|
|
| Thursday, 4-Jun-2009 18:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
LIDAH LEMBU CICAH
|
|
Salam Buat Semua
Dalam minggu ni menu hidangan akak asyik daging aje. Dah makin tembam badan ni..bila timbang naik pulak 1 kg. Hu hu hu. Nak elak makan daging, hanya itu lauk yang ade. Ye tak iye masak aje lahhhh. Masak kari lah, goreng lah, bakarlah, masak asam lah..ehemm macam2 lah, sib baik anak2 tak komplen. Bukannya tak nak beli ikan ke ayam ke tapi rasanya kot membazir pulak. Waktu akak balik dari kelantan ari tu, akak singgah di gerai orang jual daging di Macang kalau akak tak silap lah..bila akak tanya penjual daging tu berapa 1 kg daging, dia cakap RM16. Wau murah betul..masih harga lama tu. Jadi akak belilah 3 kg dan 1 lidah lembu. Tu lah sebabnya asyik daging je jadi menu.
cerita fasal lidah lembu ni, ia memang faveret akak dan keluarga. Tapi ade orang tak suka kan? Akak lebih suka lidah lembu dibuat cicah. Tapi ade dulu hubby buat goreng. Sedap jugak. Tapi akak lebih prefer lidah lembu cicah. Jom layaaaannnnnnn.
| Quote: | LIDAH LEMBU CICAH
Bahan:
1 ketul lidah lembu~dibersihkan
5 ulas bawang putih~dimayang
1 inci halia~dihiris
Air secukupnya
sedikit garam
Cara:
1. Di dalam periuk, satukan lidah lembu bersama bahan tadi. Masak sehingga lidah empuk.
2. Tambahkan air jika sekiranya lidah belum empuk. Bila sudah empuk, angkat dan kupas atau hiris kulit luarnya.
3. Hiris lidah nipis-nipis sehingga habis. Sudah bersedia untuk cicah.
Bahan Cicah
1 ulas bawang merah yang besar ( skrg ni ade bawang merah tapi besar )
4 ulas bawang putih
8 biji cili api, kalau nak pedas boleh tambah lagi
2 batang serai
2 biji limau nipis~ambil jusnya saja
sedikit air rebusan lidah
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Cara:
1. Bakar kesemua bawang sehingga layu.( bermakna kult bawang dah hitam ) bersihkan.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, cili api dan serai sehingga lumat
3. Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan air rebusan lidah, jus limau nipis, garam dan gula. Kacau sebati.
4. Siap untuk dicicahhhhhhh... |
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Jun-2009 00:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KARI HITAM DAGING
|
|
Salam Buat Semua
Masih mood daging. Nak habiskan daging dalam simpanan. Ingat akak nak masak kari yang biasa akak masak. Tapi bila tengok 1 bahan tak ade, iaitu lengkuas ( malas nak pegi korek...jenis manja..biasa hubby yang tolong korekkan lengkuas untuk akak..hihihihi )Jadi mulalah daku membuat eksperimen acu cuba try test sedap ke tak sedap...( bolehlah buat bila hubby tak ade..hihihihi )so yang paling senang akak gantikan lengkuas dengan serai......apa jadik ye! Tengah elok masak, dok fikir pulak, kalaulah akak masukkan kicap dengan kerisik ( cadang beli kerisik nak buat rendang~datang malas pulak..)ape jadikkk....ahh tawakkal aje lahhh...ahakk. Tengok gambarnya bagaimana agaknya??????? Jom layan resepinyerrrr........
FP MASIH MOGOK.
| Quote: | KARI HITAM DAGING
Bahan
1 kg daging
1/2 cawan kicap pekat
1 paket rempah kari ( akak guna raja kari faizah )
2 sudu kerisik
1 paket santan pekat
1 keping asam keping
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
1 sudu serbuk kunyit
sedikit air
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Bahan Kisar
7 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
10 biji cili kering
3 batang serai
Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, rempah kari+ sedikit air, serbuk kunyit dan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan sedikit air, asam keping, garam dan daging yang dihiris nipis. Kacau sebati sehingga daging separuh masak. ( biasa akak buat sampai naik minyak, tapi kali ini akak tak tunggu lama )
3. Masukkan air sekali lagi sehingga menenggelamkan daging. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan santan pekat, kacau dan biarkan daging empuk
5. Masukkan kicap, gula dan kerisik. Kacau biar sebati. Kecilkan api dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat.
6. Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi atau roti |
Sengaja akak tak buang lemak. Bila makan baru akak buang.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 2-Jun-2009 00:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Simple Chocolate Cupcakes 2
|
|
Salam kembali
Dek kerana sedap sangat dan senang sangat membuat cupcake dari Mak Lang Azie ni, jadi akak buat lagi sekali. Kali ini akak letakkan coklat masakan putih bersama slices of haw ( kepingan masam manis)dan kismis. So rasanya jadi berlainan sekali. Sama lah jugak bila akak deco guna buah strawberry tempoh hari.Cukup sedaaaapppppppppp.
Akceli masa buat cupcake ni, tak terlintas pun nak deco dan letak benda2 ni. Tapi bila selongkar dalam almari, ade lah masam manis ni ( lebihan buat ciskek asam manis: itu pun dah patah sikit, sikit kismis ( tu pun tak sama saiz, panjang pendek ) dan ade lebihan coklat masakan putih. ape lagi mula lah akak taram.....acu cuba try test, ape rasanya???. Sedaplahhhh
Akak deco tak cantik, mungkin adik2 boleh deco lagi cantik daripada niii.
FP dah mula buat perangaiiiiiiiiii.......upload gambar tak keluar2...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 30-May-2009 11:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KUIH KOSU DAN MASAKAN SIHIR
|
|
Salam buat semua.
Waktu balik dari kampung ari tu, selain dari bawak balik nasi tumpang, ade jugak akak bawa balik gulai ayam kampung, jeruk maman dan jeruk bawang putih. Baru pagi tadi akak buka dan makan. Gulai ayam kampug tu akak simpan dalam freezer, duk beku 1 minggu. Akak panaskan semula dan jadilah lauk untuk sarapan akak sekeluarga. Kitaorang sarapan dengan nasi. Jeruk maman pun masih ok sebab akak simpan dalam peti ais. Jeruk bawang putih memang tahan lama. Berbulan boleh simpan tanpa masukkan dalam peti ais. Jeruk bawang putih hanya akak yang makan. Dia orang ni bila jarang2 sekali makan, dah tak nak. Biasa macam tu. Tapi bila makanan tu dah dekat penghujung baru berebut nak makan. Sabau je lahhhhhhh. Lauk tambahan yang lain, ikan kering digoreng garing~ pun dibawa dari kelantan.....
JERUK MAMAN
JERUK BAWANG PUTIH
GULAI AYAM KAMPUNG
Mungkin adik2 tertanya-tanya kenapa akak letak tajuk masakan sihir. Takut jugak bunyinya tu. Dan mesti tak berani nak makan. Bukannya ape...biasanya kalau panaskan lauk yang dah siap dimasak dan disimpan lama, itu namanya sihir~sekelip mata dah siap tak perlu sediakan bahan2 pelbagai... satu lagi ialah bila menggunakan perencah yang dah siap.Cuma masukkan lauk.Macam akak buat ni...asam pedas daging. Kita panggil juga masakan menyamar bila lauk yang dikehendaki ditukarkan dengan yang lain. Tengok ape yang akak buat niiii.....
ASAM PEDAS DAGING
Sumber: kak jie jie
1 kg daging~dipotng kecil
1 paket kuah asam pedas ikan yang dah siap ( boleh didapati di pasaraya )
sedikit minyak
air secukupnya
1 keping asam keping
Cara:
1. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, tumis kuah asam pedas sehngga bangkit bau
2. Masukkan air secukupnya bersama asam keping. Biarkan mendidih
3. Masukkan daging dan didihkan sehingga daging empuk
4. Rasai garamnya, jika tawar masukkan garam secukupnya ( kuah yang ready made ni sedia ade garam) angkat.
Boleh tahan juga rasanya. Akceli ikan dah kehabisan stok, jadi akak gantikan dengan daging.....eksperimen lagi ni sebenarnyaaaaaa...
Cerita pasal kuih kosu ni, sebenarnya dah lama buat dan dah banyak kali membuatnya. Tapi dek kerana terlupa sukatannya jadi peram lah dulu.....petang tadi cuba2 buat sekali lagi. Ikut agak2 aje. okla nampaknya menjadi jugak. Kalau yang pertama akak guna tepung beras aje,jadi yang ini akak masukkan tepung jagung. Rasanya ok lah bagi akak.
