Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Friday, 6-Feb-2009 08:47 Email | Share | | Bookmark
MASAK LEMAK CILI API TILAPIA PUCUK UBI,STEAMBOAT

 
 
 
View all 12 photos...
Assalamualaikum

Ari ni akak rasa relax sikit. Jadi bolehlah upload sikit masakan yang dah lama akak buat, gambarnya masih di simpan dalam kamera, kesnya notebook akak masih di kedai..huk huk hukkk.

Masak lemak cili api memang gemar giler. Kalau masak ni tak hirup kuahnya tak sah dan tak puas. Kali ni akak cuba try buat masak lemak cili api tilapia dengan ubi kayu. Ade satu hari tu entah bila la dah tak ingat, kawan ade hidangkan masak lemak cili api ni. Makan ramai-ramai jadi tak ler puas hati. Pergi pasar malam ari tu, terjumpa ikan tilapia, belilah 1 ekor yang besar. Balik simpan dulu sebab tak sempat masak. Time cuti keluarkan ikan dan jenguk2 di luar rumah, terpandang pucuk ubi yang baru akak tanam. Bedal aje lahhhh. Entah jadi ke tidak isinya nanti sebab kata orang tua kalau petik pucuk sebelum ubi matang terbantut isinya. Tak kisahlah asalkan kepingin ku mau makan ikan tilipia masak dengan pucuk ubi ni tercapai. ( Teruk betul orang tua ni...hi hi hi ). Akak pun tak tau nama gulai ni dipanggil ape. Akak taruk je ler nama tu..



Quote:
MASAK LEMAK CILI API TILAPIA PUCUK UBI
Bahan
1 ekor ikan tilapia~dibersihkan dan dikerat 3
1 biji kelapa~ambil santan pekat
secekak pucuk ubi kayu
3 btg serai~dititik
garam secukup rasa
1 keping asam keping

Bahan kisar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
kunyit sebesar ibu jari
25 biji cili api/segenggam cili api

cara:
1. Ikan tilipia dibakar sehingga masak
2. Sediakan periuk. Satukan santan, bahan kisar, asam keping dan serai. masak sehingga mendidih
3. Masukkan pucuk ubi kayu dan biarkan mendidih
4.Masukkan ikan dan garam secukupnya. Biarkan mendidih. Kecilkan api dan biarkan lebih kurang 10 minit. Angkat dan hidangkan




Bila bercakap pasal steamboat tentu ramai yang pernah makan.Kebetulan ari tu Akak pegi ke kedai barang2 elektrik untuk cari alat untuk buat wafer tapi terpandang periuk steamboat. Memang dah lama teringin. Bila tengok harganya tu kira ok jugak. Langsung akak beli. Bila balik rumah terus buat steamboat. Memang puas hati kalau masak sendiri. Ikut cita rasa kita sendiri. Ape saja yang ade dalam stok akak masukkan. Kalau makan kat kedai...entah berapa ringgit melayang.......untuk 8 orang makan.



Akak buat steamboat cara akak....resepi kat kedai akak tak tahu. Cuma akak sediakan kuah sup. akak masukkan sedikit ayam dan rangka ayam. dah mendidih akak tuangkan ke dalam periuk steamboat tu. Pas tu masukkan lah bahan2 yang kita rasa nak makan. 'CELUP-CELUP'.



Akak ade ketam, udang, cendawan enoki, hot dog, telur puyuh, sayur pulak yang paling best ialah kangkung lahhh dannn tengok ajelah gambar tuuu. Tapi semua tu akak beli yang ade tanda halal...Ramli dan Ayamas.









UNTUK RESEPI SUP AKAK TU, BOLEHLAH KLIK DI LINK SEBELAH TU YE! ATAU BUAT AJE LAH KUAH SUP SENDIRI. KITA YANG BUAT DIA KAN? APE SUSAH?



Steamboat ni tak lengkap kalau tidak ade kuah kicap~kicap soto aje: kicap, perahan air lemon, cili api,sikit garam dan gula.Kacau sebati.


Makan panas2 memang sedap. Nak lebih kenyang, celupkan mee ke, mihun ke, kue tiow ke atau maggi. Ade sekali tu akak masukkan perencah tom yam maggi jadikan supnya. Huuik laju jugak ..licinnn. Cukup senang ade periuk ni. Pagi2 kalau malas masak , ha guna aje periuk ni. Masuukkan air biar mendidih, masukkan perencah ape saja. siap untuk dimakan. Akak ingatlah bila akak pegi bercuti nanti, tak payah akak bawak dapur kecik tu lagi, cukup dengan periuk ni jeeerr....2 dalam 1 hi hi hi senangggggggggggg.



