haaa tu dia.........


Thursday, 4-Dec-2008 09:51 Email | Share | | Bookmark
SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA GENG FP

Akak akan balik raya kat Kg besok jumaat 5/12/2008. Jadi macam biasa lah fp ni tak dapat dibuka dan diupdate untuk selama 2 minggu. Di kesempatan ini akak mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha buat semua. Ambil ni dan tampalkan di Fp masing-masing.



Monday, 1-Dec-2008 11:56 Email | Share | | Bookmark
BALIK KAMPUNG 2-SATAR PANTAI SABAK

 
 
 
View all 8 photos...
Salam buat semua



RENUNGAN

Quote:
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Kita sambung cerita balik kampung lagi ok!

Akak bertolak dari Kuantan pukul 10 pagi. Kira-kira jam 4.00 ptg akak selamat sampai rumah MIL. Duduk kejap aje di rumah MIL, selesai aje solat Asar, kami sekeluarga bertolak ke Kota Bharu untuk membeli tiket hubby yang akan bertolak ke KL lepas maghrib. Alhamdulillah tiket masih ade. Sementara menunggu bas jam 8 malam, kami ke hospital Kota Bharu untuk menziarahi bapa saudara yang mengalami sakit batu karang.



Kami bergegas ke Jalan Hamzah untuk menghantar hubby yang akan menaiki bas ke KL. Selepas itu akak bersama anak2 singgah sebentar di The Mall KB untuk membeli sedikit keperluan dapur seperti bawang, minyak masak, lauk pauk dan bahan2 gorengan. Maklumlah rumah akak di Bachok tidak ade orang yang menghuninya. Ade sekali sekala abang datang untuk menjenguk rumah tersebut. Kadang2 anak buah akak balik di hujung minggu. Jadi keperluan dapur memang kosong.

Akak sampai rumah akak jam 10 malam. Kakak akak di Gua Musang sudah ada di rumah. Jadi bila sampai tak lah gelap rumah tuuu.

Waktu pagi Isnin akak buat sarapan untuk anak2 ala kadar aje. Sekadar mihun goreng papret dengan air teh panas. Ok lah tuuu. Mihun goreng ni sebenarnya tak cukup perencah, terlupa nak beli cili kering. Tapi bila makan, wow!!!!! memang sedap. Tak sangka pulakkkk...Resepinya senang ajeee...Bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili hidup, semuanya dihiris. Akak masukkan ayam dan udang, sayur sawi. Yang bestnya akak masukkan perencah nasi goreng papret maggi dan kiub ikan bilis maggi. Goreng seperti biasa. Memang sedappp. Sampaikan kakak akak lepas tu beli perencah ni untuk bawa balik ke Gua Musang.



Pagi jam 9.00 kami ke Pejabat Tanah Jajahan Bachok untuk Bicara tanah pusaka Arwah Ayah. Alhamdlillah dapat selesai dengan cepat.



Petangnya akak fikir nak masak ape untuk minum petang. Jadi akak pun mula lah buat eksperimen. Kebetulan akak beli butter, tepung naik sendiri, tepung coklat untuk swiss roll dan beberapa bahan untuk buat kek. Akak nak bakar tak ade oven jadi akak kukus aje. Akak tak kisah ape nak jadi. Asalkan dia boleh dibuat minum petang. Bekas kek pun tak ade. Jadi akak gunakan periuk kecil sebagai acuan. 1 jam akak kukus. Bila bukak........inilah dia..nak panggil ape entahhhh..kek kukus??? Apam??? ape2 aje lahhh....tapi not bad...lembut sangattt. Separuh akak bagi pada jiran sebelahhh.



Besoknya abang sulong akak jemput untuk makan tengahari di rumahnya di Pengkalan Chepa. Seronok bila makan ramai-ramai. Akak dapat tahu dari SIL di pantai Sabak ade jual satar. Ape lagi petang itu terus ke pantai sabak untuk mencari satar. Sebenarnya waktu di Kuantan nak terasa untuk makan satar tapi tak jumpa gerai yang menjual satar di perjalanan balik ari tu. Jadi inilah kesempatan akak untuk merasa satar. Melintas jambatan untuk ke pantai sabak, akak sudah nampak asap berkepul ke udara menandakan ade orang yang membakar satar.