KUIH KOSU
Bahan
A
1 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung jagung
1 cawan air
1 sudu besar esen vanila
secubit garam
pewarna ikut suka
B
2 cawan air mendidih
1 cawan gula. Kalau tak nak manis kurangkan gula
Topping
kelapa parut,seeloknya yang muda
sedikit garam
Cara:
1. Panaskan pengukus. Masukkan daun pandan ke dalam air pengukus
2. Satukan semua bahan A kecuali pewarna dan kacau biar sebati. Ketepikan
3. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan B dan kacau sehingga gula hancur
4. Bahagikan kepada 3 bekas. Masukkan pewarna yang disukai bagi setiap bekas.
5. Tuangkan ke dalam acuan. Kukus anggaran 15 minit atau sehingga kuih berlubang dan berkilat.
5. Biarkan sejuk baru keluarkan dari adunan. Letakkan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam di dalam lubangnya. Siap untuk dihidangkan
Akak ambik resepi ni dari mak mertua. Dia cuma cakap cara membuatnya tanpa memberi sukatan. Cuma dia mengatakan adunan tepung beras sekadar melekat nipis saja pada senduk. Kalau nampak tebal disenduk bermakna kuih akan keras. Kena masukkan air untuk nipiskan dia. Alhamdulillah bila pertama kali buat, menjadi pulakkkk.......Terima kasih Mek.
Adik2 tolong doakan agar Mek dan Mak akak sembuh dari penyakit yang diidapi mereka. Mek dimasukkan ke Hospital pada hari Khamis bersamaan 28 Mei 2009 kerana penyakit lelah dan batuk yang berterusan beberapa bulan yang lepas. Doktor mengesahkan paru-paru Mek berair dan Jantungnya sedikit bengkak. Untuk hari ini keadaan Mek stabil. Mak akak pulak masih seperti itu jugak~terbaring, tak boleh bercakap, lumpuh sebelah badan bahagian kiri. Makan masih lagi ikut tiub...
Akak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada adik2 yang telah mendoakan kesejahteraan mak di N3 yang lalu. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Didoakan semoga anda semua diberi kesihatan yang baik oleh Allah S.W. T. Amin
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 28-May-2009 13:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
NASI TUMPANG, TEPUNG SUNA DAN JUS TIMUN BETIK
|
|
Salam buat semua
Balik kelantan ari tu,semasa menjaga mak di hospital, akak singgah sekejap untuk membeli sarapan sekali gus untuk makan tengahari di Kubang Kerian dekat tangki air besar. Selalu bila balik kelantan akak mesti singgah sini. Akak cukup gemar dengan nasi berlauk ayam kampung. Cara masaknya seakan-akan masakan itik. Macam2 kuih dan nasi ade dijual di situ. Antaranya nasi himpit dengan kuah dan sambal, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang dan nasi tumpang. Kuih pulak, seperti kuih suna, tepung cucur,tu semua kegemaran akak. Macam2 kuih yang ade. Duit je tak ade. Kalau tidak akak borong habis. Akak tak jemu2 makan nasi tumpang dan TEPUNG suna.
tepung suna. Yang ni tak berapa sedap sebab semua ditaruk gula. Yang biasa tu lapis gula melaka (warna coklat dan diatas warna putih~lagi sedap )
Sampaikan waktu nak bertolak ke melaka, sempat akak beli nasi berlauk ayam kampung, nasi tumpang dan kuih2 macam kuih suna dan tepung cucur. Memang tak jemu makan. Sampaikan badan dah tembam semulaaaa. ( satu yang akak tahu pasal diri akak, akak tak boleh risau dan kurang tidor, mulalah rasa lapar semacam, bila makan tak reti pulak kenyang. Tu la diaaa...dah naik 2 kilo. Hu hu hu hu
nasi tumpang, sampai kat melaka pun belum basi lagiii.
| Quote: | JUS TIMUN BETIK DAN MANGGA/BACANG
BAHAN
3 HIRISAN TIMUN BETIK
2 HIRISAN BUAH BACANG/QUININ/MANGGA
GULA SECUKUPNYA
SUSU
AIS
CARA
BLEND KESEMUANYA KECUALI AIS. MASUKKAN KE DALAM GELAS DAN MASUKKAN AIS. SEDIA UNTUK DIMINUM. KALAU NAK JADIKAN AIS BLENDED, BLENDKAN KESEMUANYA SEKALI.
|
NAK TAHU APE ITU TIMUN BETIK KLIK BOLG AKAK NI: http://acucubatrytestresepiku.blogspot.com/
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 21-May-2009 15:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KEK SAMBUTAN HARI GURU
|
|
Salam Buat Semua
Pertama sekali akak ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas doa adik2 akak dan rakan2 untuk kesejahteraan mak akak. Moga dengan doa itu mak akak akan pulih dari sakitnya. Amin. Perkembangan terbaru mak, mak sudah boleh gerakkan sikit tangan kirinya. Alhamdulillah. Besok akak akan bertolak balik ke kelantan untuk menjenguk mak. Doakan perjalanan akak pergi dan balik selamat.
