Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 16-Nov-2010 02:50 Email | Share | | Bookmark
SALAM AIDUL ADHA

 
Salam Buat semua

Akak mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha. Sedih kerana tidak dapat menyambut bersama keluarga di Kelantan. Akak cuma cuti pada hari raya haji itu saja. Hari Khamis dah mula bekerja semula. Maklumlah di akhir tahun ini banyak tugas yang perlu diselesaikan sebagai persediaan untuk tahun baru 2011.

Maaf dipinta sekiranya ade yg terguris perasaan dan terasa hati bila berbicara.



Monday, 8-Nov-2010 06:51 Email | Share | | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 58

 
 
 
View all 4 photos...
Salam Semua.

Cukup seronok bila akak buka email, akak dapat info tentang beri Acai ni. Mula tahu berkenaan Beri Acai ni bila akak minum Jus Manggostin di mana di dalam kandungan jus tersebut ada beri acai. Kita lihat sama-sama ape khasiat beri Acai ni.

Beri Acai (Acai Berry) Sumber: BawangGoreng/http://laman-seri.blogspot.com




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Namanya yang pelik, mengingatkan saya kepada salah seorang sahabat EnSyuJin yang dipanggilnya 'Acai'. Saya belum pernah melihat buah beri acai ini dan agak kagum dengan khasiatnya. Sebetulnya, entry kali ini adalah request seorang pengunjung belog (zaza). Semoga bermanafaat untuk tatapan semua.

Beri acai atau nama botaninya euterpe oleracea adalah sejenis buah yang kini mendapat perhatian ramai berikutan khasiatnya terhadap kesihatan tubuh manusia. Buah beri acai dikatakan berasal dari hutan hujan Amazon. Sebenarnya, buah beri acai ini telah digunakan selama beribu tahun lalu, tetapi ia hanya diperkenalkan pada masyarakat Barat pada tahun 1990. Lapan spesis asli buah beri acai berasal dari Amerika Tengah dan Selatan, iaitu dari Belize selatan ke Brazil dan Peru. Pokok beri acai tumbuh terutamanya di paya dan dataran banjir. Pokok beri acai agak tinggi, mempunyai batang yang kurus dan ramping. Ia mampu tumbuh hingga mencecah 15-30 meter, dengan daun menyirip (pinnate) dan boleh mencapai 3 meter panjang.


Masyarakat yang menghuni hutan Amazon menggunakan beri acai untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Malah, ada yang menggelar buah beri acai sebagai permata rahsia dari hutan hujan Amazon. Buah beri acai diperoleh dari pohon palma. Buahnya berada dalam kelompok dan bergantungan pada dahan-dahan pohon ini. Setiap pohon palma menghasilkan kira-kira 20 kilogram buah yang dihasilkan setiap tahun. Buah beri acai dihasilkan dalam malai bercabang daripada 500-900 buah.

Buah beri acai kecil kira-kira 1 inch (25 mm), berbentuk bulat, berwarna ungu kehitaman di keliling, hampir sama tetapi lebih kecil daripada anggur dan dengan pulp kurang dan bijinya lebih besar daripada biji anggur. Buah ini memiliki biji tunggal yang besar sekitar 0.25-0.40 inci (7-10 mm) diameter. Buah matang adalah warna ungu, atau hijau, bergantung pada jenis Acai dan tahap kematangannya. Kulit buah ini lembik dan tipis, dengan ketebalan konsisten 1 mm atau kurang. Ini mengelilingi isi buah tebal dan keras, yang mengandungi biji yang agak besar, sekitar 80% dari buah.


Beri acai yang dipetik


Melalui kajian yang telah dilakukan oleh pengamal perubatan professional di Amerika Syarikat, buah beri acai dikatakan mengandungi pelbagai zat seperti besi, kalsium, karbohidrat, serat dan antioksidan. Buahnya turut mengandungi vitamin dan mineral yang penting termasuklah vitamin B, E, asid lemak (fatty acid) Omega 3, Omega 6 dan Omega 9.

Buah beri acai yang telah dijadikan jus dikatakan mempunyai protein lebih daripada telur. Protein adalah sumber utama dan merupakan komponen penting bagi hormon dan kebanyakan tisu tubuh termasuklah organ dan otot-otot. Protein juga membantu pembentukan lapisan luar rambut, kuku dan kulit.

Jus buah beri acai mengandungi glukosamin. Sebatian ini mampu membantu menguatkan tubuh dan mengekalkan tisu tubuh. Kalsium yang dimiliki oleh buah beri acai boleh menguatkan tulang, mencegah keretakan dan mencegah kehilangan tisu tulang. Zat ini sesungguhnya amat penting bagi wanita yang mengalami masalah sakit haid melampau, kerana ia melindungi lapisan perut dan rahim, sekaligus membantu mengurangkan sakit akibat kekejangan dan pembengkakan.

