Want your
own Fotopage?




























 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 27-Jan-2010 04:08 Email | Share | | Bookmark
SALAM KEMBALI

 
Salam buat semua

Baru kali ini baru ade kesempatan untuk update Fp. Tapi tak ade photo masakan walaupun memang berlambak foto2 tu dalam simpanan. Ade menu lama dan ade menu acu cuba try test, tapi akak tidak kesempatan untuk upload dan share resepi. Maafkan akak. Maklumlah orang yang berkerjaya macam akak ni masa cukup cemburu dengan akak. Setiap hari ada saja kerja yang mesti dibereskan dan ade saja mesyuarat yang mesti dihadiri. Tambahan pulak di awal tahun ini.

Akak amat berterima kasih kepada rakan2 Fp dan Fb yang sering mengunjungi rumah akak ni, walaupun akak hidangkan dengan hidangan yang lama, anda masih setia dan masih mengingati akak. Akak pun sama. Terlalu merindui kawan-kawan dan masih ingin seperti dulu. Saling kunjung mengunjungi dan saling share resepi. Apakan daya akak tak terdaya untuk seperti dulu lagi. MAAFKAN AKAK UNTUK SEGALA2NYA.


BUNGA HIDANGAN PENGANTIN KHAS UNTUK ANAK BUAH PD 25 DIS 2009. TARIKH NI SAMA DENGAN HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN AKAK.

Tudung Ala Ekin Ariani corak eksklusif harga berpatutan

Dapatkan free gift dengan setiap pembelian

klik sekarang ->> http://prettymuslimahfashion.blogspot.com
Thu 28-Jan-2010 08:27
Posted by:Pretty Muslimah  - [Link]
salam kembali..
bunga hidangantu jugak untuk anibeseri juga kan...
yang ke berapa?? semoga berbahagia hingga akhirnya..
moga tahun 2010 juga akan membawa sejahtera
juga tampil dgn resipi & info yang lebih mengancam...
Fri 29-Jan-2010 04:11
Posted by:cho zila atikah06najmi@yahoo.com  - [Link]
Hanya yang rajin,konsisten dan berfikiran positif untuk berjaya.Just klik..http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=janaduit Sat 6-Feb-2010 08:45
Posted by:june
View all 5 comments Add comment


Saturday, 21-Nov-2009 13:10 Email | Share | | Bookmark
BAKAR AYAM

 
 
 
Salam buat semua

Lama betul tak update Fp ni. Konon2 busy.. tapi memang busy pun. Tapi ari ni mai rajin pulak sbb akak dapat email dari hubby pasal bakar ayam. Satu idea yang bagus bagi yang tidak mempunyai oven. Ikut cara ni.......








Salam...tumpang iklan yer...

Update on koleksi baju Kurung, Kurung Moden, Kurung Pahang..CANTIK!!!!
Sulam, Manik dan labuci, exclusive dan kontemporari....
material chiffon, korean silk, chiffon dwi-ton dan cotton, blouse dan batik pun ada...
dengan warna, design dan corak yang menyerlah sesuai majlis nikah, pertunangan dan keraian......
Jemput ke alamat http://exclusiveapparel.blogspot.com/
Tue 26-Jan-2010 08:27
Posted by:Reena mamaluqnqis@gmail.com  - [Link]
halamak....best aa teknik bakar ayam nih...nk wat aa..aku sll wat grill pakai oven jer..mudah, x panas, sedap!!

sambil2 tumpang iklan yer..

tenangkan hari bahagia anda dengan pakej fotografi murah & menarik
klik sini : http://jerangkung1919.fotopages.com
Wed 27-Jan-2010 02:04
Posted by:pakej kawen murah & menarik jerangkung1919@gmail.com  - [Link]
Dapatkan Tudung Ala Ekin Ariani corak eksklusif harga berpatutan

Dapatkan juga free gift dengan setiap pembelian

klik sekarang ->> http://prettymuslimahfashion.blogspot.com
Thu 28-Jan-2010 08:35
Posted by:Pretty Muslimah  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Friday, 18-Sep-2009 07:53 Email | Share | | Bookmark
BISKUT RAYA