Kali ini akak cuma nak tunjuk kek sambutan hari guru tempuh hari. Kami dapat kek sumbangan dari Bank Rakyat pada sambutan kali ini. Sebelum ni enggak ada. Terima kasih. Kek yang kedua, kek beli kat kedai ajeee. Saja nak meriahkan lagi sambutan hari guru di samping meraikan kelahiran guru jan-april..ala kadar aje kita orang buat tahun ini. Jom layaaan
di tengahnya ade sikit filling blueberry
Saje letakkan gambar bunga ni banyak2. suka tengok.cantik.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 15-May-2009 12:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MAK, KAU LAH RATU HATIKU
|
|
Salam buat semua
Sudah sekian lama akak tidak update fp mau pun blog akak. Sebenarnya akak tidak ade kesempatan untuk berbuat demikian. Ini kerana akak masih dalam kesedihan dan keriasuan. Sekarang fikiran akak bercelaru memikirkan antara kerja akak dengan apa yang dihadapi oleh mak. Sekarang ni akak mengalami masalah yang cukup sukar. Kerja perlu diteruskan sementara mak perlu diberi jagaan rapi. Mak sebenarnya mengalami Rt CVA,ASP PNEUMONIA, RENAL IMPAIRMENT. Mak sudah lumpuh separuh badan bahagian kiri, tidak boleh bercakap dan tidak sedarkan diri. Cuma sesekali dia membuka mata bila kita kejutkan dia untuk beberapa saat kemudian dia akan memejamkan mata dan tidur semula.
walaupun mak dalam keadaan tidak sedar tapi tangannya tetap memegang dan mengira tasbih sementara mulutnya kumat kamit seolah-olah membaca zikir harian yang sentiasa diamalkan.
First kejadian, mak jatuh sewaktu bangun nak basuh tangan selepas makan laksam yang kakak no 2 buat. Tangan kirinya menjadi kejang. kejadian tu berlaku pada hari khamis. Jumaat waktu cuti buruh mak dimasukkan ke hospital jeli dan tak sedarkan diri pada jam 4.00 pagi sabtu. Akak bergegas balik dan mak dibawa ke hospital Kota Bharu untuk di x ray. Kebetulan akak sampai jam 3.00 ptg, akak dapati mak ditolak masuk ke wad puteri. Setelah lebih kurang 4 hari mak di wad, mak boleh membuka mata. Nampak macam dia sedar kerana bila akak kenalkan dengan cucunya dan adik beradik yang lain, dia anggukkan kepala. Bila akak suruh dia angkatkan kaki, dia angkat kaki kanan. Tapi kaki kiri memang tak boleh angkat, waktu tu cuma boleh bengkokkan aje. Pada rabu 6.5.2009, mak sudah boleh bergurau dengan akak. Tangan kanannya menolak dagu akak, akak buat lawak sikit, melayan kerenahnya, dia gelak2 sehingga keluar suaranya. Akak cukup gembira sebab mak sudah sedar. Akak ambik gambar mak dan tunjukkan pada mak. Dia tunjuk kat skrin kamera bahagian hiudungnya yang ada tiub makanan mak. Kemudian dia sentuh hidungnya. akak cukup gembira kerana mak sudah ade perkembangan. Tapi akak rasa pelik bila ketawa mak melampau2 tidak semacam dia sihat dulu. Nak dengar dia ketawa berdekah2 memang sukar kerana dia berpegang prinsip tidak boleh ketawa kuat, ketawa kuat itu adalah ketawa syaitan. akak pun sering kena marah bila akak ketawa. Mak juga bergurau dengan nurse yang merawatnya.
