Want your
own Fotopage?




























 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 4-Sep-2008 14:55 Email | Share | | Bookmark
MASAK LEMAK SOTONG KULIT RAMBAI

 
 
 
Salam Ramadhan buat semua

Bila pegi ke pasar malam, macam2 benda teringin nak beli. Bila tengok buah rambai akak teringin sangat nak makan masak lemak ikan dengan kulit rambai. Jadi akak beli lah RM2.00. Isinya boleh tahan manis. Isi akak makan, kulit rambai akak simpan. Kebetulan akak beli sotong dan ikan. Fikir punya fikir, nak cubalah guna sotong untuk masak lemak dengan kulit rambai ni.Hasilnya tidak mengecewakan rasanya ummmmph


Buah Rambai


Tengok isinya

Akak teringat komen Ma Diha, dia cakap akak gemar masak dengan benda2 yang masam. Sebenarnya kulit rambai ni boleh menggantikan asam keping. Rasanya tak lah semasam asam keping yang selalu kita guna tuuu. Sedap bila kulit rambai yang lembut tu dikunyah. Rasanya dikombainkan dengan rasa lembut kulit rambai dengan rasa kenyal sotong. memang sedap:P



Quote:
MASAK LEMAK SOTONG KULIT RAMBAI

Bahan-bahan

1 biji kelapa~ambil santannya
1 kg sotong ~dibersihkan
Garam secukup rasa
kulit rambai ( dari lebih kurang 10 biji~dibelah 4 )

Bahan kisar
15 biji cili kering
6 ulas bawang merah
sejemput/1 sudu besar biji ketumbar
1 1/2 inci lengkuas
1 1/2 inci kunyit
1 ulas bawang putih

Cara;
1. Kulit rambai direndam dengan air garam selama 1/2 jam. Kemudian diramas sedikit dan ditoskan
2. Satukan bahan kisar dan santan dalam periuk. Masak hingga mendidih. Perlu dikacau2 selalu supaya kuah tidak berketul2.
3. Masukkan sotong, garam dan kulit rambai. Kacau sebati.
4. Masak sehingga sotong masak.
5. Perlahankan sebentar api agar kuah sebati. Rasai garamnya dan angkat.

Kalau masak lemak cili api ikan dengan kulit rambai ni pun memang terangkat. Makan sama dengan sambal belacan dan ikan kering. Nasi mesti panas2. Wau!

Salam jie...
Tengok kulit rambai ni..teringat..selalu kulit rambai ni buat sambal ikan bilis dgn kulit rambai..jie pernah buat dak...
Sun 7-Sep-2008 01:27
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
sedap menu tu...dulu arwah mak sy suka masak kulit rambai mcm tu,tp ngan ikan..... dah lama tak makan...
Sun 7-Sep-2008 02:53
Posted by:dapurimpian  - [Link]
Berpuluh tahun dah tak makan masak lemak kulit rambai.
Last dish dimasak oleh arwah emak Pak Cik .Masak lemak dengan anak2 (anak ikan haruan yg baru menetas)
Sun 7-Sep-2008 06:54
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
View all 19 comments Add comment


Thursday, 4-Sep-2008 13:27 Email | Share | | Bookmark
TAG RAMADHAN DARI MA DIHA

Salam Ramadhan buat semua

Akak dapat lagi tag Ramadhan dari Ma Diha. Terima kasih Na. Sayang Na.


(b) Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, Was Will Always Me,Mamasya,Umieaisyah,dapurimpian, MaDiHa, kak jie jie

Ni Arahan Nya…
Copy Gambar Kat Atas Tu Dan Post Kat Blog Kalian
Teruskan Mencari Mangsa Seramai 5 Org..(Nak Lebih Pun Takpe)
Setelah Mengenalpasti Mangsa Yg Sesuai, Sila Tinggalkan Pesanan Di Blog Mereka
Lastly, Jgn Lupa Tempek Url Kalian Sebelah Url Kak jie jie Kat AtasTuh...

Kali ni akak nak kasi tag ni kepada rakan2 akak yang belum kenaaaaa
1. Wawasalwa
2. Cek de Sam
3. Haniss
4. Zaiy
5. Roylazim
6. Ragyn Rafiqin
7. Ida isk.
8. Misliha~creative cake
9. Masriyah

Gantung, jangan tak gantung erk!