Salam buat semua

Alhamdulillah akak cuti ari ni, jadi bolehlah akak update fp yg selalu ditinggalkan ini.. Tahun ni tak banyak akak buat biskut. Buat biskut ni pun atas desakan anak2...dia orang eksited sangat nak buat biskut raya. Akak turutkan jugak..nampak dia orang puas hati walaupun biskut dia orang buat ada yang senget benget..tak ape laa..komen dia orang ttg biskut yang tak cantik tuuu...'tak ape bu..yg tak cantik ni kita orang makan...' bukan 1 atau 2 yang tak cantik, tapi semuanya lahh...tapi tak apelah asalkan dia orang dapat merasakan suasana hari raya yang bakal disambut 2 hari lagi. Yg paling suka anak akak yang bungsu darjah 5 dan kakaknya ting 1. Dia orang lah yg bantai buat biskut dari pagi sampai petang..Yang seronoknya....Radio yang selama ini tak pernah disentuh, kini bergema kat dapur akak......nak dengar lagu raya....tak dengar lagu raya tak ade feeling nak buat biskut....gitulah gelagat anak2 akak...sampaikan bila channel tu tak perdengarkan lagu raya, mulalahhh mereka merayau cari channel yang ade lagu raya......ha ha ha ha geli2 hati akak dibuatnya. Tu la sikit sebanyak suasana membikin biskut raya tahun niiii..........Jom tengok biskut akak........ALAMAK TAK DAPAT UPLOAD GAMBARNYA.BERIA2 AKAK PILIH PIC BISKUT TU..TAPI BILA UPDATE TAK DAPAT...BUKANNYA APE RUPANYA BATERI SUDAH HABIS.........AKAK DAH CHARGE TAPI CHARGER ROSAK RUPANYAAAAA...... .NAMPAKNYA RAYA NI TAK DAPATLAH NAK AMBIK GAMBAR BUAT KENANGAN.....HU HU HU.

AKCELI bukan penting sangat pun gambar biskut tu..........cuma bila bersama anak2 bikin biskut tu yang cukup menghiburkan....akak tuliskan di sini untuk dijadikan sebagai kenangan nanti bila anak2 dah besar kelak...........

adoyai
SALAM AIDILFITRI
Mohon Maaf Salah & Silap
Sat 3-Oct-2009 00:36
Posted by:srsfeqah  - [Link]
as-salam....
cam best jer......
camner nk join...
dok kt mana nie....
Mon 12-Oct-2009 08:49
Posted by:Kurie  - [Link]
Salam....tumpang iklan yer....

Inginkan pakej-pakej menarik dengan harga yang berpatutan untuk majlis perkahwinan or pertunangan
sila layari http://asmaharis.fotopages.com

email/ym : asmaliza79@yahoo.com
Tue 3-Nov-2009 03:06
Posted by:As asmaliza79@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 16-Sep-2009 16:23 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA

Salam buat semua.

Terlalu lama rasanya akak tak update Fp. Sorry kerana tak dapat menziarahi Fp kawan-kawan, adik2 dan abang2...masa rasanya terlalu singkat. Lihat saja lah bulan Ramadhan kali ini. Terasa cepat sangat berlalu. Ahad ni dah nak raya...akak tak sempat nak tunjuk2 masakan akak masa berbuka.. dah nak raya..hi hi hi.

Tahun ni dapat banyak jugak kad raya dari teman2 cyber. Alhamdulillah..terima kasih atas ingatan kalian semua. Ni antaranya:

1. Dari teman2 di tagged





















Dari Fp

1. Fauzana



2. Pak cik PI



3. MaDiHaA



4. IDA



5. Mamasya



6.Amal



7. Jasmeen



Duit raya dari Jasmeen



8. Kak Rusnah



Yang ni aje lah yang sempat akak ziarah. Terima kasih semua.

Akak balik kg ari jumaat..so akak ambik kesempatan di sini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Kalau sekiranya ada terkasar bahasa dan terguris di hati bila akak berbicara..semua itu cuma gurauan..maaf dipinta....salam buat semua keluarga dekat dan jauh.