Akak dapati gerai tu bukan hanya menjual satar, tapi otak2 pun ade dijual di situ. 1 cucuk yang mempunyai 3 bungkus satar berharga RM 1 sahaja sementara otak2 pulak 3 bungkus RM 1. Akak beli sikit dulu sebagai percubaan untuk rasa.




Anak2 nak tengok pantai, tapi sayang semua pantai sudah dibuat benteng tinggi bagi mengelakkan ombak dari menghanyutkan rumah2 yang berdekatan. Tapi kesian jugak akak lihat dia orang kat situ, bila ditambak dengan benteng, sungai yang sedia ade sudah terhalang dengan pembinaan benteng tersebut. Tambahan di muara sungai telah ditimbusi dengan longgokkan sampahsarap - dijadikan tempat pembuangan sampah sarap. Sebahagian rumah di situ telah ditenggelami air sungai yang melimpah.Kesian betul akak tengok....

Anak2 akak main2 sebentar di tepi pantai yang tinggal sikit aje di hujung benteng, sambil2 makan satar dan otak2. Rupa2nya satar pantai sabak tak sama dengan satar dikuantan yang akak beli dulu, Kalau nak dibandingkan dari segi rasa, akak pilih satar Kuantan. Memang sedap. Satar Pantai Sabak selain ikan, dia orang masukkan jugak sayur kangkung.



Kalau nak dikira seimbang rasanya satar pantai sabak lah yang seimbang sebab ade sayur. Bukan tak sedap, sedap jugak tapi lebih sedap satar Kuantan. Nak tau bila balik akak beli lagi satar dan otak2 tu.....itu tanda tak cukup la tuuuuu.


SATAR PANTAI SABAK
ok tu aje..nanti sambung lagiiii......


Friday, 28-Nov-2008 23:41 Email | Share | | Bookmark
BALIK KAMPUNG.......SERONOK

 
 
 
View all 15 photos...
Salam buat semua

Hampir 2 minggu akak tinggalkan 'rumah fp' akak niii. Begitu jugak dengan rumah di Melaka. Hari ni akak masih berada di jalanan... belum sampai2 lagi di Melaka. Sekarang ni akak berada di Hotel Awana, Genting Highland sehingga besok. Semalam dapat berita tentang pemergian ke rahmatullah Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Razali Ismail di Instititut Aminuddin Baki pada jam 6.30 ptg. Al Fatehah buat beliau. Akak rasa jugak untuk menziarahi jenazah beliau tetapi maklumlah akak ni perempuan, pulak tu waktu maghrib, nak pegi dengan hubby dia diikat dengan 'Perancangan strategiknya' yang mesti diselesaikan besok. Cuma akak mendoakan agar Arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang diberi rahmat dan hidayah oleh Allah S.W.T. Amin. Bagi keluarga Arwah akak harap dapat menerima ujian Allah ini dengan sabar dan sentiasa redha dengan ketentuan yang ditentukan oleh Yang Maha Esa ini.Takziah.

Berbalik kepada cerita akak balik kampung. Rasanya cuti kali ini amat bermakna dan seronok buat anak-anak, akak dan hubby sendiri. Cuma yang terkilan sikit dua orang anak akak tidak dapat bersama bercuti kerana Along sibuk dengan aktiviti praktikalnya sementara Angah pulak sudah memasuki Semester Kedua Kolejnya.Mungkin lain kali kalau diizinkan Allah kami akan bercuti bersama-sama.

Balik ari tu, kami balik ikut jalan Tangkak, Segamat, Rompin dan Kuantan. Singgah sekejap di Kolej Metrikulasi Johor di Tangkak untuk berjumpa Angah. Makan KFC bersama sebagai meraikan kejayaan si kakak yang mendapat 5A dalam UPSRnya tuuu. Tinggalkan sedikit pesanan dan wang pada angah dan meneruskan perjalanan ke Kuantan.