Mekacih kak..akan wa gantung kat umah wa..
Thu 4-Sep-2008 15:29
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
wahhhh....terima kasih, terima kasih, terima kasih!
Fri 5-Sep-2008 08:44
Posted by:roylazim  - [Link]
Add comment


Wednesday, 3-Sep-2008 12:41 Email | Share | | Bookmark
Award Berantai dari Ma Diha, Award dari Mamasya.

Salam Ramadhan buat semua.

Akak dipanggil lagi untuk menerima award berantai ni. Kali ni dari Ma Diha pulak. Terima kasih Na. Seronok jugak terima award ni, masing-masing beri memberi tanda ingatan. Terima kasih banyak2 kepada semua kawan2 yang ingatkan akak.


Ni award dari mamasya. Sorry ye mama sebab lambat gantung kat fp akak. Terima kasih Ziela. Syok baca cerita pengalaman kerja ziela.


Ari tu waktu akak terima award ni akak bagi pada kawan-kawan yang tertentu aje, kali ni akak bagi kepada semua pengunjung2 fp akak tak kiralah yang datang jenguk2 saja tanpa meninggalkan komen atau kawan-kawan yang sering mengunjungi akak. ambil dan gantung di fp masing-masing dengan syarat maklumkan kat akak bahawa award ni dah digantung. Nanti kalau akak ade masa akak akan kunjungi fp kelian. Moga ikatan persaudaraan dan persahabatan berkekalan hendaknya.

kak jie.. ada satu lagi nak bagi tag kat akak nanti amik ye..
Thu 4-Sep-2008 03:03
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Kepada kwn2 yg suke surf internet..
Drpdxdpt ape2, baik buat duit scr online..duit dpt FREE..=)

tumpang iklan yer
mula2,masuk link ni...
http://www.aspirasicyber.com/percuma/index.php?ref=salina

Senang aje.. tak perlu risau...tanpa risiko.. cuma kita aje lah yang perlu jujur dalam mem'promote'kan website ni. Kita dibayar sebab kita 'promote' orang lain surf web dia.. Itu aje.Jadi,apa salahnya kalau kita buat macamtu kan??

TAK SALAH KALAU MENCUBA...!!
TAK RUGI APA-APA...!!
ANDA CUMA PERLU MENDAFTAR DAN PROMOTE JER LAMAN WEB NI.

Boleh tahan gak kan..fikirlah. Duit FREE, ambik je laa...

SELAMAT MENJANA WANG ANDA!!!
CUBA DAHULU....
TAK RUGI...
TAKDE KELUAR MODAL...

Ingat,sebelum dapat duit,
kita memang kena usaha dulu... dan
dalam bisnes yang ini,
kita perlu usaha untuk promotekan web yang kat atas tu aje

KALAU ANDA NK UBAH HIDUP ANDA!!!
KALAU NK JD MCM SAYA APELG TUNGGU..
Thu 4-Sep-2008 03:50
Posted by:salina lina_zul81@yahoo.com  - [Link]
Selamat menunaikan ibadat puasa tuk kak jie sekeluarga..
Thu 4-Sep-2008 08:20
Posted by:umieaisyah  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 2-Sep-2008 05:14 Email | Share | | Bookmark
BUBUR CANDIL, KEK COKLAT VERSI KAK JIE JIE

 
 
 
View all 5 photos...
Salam Ramadhan buat semua.

Sekarang ni tak susah untuk membuat juadah berbuka puasa. Klik aje mana2 Fp kawan2 dah bersedia dengan resepi2 yang enak dan lazat. Ade pulak yang tak pernah didengar namanya.

Akak terpikat dengan resepi pencuci mulut Rinn. Memang tak rugi dicuba. Terima kasih Rinn sebab share resepi ni. Memang sedappp. Sayang Rinn. Muaaahhhh. Halalkan akak copy dan paste resepinya kat sini ye!



Pulut yang dah digentel bulat.