Salam K.jie....skrg ni jarang2 sekali kita dpt sembang. moga k.jie sihat.
Selamat hari raya Aidilfitri buat k.jie sekeluarga....mohon maaf jika ada salah silap....terkasar bahasa selama ni
bila k.jie balik kg? berhati2 memandu jln raya....seronoknya dpt beraya di kg dgn sanak saudara...
Thu 17-Sep-2009 08:53
Posted by:Mamasya  - [Link]
Harap tidak terlewat untuk ku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR & BATIN
Semoga ceria2 bersama keluarga tercinta & sanak saudara yg dikasihi
Jangan lupa ambil kad rayo ye..
Thu 17-Sep-2009 19:35
Posted by:faradilawati  - [Link]
Selamat Hari Raya untuk Jie Jie dan keluarga, maaf kerana auntie lama menyepi, tapi masih ada di sini,
Insyaallah akan cuba lagi memeriah kan alam fp ini Insyaallah
Thu 17-Sep-2009 23:56
Posted by:umi-kal  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 30-Aug-2009 13:27 Email | Share | | Bookmark
TEKNIK BERTENGKAR SECARA POSITIF

 
 
 
View all 4 photos...
Salam Buat semua,

Renungan di bulan Ramadhan,

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."

(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’


Gambar sekadar hiasan. Gambar pengantin anak buah akak..namanya hampir sama..Hashimi dan Hashimah.

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.


Gambar sekadar hiasan..Pengantin anak sulong kepada kawan akak..


Gambar yang terkumpul begitu lama..tak sempat nak upload. masih banyak lagi gambar2 pengantin di dalam simpanan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)


Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.


Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.


Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.


Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.


Ni pulak pengantin anak arwah pak cik Aman ( yang akak cerita dulu, selalu bagi buah cempedak tuu)

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

gaduh2 manja yer kak..
peluk cium bt akak..rindu la..
Wed 9-Sep-2009 02:58
Posted by:wawa  - [Link]
kak senang2 dtg ambik kad raya Wed 9-Sep-2009 04:18
Posted by:ida  - [Link]
Jangan dok bertengkar lama2
Zaman telah berubah dulu kad raya dihantar
Sekarang kena mai ambek sendiri
Thu 10-Sep-2009 06:39
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Thursday, 27-Aug-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
SAYA BERPURDAH BUKAN KERANA ALIM ATAU H1N1~ROZITA

Salam buat semua,

Akak rasa cukup terpanggil bila terjumpa artikel ni di azwansyahmi.blogspot. Cukup teruja dengan pengakuan ahli perniagaan yang tersohor Pn Rozita~tokey Sendayu Tinggi. Bacalah mungkin dapat jadikan motivasi pada diri kita di bulan yang penuh keberkatan ini.



Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’.

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.





ARTIKEL YG MENARIK UNTUK RENUNGAN
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA RAMADHAN:-D
Fri 28-Aug-2009 03:36
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
KERJA SAMBILAN HANYA DI RUMAH !!!
Revolusi Perniagaan Di Internet Hanya dari Rumah Kini Semakin Popular..Seminit lagi akan merubah persepsi anda tentang "revolusi perniagaan internet global".
Apa yang sedang anda tunggu lagi? Tempah kedudukan anda sebelum tawaran habis. Ayuh! jom buat duit bersama kami, teruslah mendaftar secara PERCUMA sekarang!
http://www.incomemingguan.net/firqainz/
http://www.myvemma.com/nooraini
http://www.vemmabuilder.com/682243905
Sat 29-Aug-2009 23:13
Posted by:firqainz noorainisaaim@yahoo.com
Artikel pengasas sendayu tinggi tersebut memang menyentuh hati. tatkala manusia alpa di buai oleh syaitan, Allah s.w.t. telah menyedarkan kita dari lamunan dengan memberi hidayahnya. Semoga kita sebagai umat islam mendapat hidayah yang tak terputus-putus darinya. Pesan saya ingatlah Allah semasa kita berdiri, duduk dan baring. Kerana setiap kali kita teringatkannya, rupanya diri kita tiada kuasa.......tiada daya dan upaya, tiada kekuatan kecuali Allah s.w.t. yang maha agung lagi maha tinggi. ingatlah Mon 7-Sep-2009 05:49
Posted by:anne annefeiruz@ymail.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 18-Aug-2009 12:34 Email | Share | | Bookmark
SALAM RAMADHAN

 
 
 
View all 4 photos...
Buat teman.