Bila doktor lihat perkembangan mak semakin baik, doktor benarkan mak pulang. Hari khamis jam 9.30mlm, mak dibawa pulang. Mak seperti biasa dan akak cuba dudukkan mak, kali pertama mak duduk, dia agak goyang tapi bila kali kedua mak duduk, sudah tegak macam biasa. Mak dah boleh urut kaki kanannya yang lenguh. Kami sekeluarga cukup gembira. Tapi pada jumaat malam jam 9.30mlm, waktu tu akak nak pulang ke melaka, belum pun puas mencium mak, mak dah tak sedar kali kedua. Niat akak untuk balik melaka terpaksa dibatalkan. Besoknya mak dimasukkan ke hospital USM Kubang Kerian untuk rawatan lanjut. Akak pilih hospital tersebut sebab berdekatan dengan rumah akak.
Petang tadi, mak dah dibawa pulang ke rumah abang atas arahan doktor. Mak masih seperti biasa, tiada perubahan pada diri mak, mak masih lumpuh dan terbaring tidur tidak sedarkan diri. Mak, kaulah segala-galanya bagi diriku, kau ratu segala ratu, yang tak ade orang lain yang boleh menggantikan tempat mak. Saya sentiasa berdoa pada Ilahi, agar mak antara orang yang dikehendaki oleh Allah, ditempatkan bersama orang-orang soleh dan solehah dan semoga mak sentiasa dirahmati oleh Allah. Saya juga doakan mak agar mak dapat sembuh macam biasa. Dapat tinggal bersama saya di Melaka macam dulu. Kuatkan semangat mak agar mak cepat sembuh. Insya Allah.
AKAK MENGAMBIL KESEMPATAN DI SINI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU BAGI SEMUA YANG BERGELAR IBU DAN GURU. MOGA SETIAP PEKERJAAN YANG KITA LAKUKAN IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH. MOGA KITA SENTIASA BERADA DEKAT DENGAN ALLAH. AMIN
UNTUK RENUNGAN BERSAMA~ AKAK COPY DARI BULETIN YANG DIKRIMKAN OLEH SEORANG KAWAN. tq
| Quote: | Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku...... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku... .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut..... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma..... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang... aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak Yang selalu berleter kat aku... mak Yang selalu puji aku.... mak Yang selalu nasihat aku..... mak Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan ³Selamat Hari Ibu²
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-May-2009 04:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BUNGA DRAGON FRUIT KU
|
|
Salam Buat semua
Cukup seronok bila pertama pokok dragon fruit akak mengeluarkan bunganya. Cantik betul bunganya dan besar. Punyalah teruja nak tengok macamana dia kembang, akak duduk kat situ memerhatikan perkembangannya dari Maghrib sehinggalah dia betul2 kembang jam 12 tengahmalam.Ade jugak selang seli dengan menonton perlawanan bola sepak antara Kelantan dengan Selangor secara live malam tu... Bunganya memang kembang malam. Bila dah pagi dia dah kuncupppp dan terkulai untuk beberapa hari. Tapi akak tengok nampaknya tak menjadi lagi lah buahnya Sebab ari ni akak tengok putihnya dah beransur kuning...tanda nak gugur lah tuuu. Nampaknya tak dapat lagi lah merasa buah dragon fruit yang ditanam sendiri. Walau bagaimanpun layan gambar2 bunganya iniiiii........
Sudah layu
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 28-Apr-2009 14:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MEE BASAH
|
|
Salam buat semua
Agak lama akak tidak update fp akak ni. Alasannya macam biasalahhhh..BZ dan badan kurang sihat. Balik dari kerja masak sikit untuk anak,rehat kejap sambil menonton Tv,bukak sekejap komputer.. terus tidurr........Rasanya tahun ni cukup pantas berlalu,pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Mei. Hujung bulan Ogos nanti( minggu ke 3 ) dah nak jumpa puasa pulak. Cuma akak nak tanya adik2 dah habis ke ganti puasa tahun lepas? kalau belum tu cepat2 lah ganti. Akak? akak beres....jangan risau..
Kali ni akak nak share pengalaman buat mee sendiri. Dulu ikut resepi dalam kotak mesin mee ( magic pasta machine ) yang diperbuat dari 'plastik' ke ape namanya tu...tepung + telur. Apa jadi bila diproses?? mesin tu tak nak dok diam..tak kuat cengkamannya, apa lagi lengan akak ni sakit2 mengerjakannya. Akak fed up bercampur gerammm..mee tu dimasak jugak tapi sikit keras dan tak cantik.