Quote:
BUBUR CANDIL
Sumber: Nazz Rin Chan
Bahan-bahan :
3 cawan tepung pulut
1 camca air kapur sirih
4 cawan air
200 gm gula merah
2 helai daun pandan
6 sudu makan tepung beras, larutkan dalam sedikit air

Bahan2 Kuah Santan :
1 cawan santan dari ½ biji kelapa
2 helai daun pandan, robek-robek
1 camca tepung jagung, larutkan dengan sedikit air ~
akak guna tepung beras ganti tepung jagung tu.
secubit garam

Cara-cara :
1. Gaul tepung pulut, air kapur sirih dan 1/2 - 3/4 cawan air sehingga tidak melekat di tangan.
2. Gentelkan bulat-bulat kecil.
3. Jerangkan lebihan air atas api, masukkan gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut, tapis dan jerang semula.
4. Masukkan bebola tepung pulut dalam air rebusan gula merah dan masak sampai terapung tanda sudah masak.
5. Masukkan larutan tepung beras dan kacau sentiasa sehingga kuah agak pekat. Sajikan dengan kuah santan.
6. Untk kuah santan, campurkan semua bahan kuah dan masak atas api sehingga sedikit likat.

Bila nak makan, ambil semangkuk bubur dan siramkan kuah santan. Jangan gaul sampai sebati, cukup sekadar dapat gabungan sesudu bubur dan sedikit santan bila nak menyuap ke mulut. Baru ada campuran rasa manis, lemak-lemak, masin dan kenyal-kenyal pulut bila digigit. Mungkin sajian ini mirip Puteri Berendam tapi Puteri Berendam lebih meriah kerana ianya dibuat berwarna-warni bebolanya...



Sebelum puasa ari tu, anak akak yang sulong suh buat kek coklat. Semua mesti coklat. Akak ni jenis tak suka menghampakan keinginan anak2. Jadi buat jugaklah walaupun keras tangan dalam mendeco. Hari tu terpandang kek kawan2 Fp yang letak strawberry. Jadi akak hiaskanlah strawberry atasnya. Nampaknya along suka. Hentam aje laaaa longgg.



Quote:
KEK COKLAT
VERSI KAK JIE JIE

Bahan
250gm butter
4 biji telur
2 cawan gula aising
1 sudu besar ovelett
2 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk koko
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar baking powder
1 cawan bancuhan susu pekat ( ½ cawan susu pekat, ½ cawan air)


Toping
Coklat masakan hitam~double boil
Buah strawberry

Cara:
1. Pukul butter,ovelett dan gula aising hinggá kembang dan putih
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul
3. Masukkan esen vanila,garam dan pukul
4. Masukkan air bancuhan susu dan kopi sedikit demi sedikit, pukul
5. Masukkan kedua-dua tepung bersama baking powder yang telah
diayak bersama sedikit demi sedikit. Kaub balikkan hingga sebati.
6. Masukkan ke dalam acuan bulat yang telah disapu dengan mentega. Bakar.









salam ramadhan.....terliur tgk bubur candil tu.....akak mmg suka bubur tu,bila lah nk buat....kek coklat tu nmpk mengancam,mesti sedap......slmt berpuasa....
Thu 4-Sep-2008 05:58
Posted by:dapurimpian zainab08@ymail.com  - [Link]
wow delicious!

Makan sudah, don't forget your raya Preparations! For ready made Baju Raya (batik, crepe silk, chiffon, satin silk), Bag Raya, Accessories, gorgeous fabrics and so much more, please visit http://houseofhazienda.blogspot.com.

Happy Shopping n Selamat Berpuasa everyone!
Thu 4-Sep-2008 06:03
Posted by:House of Hazienda hazienda_enterprise@yahoo.com  - [Link]
salam kak jie jie...
sedap nampak bubur candil tu...bile ler nak try...terliur dr kat fp kat rinn lg...sampai sini ade lagi...kena pi cari tepung yg boleh ganti tepung pulut nih...
kek cokelat tu nampak yummy...bak sepotong....
Thu 4-Sep-2008 07:04
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Sunday, 31-Aug-2008 00:47 Email | Share | | Bookmark
TAG RAMADHAN DARI AISYAH@UMMIAQIL

