Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Thursday, 5-Mar-2009 16:51 Email | Share | | Bookmark
TAKE TIME

 
 
 
View all 11 photos...
ASSALAMUALAIKUM

Ini akak ambil dari email yang dihantar. Nak upload menu masakan, tup-tup akak tengok, semua gambar yang disave dalam komputer dah didelete oleh anak akak. Hu hu hu hu...... Ni akibat share komputer dengan anak ni. Lap top akak masih lagi kat kedai. Dah hampir 2 bulan dahhhh. Busy memanjang. Ape kata kita relax sekejap dan take the time

























Thursday, 26-Feb-2009 10:43 Email | Share | | Bookmark
VEGE BREAD JIE

 
 
 
View all 4 photos...
ASSALAMUALAIKUM

HARI MINGGU YANG LALU MENINJAU-NINJAU APE YANG ADE DI DAPUR. BADAN TAK BERAPA SIHAT SEBENARNYA. BAHAN MENTAH SEPERTI IKAN, AYAM, DAGING MEMANG KOSONG. NAK MAKAN APE YE!. TERPANDANG PADA TEPUNG GANDUM,NAK BUAT LEMPENG, NAK CECAH DENGAN APE? BAHAN TAK ADE NAK BUAT KARI. SO TERLINTAS DI FIKIRAN AKAK NAK BUAT ROTI ALA-ALA OMPUTIH LAH. ROTI TU NANTI NAK CECAH APE YE!. AKAK TENGOK ADE SIKIT SAYUR DAN IKAN BILIS. HEMMM APE KATA AKU TRY TEST BUAT EKSPERIMEN ROTI CECAH SAYUR PULAK. HI HI HI HI. HASILNYA CUKUP MEMUASKAN HATI. MEMANG BEST. JOM LAYAN. RESEPI AKAK AGAK2 AJE. TAK SEMPAT NAK SUKAT.


Quote:
VEGE BREAD JIE

BAHAN UNTUK ROTI
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN MENTEGA
SEDIKIT AIR

CARA:
1. SATUKAN TEPUNG GANDUM DENGAN MENTEGA. GAUL DENGAN HUJUNG JARI SEHINGGA MENJADI SERBUK ( ISTILAH NI AKAK GUNA HARAP FAHAM YE!)
2. MASUKKAN SEDIKIT AIR DAN GAUL SEHINGGA MENJADI DOH YANG TIDAK MELEKAT DI TANGAN.
3. ULI-ULI SEBENTAR DAN CANAIKAN SETEBAL 1/2" TEBAL. TERAPKAN BULAT-BULAT.
4. PANASKAN KUALI, LETAKKAN SEDIKIT MENTEGA. MASAKKAN ROTI. JANGAN LUPA SENTIASA DIBALIK-BALIKKAN SUPAYA NANTI ROTI MENJADI RAPUH DAN GARING.ANGKAT.



BAHAN VEGE

BUNGA KOBIS~POTONG KECIL-KECIL
KARET~POTONG DADU KECIL-KECIL
KOBIS~HIRIS HALUS-HALUS
2 PUCUK DAUN KETUMBAR~DIHIRIS HALUS
SEDIKIT OREGANO
MIX HERBS
PAPRIKA
BASIL
PARSLEY
3 SUDU TEH REMPAH KARI
1/2 CAWAN STOK UDANG
SEDIKIT GARAM
SEDIKIT GULA
MINYAK UNTUK MENUMIS

BAHAN KISAR

4 ULAS BAWANG PUTIH
1/2 INCI HALIA
4 BIJI CILI API
SEJEMPUT IKAN BILIS

CARA:
1. PANASKAN MINYAK, TUMIS BAHAN KISAR, REMPAH KARI, OREGANO, MIX HERBS, BASIL, PARSLEY DAN PAPRIKA SEHINGGA NAIK BAU DAN SEDIKIT GARING.
2. MASUKKAN SEDIKIT STOK UDAG DAN KACAU RATA
3. BILA KUAH SEDIKIT PEKAT, MASUKKAN GARAM DAN GULA. GAUL RATA
4. AKHIR SEKALI MASUKKAN KOBIS, KARET, BUNGA KOBIS, DAN DAUN KETUMBAR. GAUL RATA. BILA SAYUR DAH LAYU, ANGKAT.

UNTUK HIDANGAN
1. ROTI DILETAKKAN DI DALAM PINGGAN. LOREKKAN DENGAN MAYONIS DAN LETAKKAN INTI VEGE DI SEBELAHNYA. CUBIT SIKIT ROTI DAN CECAH. YUMMYYY
2. ATAU BOLEH JUGAK DENGAN CARA LETAKKAN MAYONIS KE ATAS ROTI. KEMUDIAN LETAKKAN INTI VEGE KE ATASNYA.
3. ATAU APE2 AJE LAHH. SELAMAT MENCUBA



ade sekeping roti yang lebih, akak simpan dalam freezer. sempat jugaklah 2, 3 hari dalam freezer tu. akak panaskan semula dengan oven microwave. hu hu hu hu memang best sangat. dah jadi macam instant bread.