Wednesday, 4-Feb-2009 12:55 Email | Share | | Bookmark
KEK COKLAT KUKUS BERKOPI BLUEBERRY

 
 
 
View all 9 photos...
Assalamualaikum buat semua.

Awal2 tahun ni memang banyak kerja yang mesti dibereskan. Kira tercungap-cungap jugak dibuatnya. Nak update fp maaalaaaaaaassssssssss bangat. Satunya kerana penat dan satu sebab lagi frust sebab lap top belum siap....entah boleh dapat kembali ke pic dan dokumen akak tuuu. huk huk huk.

Akak ade kesempatan masa sikit untuk membuat kek coklat blueberry macam ari tu. Akak buat khusus untuk anak2 sebab first time buat, anak2 tak dapat rasa. Second sebab orang order, jadi akak rasa tak adil kalau akak tak buat untuk anak-anak.

Kali ini akak tak bakar tapi akak kukus. Bagi akak kek kukus lagi sedap berbanding yang diovenkan. Kek coklat kukus akak ni ade masukkan paste kopi. Memang sedap wangi dan terasa kopinya. Tambah lagi bila dicampur dengan filling blueberry, lagi terangkat. Sekejap aje licinnn. Untuk resepinya akak dah tak berapa ingat sukatannya sebab ari tu bila siap aje kek ni atau sebarang masakan yang akak masak, akak akan tulis di notepad. Tapi semua tu hilang disebabkan format tempoh hari. Huk huk huk termasuk resepi kawan2 yang akak copy. Hua hua hua hua huaaaaa....

Di sini akak buat anggaran saja. Kalau anda rasa nak buat, tak payah ikut resepi akak untuk keknya. Anda boleh guna resepi kek coklat anda sendiri cuma potong dan masukkan filling blueberry atau ape aje filling yang anda suka.





Quote:
KEK COKLAT KUKUS BERKOPI BLUEBERRY

Bahan
250gm butter
4 biji telur saiz A
1 1/2 cawan gula aising
1 cawan gula perang
1 sudu teh ovelett
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 sudu besar paste kopi
1 sudu besar baking powder
1 cawan bancuhan susu tepung ( 4 sudu besar susu tepung)

Cara:
1. Pukul butter,ovelett dan gula aising hinggá kembang dan putih
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul
3. Masukkan esen vanila, paste kopi dan pukul
4. Masukkan air bancuhan susu sedikit demi sedikit, pukul
5. Masukkan kedua-dua tepung bersama baking powder yang telah
diayak bersama sedikit demi sedikit. Kaub balikkan hingga sebati.
6. Masukkan ke dalam acuan bulat yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 1 jam dan sejukkan

Topping
Krim putar
Bunga~akak hentam aje deco bunga:-gula icing+mentega+golden syrup.Warnakan ikut suka
hirisan badam~dipanggang
manik2 gula

Layer
Krim putar
blueberry filling


Cara Untuk layer

1. Pukulkan sedikit krim putar. Sekejap aje. Mungkin satu putaran. Kalau lama putar, krim putar akan jadi keras.
2. Gaulkan bersama dengan blueberry filling. Ketepikan
3. Kek coklat yang dah sejuk, dipotong tengah.Ketepikan bahagian atas
4. Sapukan blueberry filling tadi setebal 1 inci atau lebih
5. Tutupkan filling dengan bahagian atas kek coklat tadi.

Untuk deco/topping
1. Pukul krim putar biar lama sikit, agar krim putar nanti menjadi keras.
2. Sapukan krim putar keseluruhan kek
3. Tekapkan hirisan badam di sekeliling kek.
4. Hias kek dengan bunga atau ape saja deco. Tabur sedikit manik2 gula agar timbul serinya.
5. Sudah selesai sejukkan di dalam peti sejuk.
nota:
Apa yang akak buat, dah siap deco akak masukkan terus ke dalam kotak dan sejukkan









Sunday, 25-Jan-2009 03:55 Email | Share | | Bookmark
HOLIDAY DI COLMAR TROPICALE, A French-themed Resort,BUKIT TINGGI

 
 
 
View all 14 photos...
Assalamualaikum

Ari ni rasa seronok sikit bila dapat tahu anak akak ada simpan sikit gambar di Colmar tu. Dia upload dalam HPnya. Gambar2 yang diambil bukan antara gambar yang cantik yang hilang tuuu tapi tak ape lahhh asal saje boleh dijadikan kenangan, daripada tak ade langsunggg.....Dapat aje gambar ni langsung akak upload kat fp niii. Harap2 fp ni tak lah tutup terus laman webnya niii. Pas ni akak akan save di external hard disk seperti yang disarankan oleh pak cik pemancing ikan. Terima kasih pak cik. Sebenarnya ari akak bawak lap top tu, akak ade beli external hard disk tu, tapi entah macamana terlupa pulak nak kasi kat budak yang baiki tu, mungkin sebab percayakan sangat kebolehan dia tu, jadi tak lah terlintas nak kasi kat dia..mungkin cepat jugak nak cepat sebab waktu dah hampir maghrib...dah nak rugi nak wat camana..lain kali beringatttt..