Mampu beri perlindungan pada jantung

Antioksidan yang dikenali sebagai polifenol yang terkandung dalam jus buah beri acai dikatakan amat baik untuk melindungi jantung dan memperbaiki penghasilan oksida nitrik dalam sel-sel endothelial. Oksida nitrik dikatakan membantu melindungi saluran darah untuk lebih mengendur dan mengembang, sekaligus mengurangkan tekanan pada jantung dan mengurangkan risiko saluran darah tersekat.

Selain itu buah beri acai juga kaya dengan asid lemak perlu (EFA) yang dikatakan mampu mengurangkan kolesterol tidak baik yang bahaya untuk kesihatan. Anthocyanin dalam buah beri acai boleh melindungi saluran darah yang kecil dan besar termasuk vena, arteri dan kapilari. Indek glisemik rendah yang diberikan buah beri acai mampu memperbaiki tahap glukos dan lipid pesakit diabetes.

Beri tenaga

Antioksidan dalam buah beri acai amat baik untuk kulit. Antocianin dan fitosterol di dalam buah beri acai ini boleh mengurangkan hakisan lapisan perlindungan kulit dan melindungi tisu-tisu penyambung termasuklah kolagen. Bagi mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit, amat sesuai mengambil buah beri acai dalam pemakanan harian.

Zat dalam buah beri acai juga dikatakan mampu merangsang pertahanan semulajadi tubuh dalam menguatkan sistem imun. Ia juga dikatakan mampu mencegah pengoksidaan, salah satu daripada penyebab utama kelemahan sistem imun dan juga mengurangkan kekerapan penyakit berjangkit.

Buah beri acai mengandungi kandungan lemak yang terdiri daripada asid oleik (56.2% dari jumlah keseluruhan lemak), asid palmitic (24.1%), dan asid linoleik (12.5%). Acai juga mengandungi beta-sitosterol (78-91% dari jumlah keseluruhan sterol). Kandungan minyak dalam buah beri acai mengandungi polifenol seperti oligomer procyanidin dan asid vanillic, asid syringic, asid p-hidroksibenzoik, asid protocatechuic dan asid ferulat, walau bagaimanapun ia menurunkan secara mendadak semasa simpanan atau terdedah kepada suhu panas.



Menurut kajian, serbuk beku-kering beri acai terbukti mempunyai kesan ringan penyekatan atau penghalangan kepada enzim siklooksigenase COX-1 dan COX-2. Ekstrak polifernol dari buah beri dilaporkan mampu untuk mengurangkan anti-pembesaran sel leukemia. Kesan anti-pembesaran ini juga terdapat dalam minyak yang diekstrak dari pulp beri acai.

Dalam kajian terhadap tikus yang diberi diet kolesterol tinggi, makan tambahan dengan pulpa kering buah acai mengurangkan tahap lipoprotein kolesterol dan aktiviti superoksida dismutase dalam darah. Beri acai yang dimakan secara mentah telah diuji sebagai laksatif untuk sistem pencernaan. Ia juga boleh digunakan sebagai pewarna makanan alami.



Jus beri acai


Jus buah beri acai juga dikatakan kaya dengan campuran asid amino perlu dan mineral yang amat baik untuk kekuatan dan penyembuhan selepas aktiviti yang memberi tekanan pada otot. Dengan meminum jus buah beri acai juga dikatakan mampu memberi tenaga selepas melakukan aktiviti senaman dan kerja-kerja seharian. Beta karotena dan vitamin C dalam jus buah beri acai dikatakan mampu memberi zat dalam melindungi kesihatan mata dan mengurangkan komplikasi penyakit kemerosotan makular pesakit diabetes.



Perbandingan beri acai dengan buah-buahan yang lain


Membantu menurunkan berat badan

Buah beri acai dikatakan mampu mengurangkan proses penuaan dan membantu pemulihan sel kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Selain daripada itu, ia dikatakan boleh membantu penurunan berat badan. Agen pengurangan berat badan yang terdapat dalam buah beri acai dikatakan dapat meningkatkan tahap metabolisme yang mampu menyebabkan penurunan berat badan. Hal ini terjadi kerana buah beri acai mengandungi antioksidan (zat yang mencegah tekanan oksidatif dan kerosakan sel) yang sangat besar jumlahnya. Antioksidan membolehkan proses pemecahan lemak berlaku dengan lebih cepat, meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan keletihan. Gabungan kesan ini membuat proses menurunkan berat badan menjadi lebih cepat dan mudah tanpa kesan sampingan yang biasanya berkaitan dengan bahan kimia sintetik. Banyak kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan diet yang tinggi kandungan antioksidan adalah kunci untuk penurunan berat badan.