Sempena Bulan Ramadhan ni, akak menyusun jari sepuluh memohon maaf jika ade tersilap memberi komentar kepada teman2, adik2 dan kakak2, mungkin terguris dan terasa dihiris..mohon ampuni jua dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki. Moga Allah merahmati anda kalian. Amin.








Tak ade kuih yang dapat dihulurkan hanyalah kad2 ucapan ini saja. Itu pun main cilok2 orang punya. Walau bagaimanapun, akak harap ambillah kad ini sebagai penggantinya. Gantung kat FP masing2.Kad pengganti diri, kemaafan dipohon,ikatan ukhuwwah terjalin mesra,moga ramadhan kali ini diberkati Allah.Ketemu nanti di Ramadhan akan datang. Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, kebahagiaan sentiasa dimiliki hingga dijemput oleh ilahi. Amin.Terima kasih

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat menjalani ibadat puasa buat K.Jie sekeluarga.... Sun 23-Aug-2009 08:17
Posted by:Mamasya  - [Link]
Salam ramadhan! selamat menjalani ibadah puasa bersama keluarga. Thu 27-Aug-2009 03:35
Posted by:mummy jam  - [Link]
Salam ramadhan! selamat menjalani ibadah puasa bersama keluarga. Thu 27-Aug-2009 03:42
Posted by:mummy jam  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Monday, 10-Aug-2009 13:38 Email | Share | | Bookmark
SICILIK BURUNG

 
 
 
View all 37 photos...
Salam buat semua.

Sewaktu membersihkan tapak perkhemahan, akak terjumpa anak burung ni bertenggek di atas ranting. Masih kecik dan men'cuit-cuit' mungkin memanggil ibunya. Akak pegi dekat dan menghulurkan tangan perlahan-lahan. Akak tangkap dan genggam di tangan takut dia lari. Suka sebab dapat tangkap anak burung. Bukan senang nak tangkap anak burung ni. Dengan sebelah tangan akak tembak lah mana-mana part yang akak rasa cantik. Tak sangka pulak begitu banyak yang akak shot. Hu hu hu..Rupanya anak burung ni sayapnya dah cedera. Kesian kat dia. Jadi tak dapat lah dia terbang. Sebab tu akak dapat tangkap dia.. hi hi hi.












Tengok sayapnya dah koyak.


















Atas handbag, lapik tisu kot dia ter.......












akak letakkannya semula di atas ranting.




maksud akak wat di kamera ke...
sy baru blaja wat fotopages, tapi sy xpandai wat gambar besor2, sy just pandai upload gambar je.rabun la sikit2 bab it ni
camner kak
Wed 30-Sep-2009 04:15
Posted by:Era cute_iera83@yahoo.com
ooo gitu ke??..bila era upload gambar tu..gambar2 tu kecik2 kan?? era klik digambar tu..dia akan keluar 1 sidebar: show fotopages... klik gambar yang besar tu dan lihat properties...copy address dia dan pastekan di page edit td..highlightkan addressnya tu then klik di 'img'..yg ada di atas page edit..kemudian klik save/update..rasa2 boleh bantu kot.... Wed 30-Sep-2009 12:35
Posted by:kak jie jie  - [Link]
tq kak.
nanti era try n era anta pisan emas sesikat
hu hu
Fri 2-Oct-2009 03:48
Posted by:Era cute_iera83@yahoo.com
View all 14 comments Add comment


Tuesday, 28-Jul-2009 11:36 Email | Share | | Bookmark
SI CILIK RAMA-RAMA.......