 
Salam buat semua.
Akak cukup bertuah kerana mempunyai kawan2 yang sentiasa mengingati akak walaupun akak ni sentiasa sibuk dan tidak sempat mengunjungi Fp kalian. Terima kasih banyak2, hanya Allah sahaja yang dapat membalasNya. Thanks for Aishah@ummiaqil. Muaaaaaah


Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, kaklin,aishah@ummiaqil, kak jie jie

Ni Arahan Nya…
Copy Gambar Kat Atas Tu Dan Post Kat Blog Kalian
Teruskan Mencari Mangsa Seramai 5 Org..(Nak Lebih Pun Takpe)
Setelah Mengenalpasti Mangsa Yg Sesuai, Sila Tinggalkan Pesanan Di Blog Mereka
Lastly, Jgn Lupa Tempek Url Kalian Sebelah Url kak jie jie Kat AtasTuh...
Akak Telah Menerima Tag Ini Daripada aishah@ummiaqil
Seterusnya Kite Nak Bagi Tag Ni Kepada 5 Orang Member Siber Kite....
Mereka-Mereka Yang Terpilih Adalah Seperti Berikut:-

1. Mamafami
2. Kak Liza
3. Mak lang Azie
4. Naz Rin Chan
5. Nora manik
6. Umi kal
7. Mrs Apple
8. Abah Along
9. Ciku nunu
10. Mamazieza

SELAMAT BERPUASA. JANGAN PONTENG2 TAUUUU!

hi akak
Tue 2-Sep-2008 02:17
Posted by:ahamd syafiq akram syafiq.amir@gmail.com  - [Link]
Salam ramadhan kak jie....
tinginnyer makan bubur candil tu...teringat yg mak buat...aduhhh...rindu la pulak
Thu 4-Sep-2008 13:19
Posted by:Jasmeen  - [Link]
ewaaahhh ada tag untuk mama ya... nanti sat ekkk.. name tag ni semua kena pakai lepas sibuk di bulan pose.. hahahaha.. nanti mama sepinkan tag tu ya... tungguuuuuuuuuuuuu

raya nanti boleh ke nak gi mah jiejie.. hehehee
Thu 4-Sep-2008 15:15
Posted by:mamazieza
View all 15 comments Add comment


Friday, 29-Aug-2008 05:34 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT BERPUASA, CUP CAKE OREN

 
Salam buat semua.

Hanya 2 hari lagi kita makan di waktu siang hari, Hari Isnin kalau jadi, kita akan berpuasa sebulan. Nanti akan banyak resepi2 berbuka dari Fp kawan2. Ingat di bulan puasa yang lepas, macam2 menu berbuka dan biskut raya, sampaikan tak terbuat. Sampai sekarang dok simpan lagi resepi2 tuuuu. Wakakaka.

Ingat Sabda Rasulullah s.a.w:
Wahai manusia, menjelang tiba bulan agung lagi berkat ini, bulan yang di dalamnya ada satu malam lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan fardu, seolah-olah dia sudah mendapat 70 pahala fardhu pada bulan lain. Sesiapa mendekatkan dirinya dengan amalan sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan fardhu pada bulan yang lain. Ia adalah bulan sabar iaitu bulan yang awalnya rahmat, tengahnya keampunan dan akhirnya selamat dari api neraka ( Hadis riwayat Ibn Khuzaimah )

Elok kiranya kita melakukan persiapan menjelang Ramadhan. Antara persiapan itu ialah:

1. Menyediakan diri secara mental dan fizikal untuk berpuasa
2. Mahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa
3. Biasakan diri bangun pada waktu sepertiga malam untuk bertahajjud, mendekatkan diri pada Allah
4. Memperuntukkan sejumlah wang sebagai sedekah jariah dan zakat fitrah
5. Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan dan tadarus al Quran
6. Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat
7. Banyakkan doa dan berzikir kepada Allah dan Rasulnya.








Quote:



CUP CAKE OREN

Bahan
250gm butter
3 biji telur saiz A
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung jagung
2 sudu teh esen oren
1 sudu besar baking powder
1 biji limau Sunkist, ambil airnya
1 sudu teh pewarna kuning telur
1 cawan bancuhan susu pekat ( ½ daripadanya susu pekat)
1 ½ cawan gula aising.