TAG BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN AKAK. AMBIL DAN SANGKUT KAT RUMAH YE!
"SALAM JUMAAT BUAT SEMUA. SEMOGA SENTIASA DIBERI RAHMAT DAN HIDAYAH OLEH ALLAH TUHAN PENCIPTA ALAM. AMIN"




Monday, 23-Feb-2009 10:34 Email | Share | | Bookmark
MUFFIN CHEESE APPLE, KENTANG GORENG DAN SAYURAN GORENG.

 
 
 
View all 6 photos...
ASSALAMUALAIKUM

Akak selalu jugak menonton rancangan 'Sugar' di chanel AFC. Muffin ni akak ambik idea dari rancangan sugar tu oleh Anna Alson.



Quote:
MUFFIN CHEESE APPLE



Bahan A
3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
secubit garam~tak buh tak ape
kesemuanya disatukan dan diayak dan diketepikan
1 biji apple hijau ~ dikupas kulit dan didadu kecil-kecil
100gm coklat chip putih

Bahan B
2 biji telur
1/2 cawan cheese
1/2 cawan minyak masak Daisy
~ masukkan cheese dalam 1/2 cawan dan masukkan minyak ke dalamnya , cukupkan 1 cawan.
1 sudu besar esen vanila.
3 cawan gula perang ~ boleh kurangkan jika nak kurangkan manis.

Cara:
1. Adun semua bahan B sehingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit dan diadun sebati
3. Masukkan apple dan coklat chip putih. Gaul rata
4. Adunan ni sikit keras. Masukkan dalam acuan muffin atau acuan kertas
5. Bakar selama 40 minit ( mengikut oven microwave)
6. Angkat. Bila makan atasnya rangup., di dalamnya terasa cheese dan apple.


P/S: Ramai yang tanya cheese tu..Ok Akak guna cheese philadelphia. Sorry arrrr.


Yang ni pulak kebetulan dok teringin nak makan kentang goreng, akak pun buat operasilah. Senang aje tuu. Ade tepung goreng adabi campurkan dengan serbuk kari sebab akak nak yang rasa pedas2 gituuu. Kentang dipotong ikut suka. Celup dalam telur yang dipukul, baru celupkan ke dalam tepung campuran tadi. Goreng dengan minyak banyak sampai kekuningan. Angkat. Cecah dengan sos cili memang sedapla bagi yang teringin nak makan, tak tau la bagi yang tak nak, atau yang dah kenyang, hi hi hi hi. Layaaaaannnnnnnnnn.



Bila potongan kentang dah habis digoreng akak try cuba test bunga kobis dan cili. sedap jugak. Kalau goreng karet canggini pun sedappp.



UNTUK KAWAN-KAWAN SEMUA


Friday, 20-Feb-2009 05:12 Email | Share | | Bookmark
KUIH CHE MEK DAN COKLAT

 
 
 
View all 8 photos...
ASSALAMUALAIIKUM

MASIH MENAYANGKAN MENU YANG LAMA. ........BUKAN SPECIAL MANA PUN........TAPI SAJA NAK KELUARKAN PIC NI DARI KAMERA........BILA AMBIK GAMBAR-GAMBAR YANG LAIN NANTI TAK LAH SEMAK JADINYA....HI HIHIHIHI HI HI. LAYAANNNNNNNN AJE LAAAA.

Quote:

KUIH CHE MEK

BAHAN
TEPUNG GANDUM SECUKUPNYA
KELEDEK YANG DIREBUS DAN DILECEK HANCUR
SEDIKIT AIR
GULA SECUKUPNYA
SEDIKIT GARAM
MINYAK UNTUK MENGGORENG

CARA:
1. CAMPURKAN TEPUNG GANDUM BERSAMA KELEDEK, SEDIKIT GARAM DAN AIR. jADIKAN DOH
2. AMBIK SEDIKIT DOH DAN DIBULAT2KAN KEMUDIAN DILEPERKAN UNTUK DILETAKKAN SEDIKIT GULA DITENGAH2NYA. KEMUDIAN DITUTUP RAPAT DAN DIGENTEL SECARA BUJUR/LONJONG.
3. GORENG SEHINGGA KEKUNINGAN. ANGKAT DAN SEJUKKAN. JANGAN MAKAN PANAS-PANAS KERANA GULA DI DALAMNYA AKAN MENYEBABKAN LIDAH MENJADI LECUR.




COKLAT BADAM
AKAK CUBA TRY BUAT COKLAT NIII. COKLAT MASAKAN DILETAKKAN DITENGAH2NYA DENGAN BADAM PANGGANG. MASUKKAN DALAM ACUAN. AKAK TRY ACUAN HURUF ABJAD.