Hubby teringin nak makan udang galah Rompin. Katanya kalau dapat yang segar bolehlah bawak ke rumah adik di Kuantan untuk dimasak gulai dan makan bersama2. Dari Muazzam ke Rompin rupanya jauh jugak perjalanannyaaa. Ingatkan dekatttt. Dulu akak pernah pergi ke Rompin dan menginap di Hotel Seri Malaysia di sana... rasa2nya macam dekat ajeee. Mungkin waktu tu akak tertidur kot sebelum sampai ke Hotel tuuu... waktu tu naik bas untuk hadiri satu kursus di sana.....

Sampai di sebuah restoran, udang segar sudah kehabisan. Nampaknya tak ade la rezeki untuk keluarga di Kuantan.



Rezeki kami sekeluarga aje laaaa. Kami makan tengah hari dengan masakan udang galah kat Restoran tuuu. Sedap jugak masakan udangnya. Akak cuma ratah udangnya saja dan sedikit sayur. Ok la tuuu... dapat jugak merasa udang segar di Rompin.




Selesai makan, hubby bawak kita orang melalui jalan menyusuri pantai untuk ke Kuantan. Masih lagi terkilan sebab tak bawak ape2 buah tangan untuk keluarga di Kuantan. Sepanjang jalan masih melilau mencari sesuatu untuk buah tangan. Kebetulan di bahu jalan ade beberapa 'bangsal' gerai jualan. Ade sesuatu yang dijual di situuu. Hubby cakap kalau ade ketam nipah elok jugak dibeli. Kebetulan ade satu bangsal, duduk di situ dua adik beradik mengadap satu longgokan di situ.



Hubby terlajak ke depan. Teruja jugak untuk melihat ape yang dijual di situ. Hubby undur ke belakang dan mendapati longgokan itu ialah ketam nipah



Kami mula bertanya berapa harga ketam tu. Kata si kecil tu RM50.00. Minta kurangkan RM5. Senang2 aje dapat. Akak fikir kalau tawar lagi ni mesti dapat. Akak tanya kalau RM40 macamana?. Si kecil angguk. Akak cuba2 lagi tawarkan tapi tak dapat sebab katanya mak hanya benarkan setakat RM40 shj.


Ketam yang paling besar

Mak di mana dik? Mak pegi mancing....Terkedu jugak akakkk. Rajin anak2 tolong ibunya. Taat pada arahan ibunya. Dia orang langsung tak takut bahaya yang mendatang. Duduk di bangsal yang berjauhan dengan orang lain. Dia orang masih kecil. Si kakak berusia 10 tahun dan adiknya 7 tahun. Itulah realiti sebenar hidup di kampung. Anak2 seronok menolong ibu bapa....

Sepanjang perjalanan, akak dapat melihat beberapa sarang burung layang-layang. Memang kat kg Nenasi terkenal dengan perusahaan sarang burung layang-layang ni. Seakan2 mereka berebut2 membina sarang burung layang-layang sebab akak lihat ada yang masih membina sarang burung tersebut. ape tidaknya sarang burung layang-layang memang lumayan wooooo....



Bila lihat papan tanda untuk memasuki kg Nenasi ni, terfikir jugak akak, kenapa dinamakan dengan nama tersebut. Rupanya ade ladang nenas di kg ni. Ade satu tempat di sepanjang bahu jalan, gerai2 nenas berderetannn. Kebanyakan yang menjualnya adalah wanita da dara sunti. Sempat jugak hubby singgah dan beli nenas di situ. Memang manis nenasnya sebab masih fresh...






Bila sampai sini teringat kepada sifu kek tersohor kak Zetti.

Sampai di Kuantan, bersalaman dengan MIL ( kebetulan MIL datang untuk lihat cucunya yang baru dilahirkan 7 hari ) dan adik ipar, akak terus masuk bilik baringggg....kepala dah berat untuk diangkat. Tak tahu kenapa, mungkin terkena hujan waktu dalam perjalanan itu. Kebetulan besan MIL pun ade di situ. Dia lah yang memasak ketam tu untuk makan malam kita orang. Akak tak dapat join, sebab dah tak boleh bangun. Pagi besoknya barulah dapat merasai ketam tu. Memang sedap, isinya cukup manis. Habis jugak 2 ekor akak kerjakan.....