Akak tak puas hati, lalu beli mesin mee yang baru yang dibuat dari besi ( Macato-ampia 150 ). Dulu akak ade mesin ni, tapi bila dah pindah, tak tau ke mana.Cuma akak jumpa pemutarnya ajee..bodynya entah ke mana. Dulu akak cuba buat jugak mee bersama kakak kedua akak. Tapi bila cari air abu, tak ade..maka hajat nak buat mee tu terbantut..Akak fikir kalau air abu tu diganti dengan kapor makan, ok jugak kottt..kebetulan akak ziarah Fp Hajar dulu2 tu, akak tengok mee buatan Hajar ditaruk kapor makan. Tu yang datang balik rajinnya tu nak buat mee sendiri
| Quote: | MEE BUATAN SENDIRI
~ tepung gandum, air, sikit garam, sikit kapor makan~ diuli sehingga tepung tidak melekat di tangan. Ambil sikit adunan bulat2kan dan dimesin tanpa bunga ( flat ). Alihkan pemutar ke ruangan 'bunga' pilih samada untuk tebal atau bulat.
~Panaskan kukusan dan ditiskan minyak ke dalamnya. Rebus mee tadi hingga timbul dan angkat. Lumurkan dengan sedikit minyak.Siap |
Bila dah jadi mee ni, anak akak minta akak buatkan mee hailam. Tapi akak buat style lain. Mee tu dimasak bersama kicap soto ( bwg putih, Bawang Besar dan cili dihiris + kicap pekat, gula,garam dan air limau nipis ~ dibiarkan 1 malam atau lebih )Mee bertukar kalor hitam. Tengok bahan-bahan yang lain:~
| Quote: | MEE BASAH
Mee kuning buatan sendiri/yang dibeli pun boleh gak ( dimasak bersama kicap soto)Angkat dan ketepikan
2 batang sawi- dipotong
kobis
fish ball
fish cake
pelbagai tau fu ( masuk aje la tau fu ape pun )
cendawan enoki
Udang
Daging
garam
gula
minyak untuk menumis
kicap pekat
sos tomato
sos cili
1 sudu serbuk lada hitam
sedikit air
sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah
BAHAN KISAR
7 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
6 biji cili kering. Kalau nak pedas lagi boleh ditambah.
Cara:
1. Tumis bahan kisar hingga wangi dan sikit garing
2. Masukkan daging, udang, fish ball, fish cake dan tau fu dan dikacau sebentar
3. masukkan sikit air, kicap, kedua sos, garam, gula dan biarkan daging empuk.
4. Masukkan serbuk lada hitam, sawi, kobis dan enoki. Kacau sebentar sehingga sayur layu.
5. Masukkan mee. Kacau. Jika sekiranya kering, masukkan sedikit air lagi. Biarkan sebentar, baru masukkan sedikit bancuhan tepung jagung. Kacau hingga rata. Angkat dan hidangkan. |
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 19-Apr-2009 06:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Simple Chocolate Cupcakes
|
|
Salam Buat Semua
Teruja dengan cupcakes dari blog hajar dan mamafami, akak terus buat eksperimen. memang tak rugi dicuba. Terima kasih pada Mak Lang yang sudi share resepi ni. Memang mudah dan pantas dan amat sesuai untuk yang bekerja macam akak niii....Layannnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Simple Chocolate Cupcakes
Sumber : Maklang
Bahan-bahan A (diayak)
2 cwn tepung serbaguna/tepung gandum
1 cwn serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonate
3 tsp serbuk instant nescafe
Secubit garam halus
Bahan-bahan B :
2 cwn gula castor
1 cwn minyak jagung/minyak masak
1 cwn susu cair
3 biji telur
Bahan C :
3/4 cwn air panas
1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan semua bahan A.
2. Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan pukul sebati.
3. Putar bahan A perlahan2 sambil dimasukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua sebati.
4. Tuangkan air panas dan putar sebati.
5. Isikan ke dalam paperliners atau souffler.
6. Bakar pada suhu 175 C selama 20min-25min bergantung kpd oven masing-masing.
Deco kek
choklat putih
paste strawberry
buah strawberry
Coklat putih dicairkan dengan cara double boil. Masukkan sikit paste strawberry.
Sapukan sikit di bahagian tengah kek dan letakkan buah strawberry yang dibelah dua di tengah2nya.
|
|
|
|
|