Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 17-Mar-2009 10:36 Email | Share | | Bookmark
MIXED HERBS SOUP, ASAM PEDAS KARI DAGING

 
 
 
View all 8 photos...
Salam buat semua.

Selamat bercuti bagi yang diberi cuti pertengahan penggal persekolahan. Hi hi hi hi. Pasti ada agenda tersendiri untuk mengisi cuti kalian bersama keluarga. Akak pun rasanya balik kampung halaman besok, nak cuba drive sendiri kerana hubby sikit busy dengan kerjanya. Penting untuk pulang kg kerana membereskan hal harta pusaka yang belum beres. Doa2kan akak selamat pergi dan balik. Sembang lagi minggu depan.

Sebelum tu akak nak tunjuk menu baru akak. Bagi akak rasanya ok jugak. Menu ni kes tak ade halia untuk dibuat sup. Pagi-pagi sesudah subuh mana nak cari halia. Akak ingat halia masih banyak lagi tapi memang habis. Biasa macam ni sebab hubby masak ari minggu. Terlupa nak bagi tau tak ade halia. So dalam gopoh gapah nak pegi keje tu, datang lah idea. Ape lagi jadilah sup campuran herba ni. Kalau sapa berani cuba lah. Kalu tak berani pandang aje lah sup akak ni. Bagi tekak akak dan anak-anak memang sedap. Wangi aje bau dan rasanya. Jom layaaannnnnnnnn.

Quote:


MIXED HERBS SOUP

BAHAN
6 potongan kecil ayam
paprika( dalam botol)~anggaran 2 kali renjis
oregano~anggaran 2 kali renjis
mixed herbs kering ( dalam botol)~anggaran 2 kali renjis
parsley kering( dalam botol)~anggaran 3 kali renjis
basil kering ( dalam botol )~anggaran 3 kali renjis
2 batang celery~dipotong-potong
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Air secukupnya.

Bahan Hiris
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 hirisan nipis lengkuas~diracik halus pun boleh

Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan hiris, kulit kayu manis, pelaga, bunga cengkih, bunga lawang hingga bangkit bau.
2. Masukkan paprika, oregano, mixed herbs, parsley kering, basil kering, dikacau rata. Bubuh sedikit air dan renehkan sebentar
3) Masukkan potongan celery. Kacau sehingga celery layu.
4) Masukkan air dan biarkan mendidih
5) masukkan ayam, garam dan biarkan sehingga semuanya mesra dan ayam empuk. Angkat dan hidangkan.





Kerepek Labu Manis ni hubby bawak balik, langsung akak tak terfikir ianya labu. Bila dah segenggam masuk mulut baru tahu ia labu. Memang darat betul akak nii. Hi hi hi


Yang ni pulak, adalah oat kisar bersama susu dan sedikit gula. Ni makanan untuk diet akak. Separuh akak letak kat pejabat. Time rasa nak minum akak kacau 2 sudu oat ni dalam air panas.


Ok lah jugak tapi kalau nak bandingkan dengan oat 3 dalam 1 dalam peket tu, tak lah sesedap itu. Tapi bolehlah menahan sikit lapar tu terutama time sibuk sangat, tak sempat nak menyinggah kat kantin. Nanti akak nak tambah kismis atau bijirin yang lain untuk menyedapkan lagi minuman akak tu.



Yang ni pulak masak asam pedas kari daging. Memang sedap bila makan panas-panas dengan nasi panas-panas.

Quote:

ASAM PEDAS KARI DAGING
Bahan
1 kg daging~dihiris setebal 1/2 inci
4 helai daun limau purut
2 sudu makan serbuk kari
2 kuntum bunga kantan
sedikit daun kesom
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
sedikit gula
minyak untuk menumis
air secukupnya

Bahan Kisar
1/4 keping belacan ( belacan Melaka ya!)
7 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering

Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama serbuk kari hingga garing.
2. Masukkan air dan asam keping. Biarkan mendidih.
3. Masukkan daging, daun limau purut, bunga kantan, sedikit gula dan garam. Didihkan sehingga daging empuk. Angkat.