Quote:
How to get there

Berjaya Hills is the perfect escapade with genuinely themed attractions set in 150-million-year-old tropical rainforests. IT is a mere 45-minute drive from Kuala Lumpur and is 10km off the East-West Karak Highway where the experience of the journey is effortless and refreshing. The journey for guests travelling from the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) to the resort is approximately 1 hour and 45 minutes.

This 16,000 acres Berjaya Hills is home to a smorgasbord of world wide themed areas, compirising of Berjaya Hills Golf & Country Club s, Colmar Tropicale - A French-themed Resort, The Chateau Spa Resort and Meranti Park Suites to suit your interests and desires.

Unsurpassed hospitality synonymous with the resort together with the various vibrant attractions make Berjaya Hills a home away from home.

BY ROAD (VIA KARAK HIGHWAY)

Kuala Lumpur - Berjaya Hills approximately 40 minutes
Genting Highlands - Berjaya Hills approximately 40 minutes
Taman Negara - Berjaya Hills approximately 3 hours
Kuantan - Berjaya Hills approximately 2 hrs 30 minutes
KLIA - Berjaya Hills approximately 1 hr 45 min


Entrance fee of RM10 nett per adult and/or RM8 nett per child (4-12 years old) is chargeable to Colmar Tropicale, Japanese Village and Botanical Garden.

Entrance fee of RM3 nett per adult and/or RM3 nett per child (4-12 years old) is chargeable to Rabbit Park.
Copyright © 2006 Berjaya Hotels & Resorts ~









atas syiling dewan








Di Taman Jepun. Sewa kimono rm20.00.

















]





Gambar sekitar Japenese Tea Garden














Ular di Botanica Garden. Entah ape namanya..






Thursday, 22-Jan-2009 11:15 Email | Share | | Bookmark
Senja dan Tepung Bungkus

bunga kat pantai
 
 
View all 17 photos...
Assalamualaikum buat semua teman

Mood akak masih dalam kesedihan lagi. Lap top akak masuk bengkel lagi. Akak bawak sekali lagi ke kedai tu untuk dibuka back up yang kononnya diback up. Tapi rupanya dia back up yang asas saja. Habis lah kerja2 akak terdelete dan akan lenyap buat selama-lamanya. Hua hua hua hua......Dia cuba untuk dapatkan balik semua document akak dengan membuat 'recovery' ke ape namanyaaa tapi virus akan hinggap balik dalam lap top akak tuuuuuuuuuuuu. Hu hu hu hu. Sampai sekarang belum siap...





Selalu kalau akak ade sikit tension, akak akan ajak anak2 ke pantai yang terdekat. Tapi untuk kali ni akak tak sempat untuk menjeguk pantai sebab di awal tahun banyak mesyuarat yang mesti dihadiri........hingga cecah jam 6 petang.......Akak nak tunjuk gambar2 yang akak ambik sepetang di pantai padang temu... dekat dengan rumah kawan kita Bro Jeff.....tapi tak tau mana rumahnya tuuu...Hi hi hi hi hi. Akak jadi asyik bila tengok matahari terbenam..........sikit sikit sikit akhirnya terus hilang cahayanya. Cukup taajub dengan kebesaran dan kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa







Kali ni akak nak tunjuk kueh yang menjadi nostalgia akak masa kecik. TEPUNG BUNGKUS....masa kecik akak lah yang jadi jurujual untuk mak, jualkan tepung bungkus ni dan akaklah yang menggentel intinya......Kebetulan dulu kak liza ada tunjuk resepi tepung bungkusnya, apa lagi akak copylahh. Lama jugak disimpan resepi tuuu...Baru ni baru sempat buat......dah 2 kali buat dahh. Satu ikut resepi kak liza, satu lagi ejas2 mana yang patuttt. Kak Liza, terima kasih resepi niiii, ia banyanyak membantu. Syukrannnn.




Quote:
TEPUNG BUNGKUS

Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut~akak blend kering
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum~akak guna tepung beras
4 s/b air
1 helai daun pandan
tepung pulut+air secukupnya untuk jadikan doh untuk bungkus inti ~akak tambah
Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Bungkus dengan doh tepung pulut. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.



Inti dari kelapa pokok sendiri, tak ade parut, akak blend kering....