Hiasan
Kacang walnut/pecan~dibakar lebih dahulu
Aising cream+whipping cream

Cara:
1. Pukul butter dengan gula aising hinggá kembang dan putih
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul
3. Masukkan pewarna, esen oren dan air perahan limau, pukul
4. Masukkan air bancuhan susu sedikit demi sedikit, pukul
5. Masukkan tepung bersama baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi
sedikit. Kaub balikkan hingga sebati.
6. Isikan bancuhan ¾ cup cake dan bakar.
7. Bila sudah sejuk, hiaskan dengan aising cream dan kacang walnut
.












Dimasuk dalam bekas untuk anak bawa ke asrama



BUAT SEMUA KAWAN2 FP, AKAK MEMOHON AMPUN DAN MAAF JIKA SEKIRANYA ADE TERSILAP KATA DAN TULISAN YANG MENYENTUH HATI KAWAN2. SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51


BANNER KEMERDEKAAN HADIAH DARI RINZURA http://rinzura.fotopages.com/. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK RINZ.

cup cake tu letak hirisan kulit limau, lagi wangi,
Selamat menjalani ibadah puasa dibulan ramadhan dan selamat hari merdeka.
Sat 30-Aug-2008 11:38
Posted by:mummy jam  - [Link]
salam menyambut ramadhan n pohon maaf kire ade salah n silap...sedap2 nampak cc tu...yg n3 bwh pon menggoda juga...
akak ade tag tuk akak....
Sat 30-Aug-2008 14:55
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
Salam Ramadhan, semuga Ramadhan Al-Mubaraq ini membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.
Tue 2-Sep-2008 06:41
Posted by:misliha misscreativecakes@yahoo.com  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Thursday, 28-Aug-2008 12:16 Email | Share | | Bookmark
KEK COKLAT RASBERRY BERKOPI

Salam Buat semua.

Fp dah mula buat perangai. Dah 3 kali upload gambar, masih tak keluar-keluar. Bila ade masa untuk update Fp dia pulak meragam. Haiiiiiiiiiiiiiii. Nasib baik ade flickr. Haaa nak lepas geram, masukkan semua sekali. Hihihihihihihihihiiiiiiii

Teringat akak satu istilah kemaruk. Macam2 kemaruk ni. Kemaruk makan pun ade. Kemaruk ni bila cuba diet untuk tidak makan nasi, tapi bila ade peluang untuk makan, bedal sampai tak hingat duniaaaa. Kemarukkk. Satu lagi ni kemaruk buat cup cake. Buat tiap hari. anak2 pulak tu suka makan. apa lagi, lagi kemaruklah nak buat. Bukannya ape, bahan-bahan masih banyak. Kalau tak dibuat, membazir pulak. Kebetulan pun anak2 semua berkumpul. Daripada tak ade benda yang nak dikunyah, elok buat kek ni. anak2 pun suka kalau ditaruk coklat gini.

Kemaruk yang lain tu akak tak nak ulassss.



Bancuhan diisi dalam cup cake. Kurang puas hati sebab merekah. Rasanya ter'over' bakar


Ni la unik cup cake akak niiii. Tang merekah tuuuu. Kat kedai tak macam ni kottt. Kira trend baru la ni.




Resepi ni akak taruk sekali harung, kek dan cup cake. Sorry arr. Ni kes 'M' la niii.

Quote:
KEK COKLAT RASBERRY BERKOPI

Bahan
250gm butter
5 biji telur
2 cawan gula aising
1 sudu besar ovelett
3 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk koko
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu besar baking powder
1 cawan bancuhan susu pekat ( ½ cawan daripadanya susu pekat)
½ cawan air kopi susu ( dari 1sudu kopi + 2 sudu susu )
secubit garam


Toping Untuk Kek
Mentega
Jem Rasberry
Cara: Cairkan butter. Angkat dan masukkan jem rasberry. Kacau rata.