Friday, 13-Mar-2009 07:03 Email | Share | | Bookmark
MENU ULANGAN

 
 
 
View all 6 photos...
Salam semua

Kali ni akak cuma nak tunjuk menu ulangan akak tapi diubahsuai sikit. Edisi malas la niiii. Hi hi hi hi


sup tau miu bersama sosej


sup bayam bersama enoki.


maggi kari. campurkan sikit serbuk kari.

aduussss terliur lah pulak. Maggi ni sebenarnya dah lama masak

Terima kasih buat zai yang jadi first comment. Belum siap lagi zai dah ketuk pintu rumah akak. Ha ha ha.

Kita sambung cerita lahhh. Ingatkan nak habiskan kat situ saje. Tapi tengah2 syok baca komen zai tuu, anak akak yang baru balik asrama cakap lapar. Dek kerana dah terliur dengan maggi ni, akak pun ape lagi, ni yang cepat untuk dimakan. Cuma yang ini tak ade udang, tahu, fishball. Masih cara sama, masukkan 1 sudu rempah kari. Perencah kari maggi tak lupa jugak akak bubuhkan. Jom kita makannnnnnnnn.


Baru angkat, tengah berasap lagi.

kabur pulak diaaa. Layan aje laaaaa.....

>> hidayah>> serbuk kari daging/ayam atau ape2 aje kari boleh kottt. Nak tau kena cuba, betul idak?


Tuesday, 10-Mar-2009 15:15 Email | Share | | Bookmark
KELAS BAKING 3~ROTI CINNAMON ROLL

 
 
 
View all 16 photos...
SALAM KEMBALI

KALI NI AKAK UPDATE FP SAMPAI 3 KALI SEKALI GUS. BUKAN APE NAK KEJAR MASA KOT TAK SEMPAT UPDATE UNTUK HARI-HARI YANG MENDATANG. TAMBAHAN PULAK NAK KOSONGKAN GAMBAR2 YANG ADE DALAM KAMERA TUUU. DIA DAH PENUH MEMBUAK-BUAK DAHHHHH. CUMA AKAK MINTA MAAFLAH SEBAB GAMBAR2 AKAK SEKARANG NI TIDAK MEMUASKAN.

AKAK NAK TUNJUKKAN ROTI CINNAMON TU PULAK. AKAK TAU RAMAI YANG DAH TAU BUAT ROTI NI KAN? KIRA LAYAN JUGAKLAH GAMBAR2 NI YE!


MENCANAI


TABUR MENABUR


MELIPAT DAN MENGGULUNG


MASUK KE DALAM CUP


DIBIARKAN KEMBANG DUA KALI GANDA DALAM OVEN


DAH KEMBANG



SAPU MENYAPU PULAK


DILETAKKAN CHEESE PARUT


DAH MASAK



RESEPI? AKAK RASA BAGI YANG DAH TAHU ASAS MEMBUAT ROTI, DAH BOLEH IKUT DENGAN GAMBAR YANG AKAK LAMPIRKAN INI. NANTILAH BILA ADE MASA TERLUANG AKAK CUBA BUAT, AKAK TEMPEKKAN RESEPINYA OK!

VIDEO ROTI NI NANTI AKAK UPLOADKAN SEBAB BILA UPLOAD MELALUI YOUTUBE, MAKAN MASA LAMA SANGAT. DEKAT 1 JAM LEBIH BARU SELESAI. WAKTU NI SEBENARNYA SEDANG UPLOAD VIDEO TU LAHHH. KATA ORANG SAMBIL MENYELAM SAMBIL MINUM AIR TAPI TAK SIAP-SIAP LAGI. WA HA HA HA HA

SEKARANG DAH ADE............BOLEH KLIK SEKARANG


Tuesday, 10-Mar-2009 14:32 Email | Share | | Bookmark
KELAS BAKING 2

 
 
 
View all 14 photos...
SALAM KEMBALI

KLIK VIDEO UNTUK LIHAT DECO KEK KEJU MASAM MANIS.