Berikut disenaraikan beberapa manfaat buah beri acai :

penurunan berat badan
peningkatan tenaga
pencernaan yang baik
peningkatan kualiti tidur
peningkatan kesihatan mental
sistem imunisasi (kekebalan) yang lebih kuat
memelihara kesihatan kulit (lebih sihat)
awet muda
manfaat detoksifikasi
membaiki peredaran darah
memelihara kesihatan jantung
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan buah beri acai, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.


Tuesday, 21-Sep-2010 11:32 Email | Share | | Bookmark
DEMO MASAK

 
 
 
View all 8 photos...
Salam Buat semua.

Demo ni sebenarnya dah lama. Cuma baru sekarang dapat upload. Layan jer la..Masak spagheti. Ringkas tapi sedap.


Chef dari Kolej PTPL

Sempena minggu Anti Dadah peringkat sekolah











Nak resepi klik la video yg akak ambik ni. Abaikan visual yg tk berapa elok tu. Maklum tangan akak tk berapa kuat. Kebas2. Yg penting ambik resepinya tu..........


Friday, 20-Aug-2010 05:44 Email | Share | | Bookmark
GULAI AYAM ALA WARUNG JIE JIE

 
Salam buat semua.
Cukup lama tidak masukkan resepi di sini. So kali ini akak nak masukkan resepi gulai ayam ala warung. Akak dapat resepi ni dari tuan empunya kedai nasi di Kubang Kerian Kelantan, tempat yang selalu akak beli sarapan pagi. Gulai ayamnya memang akak tak miss. Sedap betul. Tapi tuan kedai tu cuma cakap dua bahan saja iaitu rempah kari + rempah kerutup. Jadi berbekalkan dua bahan tersebut akak pun mulalah buat eksperimen. Alhamdulillah dapatlah lepaskan rindu nak makan gulai ni kerana rasanya seakan gulai tuan kedai tu. Cukup puas hati........

GULAI AYAM ALA WARUNG JIE JIE


Bahan
Ayam dipotong dan dibersihkan
2 biji terung- dipotong
2 biji ubi kentang- dipotong dadu
santan dari 1 biji kelapa
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit gula
3 biji pelaga
1 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 paket rempah kari
3 sudu rempah kerutup
1 keping asam gelugur


Bahan kisar
9 ulas bawang putih
9 ulas bawang merah
2 inci halia
1 inci lengkuas
7 biji cili kering


Cara
1. Tumis bunga lawang, cengkih,kayu manis dan pelaga seketika. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga sebati dengan minyak.
2. Masukkan serbuk kari dan kerutup yang sudah dicampur dengan air. Tumis hingga garing. Kecilkan api.
3. Masukkan ayam, ubi kentang dan gaul hingga rata. Tutup periuk seketika sehingga ayam separuh masak.
4. Masukkan santan, asam jawa dan kacau rata. Besarkan api. Masak hingga mendidih
5. Masukkan terung dan garam serta sedikit gula. Biarkan mendidih seketika.
6. Kemudian kecilkan api untuk selama 5 minit supaya semua bahan dan ayam sebati.
7. Angkat dan hidangkan.


Thursday, 12-Aug-2010 06:18 Email | Share | | Bookmark
TAYANG JANGAN TAK TAYANG

 
 
 
View all 6 photos...
Salam buat semua.

Alhamdulillah kita sudah dua hari berpuasa. Biasanya yang cukup teruja ialah bila masuk hari keempat dan kelima berpuasa. Selepas itu perut kita dah biasa dah tak rasa macam puasa lagi.

Kali ni akak cuma nak tayangkan saja. Manalah tau kot2 bila tengok tayangan ni dapat idea untuk buat berbuka. Masakan akak memang simple. Lebih banyak berasaskan air. Bukannya apa kena jaga badan dan kesihatan bila dah tua ni. Kui kui kui.. nasi pun dah tak boleh makan banyak..kalau boleh seciput jer, lebihkan makan sayur dan buah2an. Cakap ajer pandai tapi time ade ulam, budu, ikan bakar dan sambal laju jer makan dah hingat dunia..menambah2 pulak tu.. macamana nak turunkan kandungan lemak dalam badan..


Masakan faveret. Mesti buat sup sayur/sayur campur canggini.



Ini gulai tulang ikan Talang kering campur dengan belimbing jeruk. Menambah2 jugak makan nasi.


Ini kek coklat. Atasnya dilapis dengan coklat putih dan ditabur dengan hirisan badam. Nak ringkas, guna hiasan bunga yang dah siap.


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net