Pagi tu baru sempat tengok anak buah yang baru tu...Fatin Nor Soffiya.....cute...



Tepat jam 10 pagi kami bertolak balik ke Kelantan bersama MIL.......

Ok kita sambung citer ni lagi ye di entry akan datang.....nak bawak anak2 naik kabel terus ke Genting HIghland.

Terlupa akak nak ucapkan terima kasih pada kak liza sebab anugerahkan award yang cukup bermakna bagi saya. Ape taknya dapat anugerah dari sifu tersohor seperti kak liza niii... sapa tak suka wooooo. Terima kasih kak lizaaa. Tak sangka aye kak liza pilih aye. Kira akak ni dapat 2 anugerah yang samalahhh.Tapi yang ni lagi besarrrrr.. Kena cari frame besar nak sangkutttt ni...Hi hi hi hi hi.




Friday, 14-Nov-2008 09:07 Email | Share | | Bookmark
TIPS, DECO KEK.

 
 
Salam buat semua

Terima kasih atas ucapan tahniah dari kawan2 pasal UPSR 'kakak' tu. Akak doakan semoga kalian juga berjaya dan sentiasa cemerlang dalam apa jua lapangan.

Besok akak bertolak balik Kelantan kerana ade sedikit urusan berkaitan tanah pusaka
arwah 'cik' (ayah). Rumah akak ni nanti tak berasap lah dalam beberapa hari ni. Maklum la kampung akak tu tak ade internet. Moga kita jumpa lagiiii.

Sebelum tu akak ade tip sedikit untuk jimatkan minyak kereta.....betul ke tidak wallahua'lam...tapi macam betulllllllllll.....tip ni akak ambik dari bulletin yang dikirim oleh Kuang. Thanks Kuang. Ni diaaa....bacalahhhhhh

Quote:
1. Isi minyak sebelah malam,
Apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.


2. Isikan minyak sehingga tangki penuh.
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda "E" baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.


3. Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap.
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.

4. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda.
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.


5. Angin tayar
Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.


6. Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh.
Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.


7. Kurangkan penggunaan penghawa dingin.
Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapain ke dalam dengan mudah.

8. Kurangkan beban kereta.
Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.


9. Pemanasan enjin selama 30 saat.
Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG – CAP)


10. Elakkan menunggu .
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.


11. Elakkan menggunakan gear rendah.
Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam. Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.


Ingat tak satu entry tu akak cakap akak dapat order kek coklat blueberry dari seorang kawan sekerja akak. Jadi semalam dah dikirmkan ordernya tu. Dah makan pun kawan tuuu. Tapi akak tak puas hati sebab akak tak belajar cara nak deco kek dengan baik... dengan menggunakan icing dan nozle.... nak susun atas kek, biar nampak cantik pun,,,,akak tak kreatif. Susah betul nak fikirkan bagaimana untuk bagi persembahan terbaik dalam deco kek tuuu. Waktu time mendeco tu ingatkan nak le cilok dari kawan2 punya deco, tapi internet pulak buat pasallll...tak boleh bukak...so akak bantai aje lahhh..nampak sangat jakun akak niiii. Akak ambik gambar sikit aje untuk tatapan kawan2. Akak ambik tang bunga ros ajeee....he he he he he.....akak tahu akak kurang dalam hal niiii...nak pi belajar,, tak sempattttttt arrr...sian kat akakkk. Hua hua hua...



Pada hari yang sama 'kakak' pun nak kan cup cake untuk jamuan akhir tahun. Sama masa terima result tempoh hari. Jadi akak buat cup cake hampir 60 biji untuk semua kawan2nya...Cup cake ni akan masukkan sekali jem blueberry....gaul dalam adunan. Kira orait jugak. Kawan2 si kakak pun kata sedapp. Ok la tuu.



[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net