YANG NI PULAK COKLAT MASAKAN PERASA STRAWBERRY. AKAK MASUKKAN DALAM ACUAN YANG CANTIK BERUPA IKAN, BUNGA, KERETA, BABY, GITAR DAN MACAM2 BENTUK. yANG NI AKAK JUST CAIRKAN DAN CURAHKAN KE DALAM ACUAN. SIMPLE AJE. SAJA NAK TEST ACUAN TU......CAMANA RUPA JADINYA. LENKALI BOLEHLAH BUAT SPECIAL SIKIT....


LEBIHAN DARI COKLAT TU AKAK GAULKAN DENGAN CORNFLAKE. MASUKKAN DALAM ACUAN KERTAS. KEMUDIAN DICURAHKAN COKLAT PERASA STRAWBERRY DAN DITABUR DENGAN MANIK-MAIK GULA.


TAG.

KHAS BUAT MADIHA. MOGA DAPAT BABY YANG CUTE MIUT.


TO ALL MY FRIENDS,( SAMADA BARU ATAU LAMA, YANG DATANG ZIARAH SINI..) AMBIK TAG NI DAN GANTUNG DI FP MASING-MASING. KENANG DAKU SOKMO2


Saturday, 14-Feb-2009 10:15 Email | Share | | Bookmark
KUIH CARA BERLAUK, JUS SALERI, KETAYAP DAN ROTI JALA BERINTI.

 
 
 
View all 7 photos...
Assalamualaikum buat semua.

Masa begitu pantas berlalu. Sekarang dah masuk pertengahan bulan dua. Akak sekarang ni masih lagi 'busy'. Mesyuarat setiap hari. Bila balik dah tak larat, penat sangat. Jadi macam biasa lah tak dapat nak update fp ni. jeles nengok kawan2 yang sentiasa update dengan menu2 masakan yang mengancam dan teruja sekali. Maaf akak pinta kiranya akak tidak menjenguk dan menitipkan sebarang komen buat fp kawan2. Maaf.

Tahun ini, akak hanya tinggal bersama anak bungsu akak yang darjah 5 dan anak sulong akak yang sedang praktikal. Jadi biasala anak2 akak ni kurang makan. Kalau masak sikit nasi pun tak abis. last2 dibuat nasi goreng besoknya. Hari2 nasi goreng, muak jugak anak2. Jadi akak bagi duit belanja lebih sikit buat anak2. So dapur tak berasap kecuali bila hari minggu, bila berkumpul anak2 yang balik dari asrama. Untuk kali ini akak cuma nak tunjuk menu2 yang minggu2 sudah.... menu biasa aje. Harap2 bila akak tunjukkan ini, kawan2 boleh ingat balik menu yang dah lama tak masak. Hi hi hi hi.


KUIH KETAYAP ATAU BATANG BURUK



Quote:
KUIH CARA BERLAUK SPECIAL
Bahan2
Adunan kuih cara
1 kg tepung gandum
21/2 cawan air
2 biji telur
1 cawan susu tepung
pewarna kuning, secubit garam

Cara
Adun semua menjadi sebati seperti adunan roti jala.

Bahan Inti
daging~ dipotong kecil2
1 sudu besar paprika
1 sudu kecil oregano
2 sudu besar parsley
2 sudu rempah kari terung~boleh dugunakan rempah kari ikan atau daging.
Daun saderi
Daun bawang
sedikit gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan kisar
6 ulas bawang putih
8 biji cili kering
1 labu bawang besar
1/2 inci halia

Cara:
!. Tumis bahan kisar hingga wangi. masukkan paprika, oregano, pasley dan rempah kari terung+ sedikit air. Tumis hingga sikit garing.
2. Masukkan daging, daun saderi, daun bawang, garam dan gula. Kacau rata sehingga daging masak dan kuah kering. angkat dan ketepikan.

Untuk kuih cara.
1. Panaskan acuan dan sapu sedikit minyak dengan menggunakan daun pandan yang dicarik2 halus.
2. Bila adunan cukup panas, sudukan adunan kuih cara ke dalam acuan satu persatu.
3. Isikan dengan inti daging tadi.
4. Tutup seketika. Angkat bila adunan sudah masak.




Quote:
Jus Saleri
Bahan
1 batang saleri
1 biji timun
2 tangkai daun pudina
1 biji oren sunkist~dibuang kulit
gula secukupnya.
air secukupnya
ais krim

Cara:
1. Kisar semua bahan kecuali ais krim sehingga hancur dan sebati
2. Tuangkan ke dalam gelas. Sudukan ais krim ke dalamnya. Siap.



Quote:
ROTI JALA BERINTI
Bahan
Roti jala ( sama nak buat kuih cara )
inti ketayap.~ kelapa muda parut+gula+sikit garam+daun pandan. Masak hingga kering2 basah.

Cara:
1. Isikan inti ke dalam roti jala dan lipat dan gulung. siap.



[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net