 
 
 
View all 28 photos...
Salam kembali

Si rama-rama kecil ni selalu berterbangan bila di waktu senja...cukup girang dia bila dapat hinggap dari bunga ke bunga. Bila kita dekati dia terus lari hilang ke mana. Kemudian dia akan kembali hinggap dan menyedut madu bungaaaaaaaaa.......akak ambik kesempatan zooooooooommmmmmmmm dia dari jauhhh....not bad....dapat jugak tembak dengan jelas. Yang seronoknya bila kita zooooommmm semua rona-rona batik disayapnya kita dapat lihat dengan jelasssss... akak masukkan kesemua gambar yang akak shot...motif.....agar dianya selamat disimpan di sini......kalau lepas ni tak boleh bukak fp nasiblaaa........



1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

Pilih-pilih mana gambar yang paling cantik sekali....

TENGOK SIKECIL NYANYI LAGU RAMA-RAMA...SAYANG SUNGGUH AKAK TAK DAPAT DENGAR SEBAB SOUNDNYA ADA SIKIT BIULLL....DEK VIRUS TUUUUUU LAHHHH.. semoga terhiburrr.....


salam kak jie jie...
pekabar?? harapnya sihat laaa noo
wahhh terernyaa dia 'tembak' rama2..susah woo nk dpt gambar close up camtu
Wed 5-Aug-2009 20:12
Posted by:shima27  - [Link]
Salam owner...tumpang iklan jap

Diskaun sehingga 30%!!!
Promosi Ramadhan, TELEKUNG sale,
Cepat, sementara stok masih ada...visit us,
http://reenasboutique.blogspot.com/
Thu 6-Aug-2009 09:52
Posted by:ReeNa reenakimura@gmail.com  - [Link]
Tumpang lalu nak iklan.. Maklum laa.. Raya dah dekat..
Nak jemput semua orang jenguk2 kedai >>

BAJU ANAK @ http://www.fokids.com.my/store

Terima kasih sudi benarkan saya letakkan iklan di sini ye..
Sun 9-Aug-2009 17:54
Posted by:BAJU RAYA ANAK  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Friday, 24-Jul-2009 05:07 Email | Share | | Bookmark
MATI KE HIDUP??????????

 
 
 
View all 12 photos...
Salam buat semua.

Masih gambar2 lama.....
gambar2 yang akak paling sayangggggg.....
sukar untuk melihat situasi yang begini.....
ingatkan puting beliung ni dah mati
sebab angin tiup pun dia mendiamkan diri
dibiarkannya badannya terbuai2 ditiup angin.....
tapi bila dah habis 'tembak' dari jauh dan dekat...
akak sentuh nak ambik...
Alaaammmmaaakkkkkkk...
rupanya masih hidupppppppppp.
terus dia terbang....
mungkin saat ini dia tidor kottt....
atau tengah bersantai dan berangan..
macam2 aksi puting beliung ni...
menonggeng ke bawahhhhhhh....
sama la dengan manusia...
mcm2 feil perangai adaaa.


















Quote:
Waktu melawat Fp pak cik PI dulu dok tayang pasai sibor2 ni, baru teringat sibor2 yang akak tembak dulu2. Tadi jengok lagi fp Pak cik PI dok cerita pasai anak burung....akak baru teringat anak burung yang akak 'tembak' baru2 niii...ehhh macam sama jer minat kite pak cik.........Tu lah sebab tu sayang kat Fp ni walaupun tak dibayar gaji tapi masih tetap terpahat dan terpaku kat sini....ramai rakan yang sama minaaaaattttt. Cuma pak cik, saya tak berapa nampak minat pak cik dalam masak memasaakkkkkk...hi hi hihi

tuyu' kene tiup angin..... ketam masak kari so!!! hehehe.... Mon 27-Jul-2009 03:51
Posted by:along avrilryu@hotmail.com
SAPA ROYAT POK CHIK TAK SUKO BAB MASAK MEMASAK
POK CIK SUKO BAB LAST TU............... MAKE MAKANG MAKAN
Mon 27-Jul-2009 19:38
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Dia tengah bersuntan lah......sambil berposing jadi model! Tue 28-Jul-2009 05:48
Posted by:mummy jam  - [Link]
View all 6 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.