TENGOK GAMBARNYA PULAK.


MEMADATKAN BISKUT HANCUR


WATER BATH


SIAP MASAK


MEMBUAT SOS ASAM MANIS


MENCURAHKAN SOS KE ATAS KEK




SIAP UNTUK DISIMPAN DALAM PETI SEJUK SELAMA 1 MALAM


NI LAH RUPA KEK TU


DECO PULAK LAH


SIMPLE AJE. KALAU AKAK MESTI BERPELUH2 NAK SIAPKAN NI. MESTI NAK DECO KEK TU BIAR LICINNNNN CANTIK.


BERANI TAK BELI DENGAN HARGA RM75.00?


Tuesday, 10-Mar-2009 13:23 Email | Share | | Bookmark
KELAS BAKING

 
 
 
View all 8 photos...
SALAM MAULIDURRASUL BUAT SEMUA. SERING2 BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

HARI AHAD YANG LEPAS SEMPAT MENGHADIRKAN DIRI DI KELAS BAKING MEMBAKING. DAH LAMA SEBANARNYA TERINGIN NAK JOIN TAPI TAK BERKESEMPATAN. JADI KEBETULAN PULAK ARI ISNIN CUTI, ADE LAH RUANG UNTUK HARI AHAD TIMBA SIKIT ILMU SEBAB BIASANYA ARI TU MEMANG SIBUK MENGHANTAR ANAK-ANAK BALIK KE ASRAMA. SO MEMANG TAK BERKESEMPATAN LA NAK JOIN.


HA NI DIA TENAGA PENGAJAR TU BERSAMA DENGAN PEMBANTUNYA.

OPPPSSS SORRY KEDUA2 GAMBAR, MATANYA TERPEJAM PULAKKK


KIRANYA RAMAI JUGAK YANG JOIN. SAMA DENGAN AKAK LEBIH KURANG 21 ORANG. BAYARAN RM 40.00 SAHAJA. KIRA MURAH LAH. CUMA TAK ADA HANDS ON. PANDANG APE YANG DORANG BUAT. TU AJE. LEPAS TU BAWAK BEKAL SIKIT SORANG. ADE TIGA JENIS YANG KITA ORANG BELAJAR ARI TU, ROTI CINNAMON ROLL, CHEESE CAKE MASAM MANIS DAN CUP KEK KUKUS SULTANA. YANG TERINGIN SANGAT NAK BELAJAR TU IALAH CARA BUAT ROTI DAN CHEESE CAKE TU. OK LAH JUGAK. DAPAT JUGAK SIKIT SEBANYAK ILMU UNTUK BUAT KEDUA JENIS BAKING TU. CUMA YANG TERKILANNYA AKAK TAK SEMPAT NENGOK MASA DIA ULI ROTI TU MENJADI DOH. HUA HUA HUA. TENGOKLAH GAMBAR2 MASA AKAK KAT KELAS TUU..JOM LAYANNNNNNNN........


NI YE PUAN2 MACAMANA KITA BUNGKUS LOYANG DENGAN ALUMINIUM.


BEGITU KHUSYUK MENDENGAR DAN MEMERHATI. RAKAN YANG PREGNANT TU BEGITU BERSEMANGAT SEKALI. BILA DITANYA DUENYA BILA, DIA CAKAP DAH CUKUP MASA, TUNGGU ANAK NI LAHIR AJE. NASIB BAIK TAK BERSALIN KAT SITU. KALAU TIDAK TERPAKSALAH KITA ORANG JADI BIDANNYA. CUBA BAYANGKAN.........


TENGOK RAKAN KITA TU, SIAP MASUKKAN JARI DALAM MULUTNYA. YUMMMY YUMMY.


NI DIA CARA PEMBIKINAN ROTI TUUU.

LIHAT ENTRY STERUSNYA.


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net