Untuk cup cake
coklat chip/ manik2 gula
jem rasberry

Cara:
1. Pukul butter,ovelett dan gula aising hinggá kembang dan putih
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul
3. Masukkan esen vanila,garam dan pukul
4. Masukkan air bancuhan susu dan kopi sedikit demi sedikit, pukul
5. Masukkan kedua-dua tepung bersama baking powder dan soda bicarbonat yang telah
diayak bersama sedikit demi sedikit. Kaub balikkan hingga sebati.
6. Isikan bancuhan di dalam loyang yang telah digris dengan mentega. Bakar.
7. Bila sejuk, sapukan diatasnya dengan jem rasberry.

Untuk cup cake berinti rasberry
8. Isikan sedikit bancuhan dalam cup cake, masukkan jem rasberry, masukkan bancuhan
sehingga ¾ cup cake, tabur sedikit coklat chip/manik2 gula dan bakar.







Main taram...potong dengan pisau ajee.


KEK COKLAT RASBERRY BERKOPI


Nampak macam brownies pulakkkkk. Hihihihihiiiiiii. Ape2 aje laaaa.




Tengok jem rasberry di dalamnya.


anak-anak yang tabur manik2 tuuu.





cantikney kak muffin akak...
kalah kenny rogers punye haaaa
gebus plak tu......

kak, nanti bulan puase selalu2 laa hapdet
menu berbuke tau...boleh buat cuci mate
time lieya kat opis nie....he he he he he

selamat berpuase utk kak jie jie sekeluarga
Fri 29-Aug-2008 03:01
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
rajinnya kak jie nih bertuah anak² dpt emak yg rajin
nampak sedap kek tu
selamat berpuasa utk kak jie sekeluarga
Fri 29-Aug-2008 03:35
Posted by:zira  - [Link]
Kak..kwn opis wa pun skang ni tgh kemaruk mkn muffin yg wa bt kak..muffin yg tak seberapa tu pun mjadi pujaan hati dorang..agaknya kalau dorang dpt mkn muffin yg akak buat mau jd kemaruk tahap dewa agaknya
Fri 29-Aug-2008 04:24
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 26-Aug-2008 11:56 Email | Share | | Bookmark
MASAK LEMAK CILI API AYAM BERSAMA MANGGA

 
 
 
View all 5 photos...
Salam Sya'ban buat semua.

Rasa jemu asyik masak ayam~asyik kari kalau tidak pun sup, paling ringkas goreng aje. Fikir punya fikir, apa kata akak try masak lemak cili api campur dengan mangga Melaka Delight. Tak sangka rupanya anak-anak suka hinggakan licin dalam periuk. siap ratah-ratah lagiii. Tambah pulak kalau digandingkan dengan sambal mangga belimbing buluh. Makan pulak dengan ikan kering atau ikan goreng, nasi biarlah yang panas-panas, huh berpeluh-peluh dibuatnya. Memang sedap mangga tua dimasak lemak begini. Mangga Melaka Delight tak lah tersangat masam. Bila dimasak kenyalnya macam ubi kentang. rasanya lebih sedap dari ubi kentang. Memang sedaaap. Jangan pilih yang nak masak, ambik yang tua~ tempurung buahnya dah keras.







Quote:
MASAK LEMAK CILI API AYAM BERSAMA MANGGA

Bahan-bahan

Beberapa potongan ayam
2 biji mangga~dipotong kecil
Santan dari 1 biji kelapa
4 batang serai~dititik
1 helai daun kunyit~dicarik-carik
Garam secukup rasa

Bahan kisar
20 biji cili api hijau
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 inci kunyit

Cara:
1. Satukan santan bersama bahan kisar. daun kunyit dan serai.
2. Panaskan hingga mendidih. Kuah hendaklah dikacau-kacau selalu supaya tidak berketul dan kuah nampak cantik
3. Masukkan ayam. Kacau rata.
4. Bila ayam separuh masak, masukkan mangga. Biarkan seketika sehingga ayam masak dan mangga empuk. Rasailah dengan garam. Angkat.



SAMBAL BELACAN MANGGA BELIMBING


Akak rasa bertuah kerana sentiasa dapat hadiah dari kawan2 fp. Yang satu ni pulak hadiah yang amat bermakna buat akak yang diberikan oleh mamasya. Hadiah sebagai tanda persahabatan. Cantik. Syukran syukran syukran.