Sunday, 18-Jan-2009 05:40 Email | Share | | Bookmark
SEDIH BETULLLLLLLLL, SAMBAL IKAN PUYU/BETOK

 
 
 
View all 11 photos...
Salam Muharram buat semua

Akak baru ambik lap top akak semalam. Hari ni bukak, bila klik my document langsung tak ade ape. Memang sedih tak dapat nak gambarkan sedihnya tuuuuuuuuuu........habis semua pic akak yang terbaru....balik kampung ari tu....hilang semuanya....Akak memang dah cakap suruh back up semua yang akak nak. Dia ada back up dan diletakkan kat desktop. Tapi bila klik tak dapat baca. Macam kosong aje.....Sapa2 yang tahu cara bagaimana nak bukak tolong bagi tau akak. Semua kerja2 akak ade dalam tuuuu..... Rasa sedihhhhhhhhhhhhhh sangat... lagi satu rasa gerammmmmm......

Masa balik dari kg ari tu, kami ade bermalam di Colmar Tropicalle di Bukit Tinggi. Ingatkan semua pic tu nak jadikan kenangan untuk kami sekeluarga.................... Bayangkanlah berapa banyak gambar2 yang akak ambik selama 4 hari 3 malam berada kat situ. Semua ceruk akak ambik.....
Taman Japanese tea, taman arnab, Botanica garden ( tempat yang paling akak suka sbb kat situ siap ade ditulis khasiat bagi setiap herba yang ditanam kat situ.) .........Tu yang frust tuuu. Nak pegi lagi sekali entah ade peluang ke tidakkk.Satu pun tak ade akak simpan di tempat lain. Silap...... akak cepat masukkan dalam lap top, tak kekalkan dalam kamera. Nak buat macamana dah tak dak rezeki la tuuuuuuuuuuu.........

Bila balik dari Colmar kami sekeluarga ke Genting Highland dan bermalam di Awana Hotel. Sempatlah dua malam menginap kat sana. Akak bersama anak2 sempat jugak naik sky way...tapi pic semasa berada dalam sky way pun lesap. Memang cantik2 pic sky way yang berderetttt dalam kabus. Adussss frust betul......Ari tu nak update semua pic balik kg ni tak sempattt.......dah tak boleh jadikan kenangan lagi...cuma yang sempat selamat gambar2 ni aje... itu pun kerana dah tak boleh masuk masuk dalam lap top sebab dah full.........


Gambar2 diambil dari tingkap bilik hotel Awana tingkat 6











Akak baru selesai makan tengahari. Cukup berselera makan. Sebab dah lama nak makan ikan puyu/betok. Hari Rabu baru ni akak terjumpa orang yang menjual ikan puyu ni.....kat pasar malam Akak beli 8 ekor ~1kg...RM15.00. 3 ekor akak dah goreng. Ari ni teringin nak makan sambal ikan puyu ni. Ape lagi terus buattttt........hish memang sedap tambah pulak tu ikan puyu ni 'berlemak'. Bila bakar tu...syiut2 bunyi lemaknya. Akak masak taugeh sama tempe dan goreng ayam di samping sambal ni. Ayam goreng langsung diaorang tak sentuh. Cukup hanya sambal ikan, petai dan sayur taugehhhh...


Goreng taugeh ni akak ingatkan anak2 tak gemar makan, rupanya siap dia orang ratah lagi...memang selalunya akak tak masak taugeh canggini ni kecuali kalau masak lemak dengan udang tu biasalahhh...tapi bila tengok anak2 suka makan, apa lagi akak masak selalu laaa. Satu yang paling akak suka ia senang disediakannn.......time akak sibuk, taugeh ni lah jadi mangsaaa. hi hi hi hi. Tak sampai 19 minit dah siappp...masukkan tauhu, fish cake, tempe, sikit ayam dan daging......


ikan puyu sedang dibakar


Siap bakar

N3 yang lepas, ada akak tunjuk sambal ikan kembung. Kali ni ikan puyu pulak... Bahan-bahan yang sebenarnya tak dapat dicari iaitu pucuk kandis......jadi akak gantikan dengan perahan air lemon.


Quote:
SAMBAL IKAN PUYU/BETOK

BAHAN

3 EKOR IKAN BETUK YANG BESAR
7 BIJI CILI API
AIR PERAHAN LIMAU NIPIS/LEMON
GARAM SECUKUP RASA

CARA:
1. BERSIHKAN IKAN, BILAS DAN BAKAR SEHINGGA MASAK
2. AMBIK ISI IKAN TERSEBUT.
3. TUMBUK CILI API BERSAMA GARAM HINGGA LUMAT
4. MASUKKAN ISI IKAN DAN DITUMBUK RATA
5. PERAHKAN AIR LEMON ATAU LIMAU NIPIS. GAUL RATA
6. HIDANGKAN. PETAI, KACANG PANJANG, KERDAS, JERING MEMANG SEDAP KALAU MAKAN DENGAN SAMBAL NIIII.....CUBALAHHH.......


"Why not get paid to leave a comment?"


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net